Assalamu'alaikum wbt
Musim umrah tahun 1435H sudah pun bermula iaitu pada 8 Disember 2013
yang lepas. Sukacita saya update entri mengenai masalah yang sangat popular
yang dikemukakan kepada saya melalui ruangan komen dalam blog ini atau melalui
email iaitu masalah jemaah wanita yang mengalami haid ketika umrah.
Perlu dinyatakan di sini semua orang yang ingin melakukan umrah wajib
berniat ihram ketika sampai di miqat (sila rujuk tempat-tempat miqat dalam
entri yang terdahulu).
Justeru itu, bagi jemaah wanita yang sedang kedatangan haid maka dia
juga perlu berniat ihram apabila sampai di miqat. Sekiranya dia tidak berniat
ihram ketika di miqat maka dia adalah berdosa dan perlu membayar dam.
Bagi wanita yang dijangka kedatangan haidnya agak panjang, dan
dikhuatiri tidak suci sehingga tarikh penerbangan balik ke tanah air, maka
dicadangkan agar
mereka berniat ihram bersyarat ketika di miqat supaya mudah untuk
bertahallul.
Niat Bersyarat tersebut ialah:
"Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya, jika aku
terhalang oleh halangan syara' maka ketika itu aku bertahallul kerana Allah
Taala."
Yang Dibolehkan:
1. Dalam keadaan berhaid jemaah wanita berniat ihram bersyarat. Jika
sehingga tarikh penerbangan haidnya masih tidak berhenti - maka dia terlepas
daripada pantang larang ihram tanpa perlu membayar dam.
2. Dalam keadaan tidak berhaid jemaah wanita berniat ihram bersyarat.
Ketika di Makkah, jika sebelum sempat tawaf, atau sedang tawaf dia kedatangan
haid - maka secara automatik dia dikira bertahallul - maka dia terlepas
daripada pantang larang ihram.
Sekirannya sesudah itu haidnya sudah berhenti (tunggu sehingga melebihi
24 jam) maka dia boleh keluar ke miqat yang berdekatan seperti Tan'iem, dan
berniat ihram di situ (digalakkan melakukan niat ihram bersyarat) dan kembali
ke Makkah untuk tawaf, saie dan bergunting.
Yang Tidak Dibolehkan:
Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram biasa (tidak bersyarat)
kemudian ketika didatangi haid dia melafazkan niat bersyarat: “Jika haidku
berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.” - Ini tidak
dibolehkan.
PENTING:
Niat ihram bersyarat tidak digalakkan bagi niat ihram haji.
Assalamualaikum Ustaz. Saya tak faham ayat ini: "sekiranya niat ihram bersyarat di miqat dalam keadaan tidak haid, kemudian masuk ke Mekah, sebelum sempat tawaf dan saie, haid datang, maka secara automatik, dia dikira bertahallul. " Maksud di kira bertahallul tu, adakah dia perlu terus bergunting untuk keluar dari ihram atau tidak perlu bergunting kerana haidnya sudah membatalkan ihramnya? Dan bagaimana jika dia sempat tawaf, kemudian haidnya datang? Terima kasih ustaz.
ReplyDeletenak print doa ni pun tak boleh ke? hhhh sya print screen heheheheh
ReplyDeleteKalau guna smartphone boleh copy. Silakan copy jika bermanfaat.
DeleteAssalamualaikum ustaz... bg niat bersyarat... sekiranya wanita itu sedang haid dan sampai di miqat dia perlu niat ihram bersyarat. Bilakah dia boleh bertahalul. sejurus selepas niat ihram bersyarat atau ada tempoh masa tertentu...mohon pencerahan ustaz. Terima kasih
ReplyDeleteSalam ustaz, seperti pertanyaan diatas. Sekiranya saya dalam haid niat umrah bersyarat, boleh kah serta merta bergunting, keluar ihram? Kemudian tunggu 24jam ke miqat niat ihram? Ataupon stay dlm ihram tadi sesudah suci dari haid terus ke tawaf saie bergunting..
ReplyDelete