Wednesday, April 21, 2010

Panduan Umrah – 21 – Sunat-Sunat Semasa Tawaf

Assalamu'alaikum wm wbr.


Suasana Di Dataran Kaabah Sebelum Waktu Solat


Di Sini Kelihatan Penjuru Hajar Aswad (Kanan), Makam Ibrahim, Hijir Ismail (Bentuk Ladam Kuda Warna Putih), Penjuru Syami (Kiri) dan Penjuru Yamani (Di Tengah-Tengah).


Rukun Yamani, Hajar Aswad, Rukan Iraqi, Hijir Ismail, dan Maqam Ibrahim

Terdapat beberapa amalan sunat dalam melakukan tawaf iaitu:

1.   Berjalan kaki – kecuali sakit, maka boleh diusung atau menggunakan kerusi roda.

2.   Melakukan ramal iaitu berlari-lari anak dengan memendekkan langkah, tidak melompat pada pusingan 1, ke-2, dan ke-3 – bagi lelaki jika keadaan mengizinkan, iaitu pada tawaf yang diikuti dengan sai'e selepasnya (bukan tawaf sunat dsb.)

3.   Melakukan istilam – menjabat hajar aswad dengan tapak tangan dan kemudian mengucupnya. Jika tidak mampu, memadai dengan isyarat dengan tangan (melambai) sahaja dari jauh, kemudian kucup tapak tangan – lambai tiga kali sambil mengucapkan "Bismillahi Allahu Akbar Walillahilhamdu".  Dilakukan bagi setiap permulaan pusingan tawaf. Bagi orang perempuan tidak sunat melakukan istilam kecuali ketika lapang –  memadai dengan isyarat seperti di atas.


4.   Melambai rukun Yamani – tetapi tidak mengucup tapak tangan.

5.   Memakai ihram secara ittiba' –  bagi lelaki yang mengerjakan tawaf haji atau tawaf umrah. Makruh ittiba' ketika sembahyang.



7.   Berturut-turut 7 pusingan tawaf itu. Bermakna tawaf boleh dilakukan secara tidak berturut-turut. Jika seseorang ingin membuang air kecil / air besar, bolehlah dia pergi ke tandas. Selepas itu ia bersuci dan mengambil wudhuk dan sambung semula tawaf untuk mencukupkannya menjadi 7 pusingan yang sempurna.

8.   Berzikir atau berdoa atau membaca al-quran.

9.   Khusyuk dan tawadhuk – jangan berbual-bual, menjawab telefon, mengambil gambar dsb. Rendahkan suara semasa berdoa atau berzikir.

10. Solat sunat tawaf dua rakaat setelah selesai tawaf 7 keliling dengan sempurna di belakang Makam Ibrahim – jika keadaan mengizinkan. Jika jemaah ramai, tawaflah di mana-masa sahaja di Masjidil Haram. Ada sebahagian jemaah (bukan dari Asia Tenggara) membuat kepungan dan hadangan bagi membolehkan kumpulan mereka solat dibelakang makam Ibrahim. Namun dengan melakukan sedemikian, mereka telah menghalang aliran tawaf yang sepatutnya berjalan dengan lancar.

11. Minum air zam-zam selepas solat sunat tawaf. Disunatkan ketika minum air zamzam berniat sebagai penawar dan memperolihi kebajikan di dunia dan akhirat. Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Air zamzam itu mengikut apa yang diniatkan sewaktu diminumnya.

Nota

1. Hukum mencium hajar aswad adalah sunat.

2. Tidak digalakkan bagi orang yang masih terikat dengan pantang larang ihram sebab pada kebiasaannya Pak Arab meletakkan minyak wangi pada hajar aswad, terutama sebelum masuk waktu solat. Lihat gambar di bawah ini.

Pak Arab Mencuci Hajar Aswad dan Letak Minyak Wangi Sebelum Masuk Wakt Solat

3. Jagalah akhlak ketika berusaha menciumnya. Janganlah berdesak-desak sehingga menyakiti orang lain sebab hukum mencium hajar aswad adalah sunat, tetapi jika kita menyakiti orang lain hukumnya berdosa.

4. Bagi orang perempuan, tidak digalakkan mencium hajar aswad kecuali memang lapang tidak ramai orang di situ – suatu situasi yang sangat jarang berlaku kecuali sebaik selepas musim haji. Jika berdesak-desak maka akan berlakulah keadaan berhimpit-himpit, bergesel punggung, dan payu dara dengan jemaah lelaki. Ini sangat-sangat tidak dibolehkan apatah lagi ia berlaku di Masjidil Haram – di hadapan kaabah.  Pahala yang kita cari tetapi dosa yang dapat. Na'uzubillahi min zalik.








Entri Yang Berkaitan (Sila Klik)

1. Bolehkah teruskan tawaf, saie dan bergunting bagi wanita yang haid semasa dalam ihram kemudian suci dalam masa singkat, kemudian datang haid semula

26 comments:

  1. TENANG BETUL SAYA TENGOK KAABAH...SUBHANALLAH...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, pakcik pun begitu juga dan hati meronta-rontak untuk ke sana.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saya baru pulang dari sana pada 4hb Ogos 2011... Syukur pada Allah, kerana menjadi tetamuNYA untuk umrah dan beribadah di sana.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, syukur ke atas segala nikmat yang dikurniakan-NYA.

    Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

    ReplyDelete
  5. Salam saya hendak bertanya, jika org yang sangat jahil tentang agama tiba2 dia berubah ,bersolat ,dalam keadaan
    Belum betul2 membersihkan hati, dia berhajat utk mengerjakan umrah, dgn tujuan hendak men dapat kan hidayah dn pertunjuk dia betul2
    Mahu bertaubat,dia tidak mem buang susuk yang di masuk kan ke dlm badanya, apa kah yang terjadinpada Nya..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam wbt anonymous.

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah membuka hati dan menunjukkan jalan kepada orang tersebut. Insan tersebut tentunya merupakan insan yang istimewa kerana telah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk kembali kepada fitrah Islam. Pergilah lakukan umrah dan bertaubatlah dengan setulus hati dihadapan kaabah dan minta kpd Allah agar sentiasa mendapat bimbingan dariNya.

    Seelok-eloknya insan tersebut usahakan untuk membuang susuk tersebut dengan berjumpa semula dengan orang yang memasukkan susuk atau jika ada pantang tertentu, maka langgarlah pantang tersebut.

    Email saya msaadhamid@gmail.com sekiranya insan tersebut masih belum berjaya membuang susuk tsbt. InsyaAllah saya akan berikan rujukan orang yang boleh membuang susuk.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam wbt

    Tambahan...

    Sebaik-baiknya buanglah susuk terlebih dahulu sebelum melakukan ibadat umrah.

    Wasalam

    ReplyDelete
  8. Tuan Haji,

    Diaharap tuan haji dapat menjawab pertanyaan saya ini dgn jelas.
    Berkenaan solat sunat 2 rakaat setelah selesai tawaf 7 keliling dengan sempurna di belakang makam nabi Ibrahim tu.Apakah niat nya,ada bacaan surah khusus ke?Terima kasih tuan haji..

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum wbt Insan

    Niat solat sunat tawaf ialah:

    أُصَلّيْ سُنَّةَ الطَّوَافِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

    "Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala"

    Rakaat pertama baca Al-Kafirun
    Rakaat kedua baca Al-Ikhlas

    Lepas solat, bacalah doa dengan khusyuk - doa dalam bahasa Melayu pun boleh.

    Semoga bermanfaat, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tn. Haji,

    Insya Allah, saya akan pergi mengerjakan umrah hujung bulan ni. Masih banyak perkara yg saya tak tahu. Saya surf internet dan ditentukan Allah, sy terjumpa blog Tn.Hj. Saya terus gunakan blog tn Hj. ni sebagai bhn bacaan sy utk memahami ibadah umrah. Syukur Alhamdulillah. Blog tn.Hj. byk membantu sy. Terima kasih. Sy juga nak minta izin utk salin beberapa perkara dlm blog ni.
    Dan tn.Hj., boleh ke kita niat,doa dll dlm bhs m'sia, sekiranya kita masih kurang arif utk baca tulisan arab?

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikum salam anonymous

    Alhamdulillah, dan terima kasih kerana tuan sudi menjadikan blog ini sebagai bahan rujukan untuk ibadah umrah tuan.

    Saya izinkan tuan dan sesiapa jua untuk menyalin apa-apa maklumat yang difikirkan perlu dari blog ini. Itulah tujuan sebenar blog ini diwujudkan.

    Ya, kita boleh berdoa dalam bahasa Melayu, dan itu mungkin menjadikan kita lebih khusyuk, insyaAllah.

    Jika tidak keberatan, apabila tuan berada di hadapan kaabah, doakan untuk saya, isteri, dan anak-anak agar sihat tubuh badan dan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Amin.

    Akhir kalam, semoga tuan mendapat umrah yang maqbul dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan tuan di sana.

    Sekian, selamat mengerjakan ibadat umrah. Amin

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Tn. Hj.
    Insya Allah, akan saya doakan Tn. Hj. sekeluarga dan semoga Tn. Hj. terus berkongsi ilmu melalui blog Tn. Hj.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah,

    Jazakallahu khairan kathiran mubarakan fiih.

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum tn. saya ada kemusykilan, semasa kita beristilam, kita kene berhenti sebentar atau berjalan? : yanty

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikum salam wbt

    Sebaik-baiknya ketika kita hendak istilam/lambai kaabah, elok kita berhenti dan menghadap kaabah dan lambai. Kemudian betulkan kedudukan badan kita supaya bahu mengirikan kaabah, baru berjalan semula.

    Boleh juga kita lakukan sambil berjalan.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Tn Hj, saya nak ambil kesempatan ini utk ucapkan terima kasih pd Tn Hj. Panduan yg Tn Hj tulis ni banyak sgt membantu saya & suami semasa mengerjakan umrah baru-baru ni. Alhamdulillah kami telah pun selamat sampai ke M'sia pada 5.4.12 lepas... Pengalaman di Tanah Suci sungguh bermakna..

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikum salam Sha

    Sama-sama.

    Alhamdulillah, puan dan suami telah selamat menunaikan umrah dan telah selamat kembali ke Malaysia. Kenangan-kenangan manis semasa melihat, tawaf dan solat di hadapan kaabaah akan terus terpahat di sanubari bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.

    Jadikanlah ibadah umrah tersebut sebagai titik tolak bagi kita semua untuk berubah ke arah menuju keredhaan Allah S.W.T. "Hidup Biar Allah Sayang!"

    ReplyDelete
  18. Salam. Terima kasih pd tuan haji. Blog tuan haji banyak membantu saya dan suami dalam memahami cara dan peraturan mengerjakan ibadah umrah. Mohon izin dihalalkan segala ilmu y tuan haji tuliskan disini. hanya Allah sahaja dapat membalas segala jasa baik tuan haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Alhamdulillah, gembira saya mengetahui yang sedikit sebanyak maklumat dlm blog ini dapat membantu puan dan suami puan untuk melakukan umrah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan puan di sana, dan semoga puan dan suami mendapat umrah yang maqbul.

      Delete
  19. Salam Tuan Hj, Boleh ke memberi sedikit panduan amalan amalan yang baik untuk dilakukan semasa di Mekah dan madinah.

    Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Semasa di Makkah
      1. Ibadah yang paling afdal di Makkah ialah melakukan tawaf sunat. Sebab di Masjidil Haram sahaja ada kaabah. So lakukanlah tawaf sunat sebanyak yang mungkin. Targetlah untuk tawaf sunat sekian-sekian banyak, contohnya 50 kali dsb di sepanjang kita berada di Makkah.

      Tawaf sunat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa terutama apabila memasuki masjidil haram sebagai ganti solat sunat tahiyatul masjid. Kita perlu berniat sebelum tawaf seperti: Sahaja aku tawaf mengelilingi kaabah, sunat kerana Allah Taala."

      Antara amalan-amalan lain ialah:
      2. Baca al-quran
      3. Banyakkan beristighfar dan bertaubat atas dosa-dosa kita yang lepas.
      4. Banyakkan bersedekah
      5. lakukan soalat-solat sunat seperti solat hajat, taubat, tahajjud dll.
      6. berzikir, selawat dsb

      Madinah
      Semasa di Madinah, perbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W. di samping membaca al-quran, solat sunat, bersedekah dsb.

      Delete
  20. Assalamualaikum Tn Hj..

    Jika selepas tawaf sunat,saya mahu melakukan solat tahiyatul masjid,boleh ke?untuk menambah amalan sunat dalam masjidil haram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Apabila kita masuk ke masjid (kecuali masjidil haram), sebelum duduk kita disunatkan solat tahiyyatul masjid dua rakaat.

      Terhasil sunat tahiyatul masjid dengan apa2 jenis solat yang dilakukan sebelum duduk.

      Namun, di masjidil haram kita tidak solat sunat Tahiyyatul masjid, sebagai gantinya kita lakukan tawaf sunat ketika masuk masjidil haram seperti yg dibuat oleh Rasul s.a.w. Sekiranya tidak ada kesempatan masa seperti sudah azan, atas orang terlalu ramai maka boleh lakukan solat tahiyyatul masjid ketika itu.

      Delete
  21. Assalamualaikum ustaz. Sekiranya semasa sedang tawaf, masuk waktu solat, kita berhenti tawaf untuk solat berjemaah. Selesai solat, kita sambung tawaf. Semasa solat tadi bahu kiri tidak lg menghadap kaabah. Adakah sah tawaf kita pd pusingan tersebut. jazakallahu khair.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum ustaz. Sekiranya semasa sedang tawaf, masuk waktu solat, kita berhenti tawaf untuk solat berjemaah. Selesai solat, kita sambung tawaf. Semasa solat tadi bahu kiri tidak lg menghadap kaabah. Adakah sah tawaf kita pd pusingan tersebut. jazakallahu khair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Tak berani nak jawab sbb saya tak tahu keadaan sebenar puan selepas solat. Untuk lebih menyakinkan, elok kita undur beberapa langkah ke belakang dan perbetulkan bahu baru sambung tawaf.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.