Jambo, Jambo Bwana.
Habari gani?
2:10PM Di Hadapan Hijir Ismail
2:15PM Jemaah Dari Nigeria
2:11 PM Hakuna Matata
Jambo, Jambo Bwana, (Hello, Hello Sir)
Habari gani, (How are you?)
Mzuri sana. (Very fine)
Wageni, mwakaribishwa, (Foreigner, you’re welcome)
Haram, Hakuna Matata. (Masjidil Haram, There’s no problem)
Watu wote, (Every body)
Hakuna Matata, (There’s no problem)
Wakaribishwa, (Are welcome)
Hakuna Matata. (There’s no problem)
Foto di atas mengingatkan saya akan surah al-Hujurat ayat 13 yang menyarankan agar kita saling berkenalan dan membina ukhuwah antara satu kaum dengan kaum yang lain. Di Makkah, sebagaimana yang kita maklum, ialah tempat tumpuan manusia dari seluruh pelusuk dunia, datang dengan niat yang suci iaitu untuk mendambakan diri di pintu bait Ilahi.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). AL-HUJURAT:13
Entri berkaitan: Mayat Terbang Depan Hajar Aswad - Part 1
Entri berkaitan: Mayat Terbang Depan Hajar Aswad - Part 2
Entri berkaitan: Mayat Terbang Depan Hajar Aswad - Part 1
Entri berkaitan: Mayat Terbang Depan Hajar Aswad - Part 2
Salam Hj Saad,
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi pengalaman haji dan umrah yang begitu detail, dapat refresh pengetahuan saya.
Giliran haji saya kalau ikut TH masih jauh, 2024 , tp saya sedang meninjau2 pakej sekiranya mampu untuk buat haji lebih awal. Setelah berusaha mendaftar di TH, menyimpan duit dan berdoa saya berserah pada Allah memberikan tarikh yang paling sesuai untuk saya dan wife mengerjakan haji.
Sekadar berkongsi hati dan perasaan setelah Allah buka hati saya untuk mendaftar Haji.
Wa'alaikum salam wm wbr.
ReplyDeleteSaya ada tanya Andalusia, kalau-kalau giliran haji boleh dipercepatkan jika mengikut pakej mereka. Mereka kata calon haji perlu telah mendaftar untuk laksana haji sekurang-kurangnya 4 tahun dengan TH baru mereka boleh tolong bantu.
Biasanya setiap Pengarah TH Negeri ada kuota. Jika boleh runding dengan mereka, mungkin dapat dipercepatkan giliran haji tu.
Saya doakan agar segala urusan tuan dimudahkan oleh Allah SWT. Amin.
Salam Hj MSaadHamid
ReplyDelete4 tahun mendaftar baru boleh bantu.... rindunya nak tunggu menjadi tetamu Allah, that,s matata he..he
Salam pn norainai.
ReplyDeleteMatata? Hehehe bersabarlah puan. Semuanya ada hikmah di sebalik matata. Panjatkan doa kepada-Nya banyak banyak dengan tabarruk dan hufyah (rendah diri dan pennuh mengharap).
Ya Allah! Tuhan yang menggerakkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Ku pohon kepada-Mu agar Engkau undanglah mereka yang sedang merindui bait-Mu dan dan sedang mendambakan syafaat kekasih-Mu Muhammad s.a.w. sebagi tetamu-Mu dalam masa yang terdekat ini. Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pengasih daripada Segala Yang Mengasihi.
Amin, Ya Rab al-'Alamin.
Bagi sesiapa yang baca ini, tolong aminkan juga, terutama rosli dan pn niraini.
Wasalam.