Monday, July 26, 2010

Umrah 2010: Jalan Hijrah, Makkah Sebelum Asar (Sabtu 15/5/2010)

Assalamu'alaikum wm wbr.

MAKKAH 15 Mei 2010:  Saya keluar dari hotel sekitar jam 3:20pm untuk solat Asar di Masjidil Haram. Hari ini waktu Asar ialah pada pukul 3:36pm.  Seperti biasa di sepanjang perjalanan ke MH saya snap beberapa foto untuk dijadikan kenang-kenangan semasa balik ke Malaysia nanti.  Infact, sehingga entri ini ditulis, saya tidak jemu-jemu melihat foto-foto yang telah diambil tempuh hari. Memang mengasyikkan. 

Setiap hari, suasana di Hijrah Street adalah sama. Kesibukannya tidak pernah reda. Para jemaah berulang-alik ke MH, peniaga jalanan sibuk dengan barang jualan mereka. Pekerja Bandaraya Makkah berulang-alik dengan van pickup mereka, tetapi jarang tangkapan dibuat. Mereka hanya main kejar-kejar dengan peniaga jalanan. Pengemis jalanan pula sibuk menagih simpati. Bermacam-macam gaya mereka peragakan.  Ada yang menayangkan kaki yang kudung, ada yang menayangkan tangan yang kudung, ada yang menayangkan anak kecil yang sedang menangis, ada yang berdiri menggunakan kaki dan tangan seolah-oleh seperti seekor keldai dengan betis dan paha yang halus, ada yang berbaring di atas jalan raya dsb.  Dalam pada itu, ada juga segelintar kanak-kanak berpura-pura kudung tangan di paras siku ke bawah. Mereka sebenarnya menggunakan baju yang oversize dan melipatkan tangan ke belakang. Jadi jika dilihat sekali lalu, nampak seolah-olah tangan mereka kudung dari siku ke bawah.

Namun, sekiranya terdetik di hati untuk bersedekah, maka hulurkanlah setakat yang anda ikhlas. Tidak usah dipersoalkan sama ada mereka benar-benar cacat atau sebaliknya.  InsyaAllah, bersedekah di tanah suci Makkah sangat besar ganjaran pahala di sisi Allah SWT - digandakan 100,000x berbanding jika kita bersedekah di Malaysia atau di tempat-tempat lain.  Satu lagi, jika di Malaysia - di tempat saya tinggal, agak sukar untuk mencari peminta sedekah sekarang ini.  Tetapi sejak peristiwa saya dikejar oleh pengemis tempuh hari, sedikit sebanyak perasaan phobia itu masih menghantui fikiran. Sehinggakan, saya terpaksa meminta kawan untuk tolong hulurkan duit kepada sipengemis.  Tetapi, mata pengemis-pengemis di sini memang tanjam. The moment saya keluarkan duit dari dompet dan serahkan kepada kawan, secepat kilat mereka datang menghampiri saya minta simpati.  Menambahkanlah lagi phobia saya. Mungkin ini merupakan tipu daya syaitan yang tidak menginginkan kita berbuat kebajikan di bumi yang penuh barakah ini.  

Setelah beberapa hari berada di sini, kedengaran khabar-khabar angin iaitu beberapa orang jemaah wanita warga emas dari Malaysia dan Indonesia kehilangan duit yang disimpan di dalam tas tangan yang dibawa ke masjid.  Semua mangsa mengatakan bahawa mereka didatangi oleh pengemis wanita berjubah hitam, dan setelah sipengemis beredar, mereka dapati duit sudah hilang. Jumlah wang yang hilang adalah besar iaitu ribuan Riyal (SR1000 - SR4000) seorang.  

Bagi mengelakkan jemaah kehilangan wang seperti di atas, sukacita saya berpesan agar jemaah tidak membawa kesemua wang mereka ke masjid atau ke tempat-tempat lain. Tinggalkanlah wang di bilik hotel - InsyaAllah selamat sebab penjagaan keselamatan barang-barang kepunyaan jemaah sangat-sangat diambil perhatian oleh pihak hotel.  Mereka tidak membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki even ruang legar hotel.  Di samping itu bukalah akaun di Ar-Rajhi Bank semasa di Malaysia supaya fikiran kita menjadi lebih tenang dan tenteram ketika berada di tanah suci sebab tidak perlu memikirkan keselamatan duit yang ditinggalkan di hotel. Kita boleh mengeluarkan wang di mesin ATM Ar-Rajhi atau di mana-mana mesin ATM yang mempunyai perkhidmatan MEPS semasa di Makkah atau Madinah.  Di Makkah, mesin ATM Ar-Rajhi terletak di pintu masuk pusat membeli belah Bin Dawood, di Kompleks Hilton (di hujung Hijrah Street, berhampiran pintu King Abdul Aziz).  Saya keluarkan wang di tingkat 2 Hotel As-Safwah, iaitu di pintu masuk ke Restaurant D'Saji milik Felda, tetapi ATM tersebut bukanlah ATM Ar-Rajhi (saya lupa nama Bank ATM tsbt).

Sekian, wasalam.


Hari ini ada surprise di persimpangan jalan ini dengan Hijrah Street di depan sana tu.  Kena alihkan dua orang jemaah ini ke tepi baru boleh nampak. Harap bersabar, jangan alihkan komputer anda. Hehehe

Macam-macam cara untuk menarik simpati jemaah.
Saya notis pengemis ini hanya berada di sini pada waktu sebelum asar sahaja.


Nasib Yang Berbeza. Kanak-kanak dalam foto di sebelah kiri dan di bawah di dokong dan dipimpin oleh bapa mereka ke Masjidil Haram.  Kanak-kanak keturunan Afrika ini pula menagih simpati daripada jemaah. Jika sebelum waktu Subuh, seawal jam 4.00 pagi mereka telah berada di sini - seperti yang saya paparkan dalam posting yang terdahulu.  suatu-pagi-di-jalan-hijrah-makkatul-mukarramah        <--- Sila klik

Si Ayah memimpin anak ke Masjidil Haram. Kelihatan van penguatkuasa bandaraya untuk mengawal penjaja tanpa permit dan pengemis jalanan.

Berhampiran Kompleks Zam-Zam Tower

Jika terdetik untuk bersedekah, just hulurkan seikhlas hati.

Anda tidak akan kaya jika simpan SR1.00 dalam poket.
Anda tidak akan jatuh miskin jika hulur sedekah SR1.00

Paip Air Zam-Zam Berhampiran Pintu King Abdul Aziz


Papan notis tertulis: 'Air Zam-Zam Untuk Di Minum Sahaja - LELAKI sahaja.'  Yang beratur beramai-ramai tu ialah untuk isi air zam-zam ke dalam 'jarring can' untuk bawak pulang ke hotel. Jemaah perempuan pun turut sama menyelit. Tempat mengambil air zam-zam agak jauh iaitu di kawasan Maulid Nabi berhampiran Marwah.  Lebih kurang 500 meter dari sini. 

Hey Babu, mahu kerja ka tak mahu kerja? 
Itu orang ambil air zam-zam tada marah ka? 

Dialog di atas hanya rekaan saya semata-mata. Dua orang ini hanya berbual biasa. Perhatikan, sebahagian jemaah suka solat di dataran di luar Masjidil Haram.  Mungkin mereka ingin cepat beredar selepas solat. Alangkah ruginya solat di sini sebab ruang solat dalam masjid masih kosong. Jika kita solat di dalam masjid, kita boleh melihat kaabah yang barakah, dan boleh berniat iktikaf.



Pintu King Abdul Aziz 15 Mei 2010 Jam 3:34pm
Syukur, masih ramai yang suka solat di dalam masjid

3:22pm: Tu Diaaa, Suprise! 
Di Persimpangan Hijrah Street Dengan Jalan Ke Hotel Abeer Garden.
Selepas ini saya tidak beli lagi buah-buahan di sini.

3 comments:

  1. salam tn hj..

    cerita pengemis tu , yg menjadi tanda tanya ummi , seblm subuh beratur sepanjang jalan tu ramai yg kudung tangan , siap lipat tangan baju n nampak hujung siku diorang ,ummi perhati betul2 ,rupanya diorang lipat tangan keatas (pegang tengkuk) jadi nampak siku tu macam tangan yg kudung jer ler ...

    tak berani sedekah di situ coz ada masa, yg lain2 dtg serbu jd lebih baik kasi yg dlm masjid...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    saudara msa hamid, syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi..dan diringi doa akan keberkatan segala usaha Tuan..
    disini saya ingin mengakui, alhamdulillah dengan izinNya setelah saya terbaca segala pengalaman saudara dan info dari saudara tentang UMRAH di Madinah dan Makkah,hati saya telah terbuka untuk menjejakkan kaki untuk beribadah di Tanah Suci..selama ini saya amat tidak memperdulikan Solat saya, Puasa saya dan Solat Jumaat pun amat jarang saya hadirkan diri..Namun saya amat bersyukur setelah saya selesai membaca serta download hasil paparan saudara,saya terus email pada Andalusia untuk mendaftarkan diri saya untuk membuat Umrah tanpa langsung saya perdulikan tentang diri saya yang belum membuat persediaan akidah..Hati saya tiba2 saja terharu dan sangat terdetik untuk pergi kesana..Amat mengejutkan sekali email dari saya telah dibalas pihak Andalusia dengan kadar segera dan saya terus membuat bayaran untuk tempahan.Tahukah saudara urusan saya berjalan hanya dalam tempuh 2 minggu dari tarikh terdetiknya hati dari tarikh untuk berangkat keTanah Suci..Maha Suci Allah yang telah menjemput saya kesana..Dari saat untuk berangkat sehinggalah saya tiba diJeddah,Madinah dan Makkah, saya seolah-olah tidak mempercayai bahawa diri dan jasad saya ada hadir disana di hari Ramadzan yang kedua..Allah Maha Besar saya disana dalam bulan PUASA..puasa saya tidak pernah sempurna..hanya saya lakukan 2-3 hari permulaan puasa dan 1-2 hari sebelum berakhirnya puasa..Maha Suci Allah dengan keadaaan diri yang serba kekurangan Alhamdulillah saya dapat membuat ibadah Umrah 3 kali..Alhamdulillah saya dalam keadaan berpuasa..Alhamdulillah setiap waktu sembahyang dapat saya lakukan..Alhamdulillah solat Terawih setiap malam diMasjid Nabawi dan bersambung diMasjidil Haram..Alhamdulillah saya dapat solat sunat syukur di dalam Gua Hiraq ditengah malam..saya banyak mengalirkan airmata disana..Alhamdulillah setelah kembali keTanah Air, saya masih belum putus Solat Fardhu belum putus Solat Jumaat belum putus bacaan Yaasin setiap hari dan belum putus mambaca Quran..kehidupan alpa saya yang lalu telah pun saya tinggalkan..saya berdoa saya mengharapkan keadaan diri saya ini berterusan..Terima kasih banyak2 pada saudara atas tunjuk ajar daripada saudara, Teruskanlah amalan saudara ini..saya percaya banyak lagi orang diluar sana yang terkesan dengan hasil usaha saudara..Terima kasih..

    Ir.Shukor Hamid

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan kita pelbagai nikmat sama ada yang kita ketahui mahupun yang kita tidak ketahui/tidak sedar mengenainya.

    Saya amat terharu apabila membaca komen saudara ini. Izinkan saya menjadikannya suatu entri dalam blog ini bagi memberi motivasi kepada pembaca-pembaca yang lain.

    Saya turut gembira di atas jemputan Allah SWT kepada suadara untuk melakukan ibadah di Baitullah. Percayalah jemputan Allah tersebut mempunyai seribu hikmah. Bukan semua orang mendapat keistimewaan menjadi tetamu Allah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Allahu Akbar! Semoga saudara terus istiqamah dengan segala amalan di tanah suci di sini.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.