Friday, January 14, 2011

Doa Rawatan Angin Ahmar, Lumpuh dan Strok

Assalamu;alaikum wm wbr.
.
Kelmarin ketika berurusan di suatu pejabat, saya bertemu dengan seorang sahabat yang sudah dua bulan terkena strok. Alhamdulillah sahabat saya itu sudah boleh menaiki kereta walaupun hanya duduk di kerusi penumpang. Untuk ke mana-mana, isterinyalah yang memandu kereta. Kaki dan tangan kirinya masih belum pulih dengan sepenuhnya. Kebetulan saya ada membawa buku kecil "Ruqyah Asas Pengubatan Islam berserta surah Yasin, rangkaian zikir, dan doa-doa mustajab" keluaran Darussyifa' oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Lantas saya berikan buku tersebut kepadanya. Dalam buku tersebut terselit sebuah doa ringkas untuk merawat penyakit angin ahmar, lumpuh dan strok. Mudah-mudahan sahabat saya itu tidak putus asa dan dapat mengamalkan doa tersebut secara istiqomah, terutama dibaca setiap selepas solat lima waktu.
.
Di bawah ini saya sertakan doa tersebut untuk sama-sama diamalkan oleh para pembaca. Doa ini pendek sahaja dan saya kira anda sekelian mampu membacanya dengan istiqomah. InsyaAllah bagi doa angin ahmar yang lengkap (panjang), saya akan tulis dalam blog Doa Mustajab: Rakan Sepanjang Hayat.
.
Sebenarnya sangat sukar hendak menulis doa ini dalam skrip arab. Kadang-kadang O.K, kadangkadang K.O. Maksud saya, sukar untuk ditulis baris-barisnya sebab kadang-kadang jadi lain pulak. Oleh itu ada sebahagian huruf yang tidak berbaris - harap maaf. 
.
Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis - itulah perbidalan orang tua-tua dahulu yang sangat patut kita jadikan pegangan. Sekian, semoga memberi manfaat kepada kita semua.

اللهم ٳﱐ أَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسوﰱ الجسم 

برحمتك  وَالرُّوْحِ الجسد ساﺋر وﰱ اﻷشعار وﰱ الْجِلْدِ وﰱ الْعَرُوْقِ وﰱ اللَّحَمِ وﰱ وﰱالْعِظَم 

  ياارحم الراحمين 

Ya Allah, sesuangguhnya aku berlindung denganMu daripada al-Rih al-Ahmar (angin Merah) dan penyakit yang besar (daripada berada) dalam diri, tubuh, tulang, daging, urat-urat, kulit, bulu, dan seluruh jasad dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyanyang.

اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اْلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ


Di bawah ini saya sertakan semula doa di atas dalam bentuk imej di mana ia adalah lebih jelas. 



Ya Allah lindungilah aku daripada semua kesakitan dan penyakit, juga daripada semua penyakit dan kecacatan dan darah hitam. Ya Allah  lindungilah aku daripada penyakit yang besar dan ar-Rih al-Ahmar dan darah yang kuning dan daripada kesemua kesusahan dan penderitaan dan penyakit strok dan daripada berdukacita, kerisauan dan kesedihan dan daripada terpenjara (disebabkan penyakit-penyakit tersebut).

10 comments:

  1. Salam En. Mohd Saad,

    Himpunan buku-buku Darussyifa' memang bagus. Sekurang-kurangnya kita boleh berusaha sendiri dulu sekiranya ditimpa penyakit dengan cara yg ditunjukkan dalam buku tersebut.

    Kakak memang suka buku Dato' Harun Din.....

    ReplyDelete
  2. Salam kakzakie

    Alhamdulillah, saya pun suka buku Tuan Guru Dato' Haron Din, dan juga nasihat serta tunjuk ajar beliau.

    Saya ada edar sikit-sikit buku TG. Hehe lepas juga duit kopi, duit laser printer, dsb.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tn hj...

    banyak doa2 dr buku Tuan Guru Dato' Haron Din yg ummi amalkan, tp sblm tu ummi rujuk dulu dr adik ummi yg telah dpt ijazah dr tn guru .

    ReplyDelete
  4. semoga Allah balas kebaikan orang yang berkongsi doa ini

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum wbt ROJAK

    Ami~n, ami~n, Ya Rab al-'a~lami~n. Alhamdulillah.

    Semoga Allah melimpahkan Rahmat dan kasih sayangnya kepada ROJAK sekeluarga, A~min.

    ReplyDelete
  6. Salam...

    di sini ingin di kongsikan bagaimana mereka hadapi cabaran sakit lumpuh dan dengan izin Allah sihat kembali pulih atau setidak-tidaknya berlaku perubahan besar kembali sihat semenjak lumpuh.

    http://kedai24online.blogspot.com/2013/02/susu-igg-plus-klik-sini.html#

    ReplyDelete
  7. memang sedang cari doa ni utk mama, tetiba x bole copy nak buat word dan print... terima ksh byk2 krn kedekut ilmu... cr la kt blogger lain... Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk maklumat. Kami menyediakan pemulihan untuk pesakit strok. kita menggunakan dua kaedah iaitu gabungan rawatan fisioterapi dan akupunktur. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077

    ReplyDelete
  9. maklumat sangat berfaedah.Terima kasih.Harap dapat share.Terima kasih

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.