Wednesday, July 7, 2010

Umrah 2010: Masjidil Haram: Jumaat 14/5/2010 - Selepas Isya'

 Assalamu'alaikum wm wbr.

Di sini saya paparkan suasana di Jalan Hijrah selepas Isya' pada 14/5/2010 pada pukul 8:12 malam.  Jalan Hijrah terletak antara Kompleks Hilton dengan Kompleks Zam-Zam Tower.  Kedua-dua kompleks tersebut merupakan pusat membeli belah (di tingkat 1-3) dan juga hotel mewah di hadapan Masjidil Haram. Jarak kedua-dua kompleks ini hanya 60 meter sahaja dari Masjidil Haram. Pintu-pintu Masjidil haram yang terdekat ialah pintu no. 85, 86, 87, 88 dan pintu no.1 (Pintu King Abdul Aziz). Jika masuk melalui pintu-pintu ini kita akan sampai ke Kaabah di penjuru Yamani.

Jalan ini bermula dari tepi dataran Masjidil Haram berhampiran dengan pusat membeli belah Bin Dawood di Hilton hingga ke kawasan Misfalah dan bertemu dengan Jalan Jabal Thur. Jalan ini dinamakan Jalan Hijrah sebab Nabi s.a.w. dan Saidina Abu Bakar mengikuti jalan ini ke Jabal Thur pada malam hari untuk transit di situ beberapa hari sebelum berhijrah ke Madinah. Rumah Saidina Abu Bakar terletak di Kompleks Hilton yang ada sekarang.

9:12PM - Jalan Hijrah Di Kompleks Hilton Selepas Isya'
Jemaah nak pulang ke hotel masing-masing

9:16PM - Kedai-Kedai Masih DiBuka
Ini merupakan halfway ke Hotel Abeer Garden


9:16PM - Kedai Emas Dibuka Hingga Larut Malam

Tidak ada pengawal bersenjata api - tidak ada perompak
Itulah indahnya Islam jika hukum Hudud dilaksanakan


9:17PM - Kedai Ice Cream Dengan Pelbagai Pilihan
Harga dari SR2.00 ke atas


9:17PM - Jamaah Masih Memenuhi Jalan 
Walaupun Isya' sudah 40 minit berlalu.


9:18PM - Sudah Masuk Ke Lorong Hotel Abeer Garden

Jarak dari Hijrah Street = 20 meter
Dari kedai Dobi Safa, ambil lorong kanan, akan sampai Abeer Garden
Kawasan ini saya gelar "Little Bangladesh" sebab banyak
kedai-kedai milik orang Bangla dan ramai orang Bangla tinggal di kawasan Ini.


9:19PM - Gerai Roti Murtabak Di Depan Dhakkar Restaurant


9:20PM - Fancy Tailors Terletak Di Hujung Lorong.
Di Kiri Dan Kanannya Ada Lagi Lorong Kecil

Di Kanan, Kelihatan Dinding Hotel Abeer Garden
Kawasan ini penuh dengan lorong-lorong sempit antara bangunan (alley)


9:20PM - Kedai Gunting Rambut Bersebelahan Dengan Restaurant Asia
Konsep kebersihan tidak dipakai di sini



9:21PM - Pemandangan Lorong Yang Saya Masuk Tadi

Kanan - Restaurant Dhakka
Depan - Kedai Dobi Safa, ambil lorong kiri akan keluar ke Jalan Hijrah

9:21PM - Hotel Abeer Garden

Hotel 9 tingkat ini telah dipajak oleh Andalusia selama 3 tahun.
Di hadapan Abeer Garden, dipisahkan oleh lorong sempit ialah Hotel Asia-1.
Kalau hendak ke MH, boleh ambil lorong kiri atau lorong kanan.
Kedua-dua lorong sempit itu akan bertemu dengan Jalan Hijrah.


9:22 - Jemaah Sedang Menunggu Lift
Ada 4 Buah Lift Untuk Serve Pelanggan, Kira OKlah Tu.

Jarak dari Abeer Garden ke MH l/k 300m dan mengambil masa l/k 5 minit jika tidak singgah di mana-mana kedai atau ambil gambar dsb. Masih sempat solat di MH jika ketika azan masih di hotel.



9 comments:

  1. Salam Hj Saad,


    Tk kerana berkongsi foto, saya buat umrah tahun 2008 pun guna travel agent yang sama, Andalusia, semua kedai termasuk kedai dobi dan kedai gunting tu hari2 saya jumpa. Nostalgia.

    Rindu dengan semua tu, jalan yang sama selama 7 hari 7 malam saya guna, tp saya tidak shopping kat Hilton tu....entah kenapa, cuma saya tergoda dengan kedai jual tasbih tu, beli tasbih besar, sebesar buah tomato...untuk kenang-kenangan saya....

    ReplyDelete
  2. Salam rosli

    Alhamdulillah, syukran.

    Saya suka snap gambar. Snap apa saja yang tergerak di hati. Kalau memory card dah penuh, transfer gamabr/video ke dalam notebook. Tapi kadang-kadang bateri kamera buat hal - jadi tak dapat snap gambar. Guna kamera hp tidak berapa sharp kerana 2 megapixel saja. Kadang-kadang bateri hp pun buat hal jugak. Semua tu kenang-kenangan yang unik buat saya. Itu sbb saya snap apa saja.

    Wasalam

    ReplyDelete
  3. Salam Hj Saad,


    Tk kerana berkongsi foto, saya buat umrah tahun 2008 pun guna travel agent yang sama, Andalusia, semua kedai termasuk kedai dobi dan kedai gunting tu hari2 saya jumpa. Nostalgia.

    Rindu dengan semua tu, jalan yang sama selama 7 hari 7 malam saya guna, tp saya tidak shopping kat Hilton tu....entah kenapa, cuma saya tergoda dengan kedai jual tasbih tu, beli tasbih besar, sebesar buah tomato...untuk kenang-kenangan saya....

    ReplyDelete
  4. Salam

    ok ke servis pakej Andalusia....

    ReplyDelete
  5. Salam noraini.

    So far, Ok. Hakuna Matata - No problem.

    ReplyDelete
  6. Salam haji, salam ziarah.
    Seronok membaca blog haji. Seronok lihat gambar2 yang ada. Semoga ia menjadi kenangan yang sungguh bermakna buat haji.
    Wasalam

    ReplyDelete
  7. Wa'alaaikum salam MI

    Terima kasih kerana berziarah ke sini. Alhamdulillah, semoga ia menjadi kenangan dan pelajaran yang abadi bagi kita semua.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum Hj..

    tk kerana berkongsi foto.. saya baru sahaja balik dr mengerjakan Umrah...

    Sebak rasa hati bila tgk gambar2 yg di paparkan.. rasa rindu sangat2.. sampai terasa air mata hendak mengalir bila tgk semua gambar...

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikum salam ryzal

    Alhamdulillah, semoga gambar-gambar tersebut mengimbau kenangan tuan semasa berada di sana.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.