Assalamu'alaikum wm wbr.
Rejab telah meninggalkan kita. Dan kini Sya'ban telah menyapa dan membuka lembaran baru bagi memberi peluang kepada kita menyatakan kecintaan kepada junjungan Rasulullah s.a.w. Ayuh marilah kita sama-sama memperbanyakkan SELAWAT ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, s.a.w. Bulan Sya'ban juga merupakan bulan latihan menyiapkan persediaan menyambut kedatangan Ramadhan. Jika kita menyintai Rasulullah s.a.w., maka ikutilah baginda dalam segala hal. Rasulullah s.a.w. memperbanyakkan puasa sunat di bulan ini. Oleh itu di samping memperbanyakkan selawat ke atas baginda, marilah kita perbanyakkan puasa sunat.
Ku sambut sapaanmu wahai Sya'ban.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.