Monday, April 26, 2010

Panduan Umrah – 27 – Beberapa Kesalahan Jemaah Semasa Tawaf

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Ketika membelek-belek nota kursus haji, saya jumpa topik mengenai kesalahan-kesalahan semasa melakukan tawaf yang saya kira bagus untuk dijadikan salah satu entri dalam panduan mengerjakan umrah sebagai berkongsi maklumat kepada bakal-bakal tetamu Allah yang julung-julung kali mengerjakan umrah.
Di antara kesalahan-kesalahan semasa tawaf ialah:

1.   Terkejar-kejar ikut mutawif takut tersesat atau ketinggalan.
2.   Membaca doa dengan suara yang nyaring sama ada bersendirian atau berkumpulan.
3.   Bercakap-cakap semasa tawaf.
4.   Cari kawan atau isteri atau suami.
5.   Asyik baca doa dengan melihat buku.
6.   Kucup hajar aswad tanpa membetulkan bahu.
7.   Menyentuh dinding kaabah atau hijir Ismail.
8.   Menyentuh syazarwan (bingkai kaabah) atau kelambu kaabah.
9.   Istilam tanpa membetulkan bahu.
10. Membawa beg di dalamnya diletak selipar atau kasut yang bernajis.
11. Mendokong anak lelaki yang belum berkhitan semasa tawaf.
12. Mendokong anak kecil yang buang air kecil atau air besar dalam pampers.
13. Wanita yang melambai atau istilam hajar Aswad dan ternampak lengan tangannya.
14. Tidak menghabiskan keliling hingga sampai di tempat mula tawaf (hajar Aswad).
15. Bahu kiri tidak melurus ke dinding kaabah atau terkeluar dari sasarannya.

94 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad

    sebelum tawaf
    kita berjanji dgn pasangan atau kumpulan kita
    sekiranya tercicir
    berjanji berjumpa semula sesuatu tempat yg senang namapak

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Tn Hj Rozali.

    Benar, itulah yang sebaik-baiknya. Contohnya berkumpul di kawasan berhampiran lampu hijau tanda permulaan tawaf dsb. Satu lagi, elok jika isteri atau kumpulan memakai tanda pada telekong supaya mudah dicam, al-maklum kebanyakan jemaah wanita memakai pakaian yang sama sahaja, semua berwarna putih.

    Ada yang pakai reben, ada yang pakai bunga sekuntum, ada yang pakai skaf warna tertentu dan sebagainya. Tetapi boleh juga guna handset untuk call isteri sebab masing-masing telah habis tawaf.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad

    bagaimana agaknya saya nak bawak anak kecil yg berumur setahun ke umrah? dah tentu dia memakai pampers...tapi niat saya nak bawak anak saya jugak.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam theladyisme

    Maaf sebab lambat membalas pertanyaan puan.

    Puan boleh bergilir-gilir dengan suami atau pengiring puan menjaga anak puan semasa salah seorang melakukan tawaf.

    ReplyDelete
  5. salam tuan haji..

    saya dan suami akan melakukan umrah pada may nnti.. kami akan membawa anak lelaki yg berusia 1 tahun. pergi bersama rombongan. tawaf pertama dan tawaf wida akan dilakukan secara berjemaah bersama mutowif.. jika kami terpaksa membawa anak sekali utk bertawaf macamana? terima kasih

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam anonymous

    Berkenaan membawa anak umur 1 tahun semasa tawaf, saya cadangkan puan rujuk masalah ini kepada orang yang lebih arif.

    Apa yang saya boleh cadangkan ialah, sekiranya anak puan itu lelaki, bersihkanlah dahulu kemaluannya dan suruh dia buang air kecil terlebih dahulu. Selepas puan tawaf, check pampernya.

    Atau untuk lebih selamat, untuk tawaf pertama dan tawaf wada, puan tawaf dahulu (anak dijaga oleh suami). Selepas puan selesai tawaf, baru suami tawaf.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    Saya nak minta tolong Tuan Haji ulas sikit kesalahan no 5). Asyik membaca doa dengan melihat buku. apakah yang di maksudkan di sini.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikum salam wm wbr anonymous.

    Sebenarnya tidak ada bacaan khusus yang mesti dibaca semasa tawaf kecuali pada sisi rukun Yamani iaitu kita membaca: رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
    dan biasanya disambung dengan وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا غَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

    Tetapi membaca doa atau berzikir, atau membaca al-Quran adalah tidak salah / tidak dilarang. Cuma kita perlulah pastikan semasa membaca doa-doa tersebut kaabah sentiasa di sebelah kiri bahu kita.

    Saya dapati, kerana terlalu ingin membaca doa seperti yang ditulis di dalam buku panduan - walaupun bacaan tidak berapa lancar (mungkin dianggap suatu kemestian)

    (1)jemaah tidak mengambil peduli tentang kedudukan bahunya dengan dinding kaabah.
    (2)tidak memandang lantai kaabah tempat kita berjalan - mungkin ada orang dihadapan kita, ada kerusi roda, ada belalang, ada orang hendak lalu lalang, ada najis dsb. Akibatnya:
    (a) pergerakan kita agak lambat dan menghalang flow tawaf.
    (b) melanggar tumit orang dihadapan kita yang mungkin menyakitinya
    (c) terlanggar orang berkerusi roda - sakit diri sendiri,
    (d) terlanggar orang sedang solat - ada sesetengah jemaah sengaja solat di belakang maqam Ibrahim walaupun orang tengah tawaf.
    (e) dan berbagai-bagai kemungkinan lagi.

    ReplyDelete
  9. ... sambungan

    Pernah ketika tawaf, saya dapati suatu pasangan suami isteri yang telah berumur memperlahankan gerakan tawaf hampir kepada kelajuan sifar - sama-sama membelek buku panduan, tercari-cari bacaan tertentu - mungkin menganggap jika tidak baca doa tersebut maka tidak sempurna tawafnya.

    Ada juga pada suatu ketika saya terlihat orang yang bertawaf membaca doa yang ditulis dalam buku paduan secara merangkak-rangkak kerana tidak lancar. Ini semua kerana menganggap bahawa bacaan-bacaan tersebut wajib dibaca semasa tawaf.

    Kesimpulan:

    1. Tidak ada bacaan khusus semasa tawaf kecuali di rukun Yamani.

    2. Boleh baca apa saja doa, zikir, ayat-quran yamh dihafal semasa tawaf.

    3. Ketika tawaf, segala doa, istighfar dsb hati tetap terpaut / berhubung dengan Allah S.W.T. Bolehkah hati khusyuk jika kita sentiasa memandang buku? Jadi seelok-eloknya hafallah doa yang hendak dibaca.

    ReplyDelete
  10. Sememangnya doa yang dihafal lebih baik kerana kita dapat rasakan diri ini hampir denganNya. Kalau doa itu menjadi amalan harian, Insya Allah akan hafallah ia.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Saya ingin bertanya; bagaimanakah maksudnya dengan beristiklam tanpa membetulkan bahu? adakah semasa beristiklam kita kene mengadap kaabah, tetapi sedangkan kita diwajibkan mengirikan kaabah semasa tawaf?

    terima kasih Tuan Haji,

    Wassalam..

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Beristilam bermaksud menghadap hajar aswad, letakkan tangan ke hajar aswad dan kemusian mengucupnya.

    Jemaah beristilam ketika hendak memulakan tawaf bagi setiap pusingan. Hukamnya asalah sunat.

    Apabila jemaah beristilam, dia mengadap baitullah (hajar aswad). Jadi sebelum jemaah hendak memulakan tawaf dia hendaklah membetulkan kedudukan bahunya iaitu bahu kiri 90 darjah dengan kaabah (lebih kurang ler) baru mulakan langkah untuk bertawaf. Sayugia diingat, pusingan tawaf dikira sempurna (complete) dari point bahu kita mengirikan kaabah.

    Harap jawapan ini dapat menjawap pertanyaan anonymous. Maaf lambat respon sebab bulan ramadhan ni saya jarang berkunjung ke rumah saya ni.

    Selamat hari raya dan maaf zahir batin. Wasalam.

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum Tn. Hj.,
    Maaf bertanya soalan ni, saya ni kurang arif... diberitahu sunat beristilam utk mulakan tawaf. Bukan ke tak boleh sentuh hajar aswad (ada disapu myk wangi) semasa masih dlm ihram. So, mcm mana tu ye tn. Hj? Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikum salam anonymous

    Memandangkan pada masa ini hajar aswad dilumur dengan minyak wangi, dan keadaan jemaah yang sangat ramai (agak mustahil untuk mencium atau memegang hajar aswad untuk memulakan tawaf, maka memadailah kita lambai hajar aswad dari jauh, dan mengucup tangan kita setiap kali memulakan pusingan tawaf. 7 kali tawaf, maka 7 kali lambai kaabah dan kucup tangan.

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum wbt

    Maksud saya, setiap kali tawaf kita lambai kaabah, ucap bismillahi Allahu Akbar, dan cium tangan.

    Kita tawaf 7 pusingan, maka jumlah kesemuanya ialah 7 kali lambai kaabah.

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum wm wbr Tn. Hj.,
    Saya ada beberapa soalan nak tanya, mungkin ada soalan yg remeh. Bila membaca, ada je soalan yg pop up kat minda. Harap Tn. Hj. dpt membantu:
    1. Kalau hotel jauh, adakah salah kita menggunakan payung ke Masjidil Haram utk memulakan umrah kita? Aadakah kita ni akan nmpk mcm tidak boleh bersusah kerana Allah?

    2. Semasa berihram tdk boleh berwangi-wangian, ttp kalau sabun/shampoo yg kita guna ketika mandi masih ada BAU wanginya di bdn/rambut, adakah itu dikira telah langgar pantang lrg berihram?

    3. Kita digalakkan byk bersedekah sbm masuk Masjidil Haram, sedekah dlm btk apa yg paling bagus di situ - duit/makanan/kurma? (bersedekah juga ke kita kpd jemaah umrah yg ada di situ?)

    4. Adakah perkataan wida tu sama maksud dgn wada? Cth: tawaf wida / tawaf wada.

    5. Pertama kali nak ke masjid utk buat umrah pertama, kita akan baca doa masuk masjidil haram.
    a) Memang tak perlu buat solat
    tahiyatul masjid ke?
    b) tak perlu niat iktikaf
    masjid? (sbb lps umrah
    biasanya org akan terus ddk
    dlm masjid beribadah)
    6. Bila istilam kat Rukun Yamani, kucup tapak tgn atau tidak? Buku yg saya baca kata kucup tpk tangan.

    7. Skrg ni ada produk el-hajj buatan malaysia yg dakwa boleh dipakai semasa berihram (diluluskan oleh Jakim, KALAU tak silap saya)(rujuk el-hajj.com). Saya rasa ini bagus memandangkan perlu berjalan jauh dr hotel ke masjid, adanya produk ini boleh melindungi kulit walaupun dlm ihram. Mohon pandangan/nasihat Tn. Hj. mengenai perkara ini sbb saya dlm dilema sama ada mahu menggunakannya atau tidak bila ke mekah nanti.

    Itu sahaja buat masa ini. Harap Tn. Hj. tak gelak/boring dgn soalan saya ni. Terima kasih.:)

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikum salam anonymous.

    Terima kasih kerana bertanya. Walaupun banyak, saya cuba jawab satu persatu;

    Anonymous bertanya:
    1. Kalau hotel jauh, adakah salah kita menggunakan payung ke Masjidil Haram utk memulakan umrah kita? Aadakah kita ni akan nmpk mcm tidak boleh bersusah kerana Allah?

    Jawapan
    Berpayung setelah berniat ihram adalah harus dan tidak melanggar pantang larang ihram. Serupa juga kalau kita berteduh di bawah bumbung bangunan.


    2. Semasa berihram tdk boleh berwangi-wangian, ttp kalau sabun/shampoo yg kita guna ketika mandi masih ada BAU wanginya di bdn/rambut, adakah itu dikira telah langgar pantang lrg berihram?

    Jawapan
    Mengikut Ust Mohd Daud, menggunakan sabun wangi atau syampoo yang wangi, sedangkan kita sedang berihram, maka ia sama seperti menggunakan minyak wangi. Oleh itu kita telah langgar pantang larang ihram - kena bayar dam.


    3. Kita digalakkan byk bersedekah sbm masuk Masjidil Haram, sedekah dlm btk apa yg paling bagus di situ - duit/makanan/kurma? (bersedekah juga ke kita kpd jemaah umrah yg ada di situ?)

    Jawapan
    Ikut kesesuaian keadaan dan kemampuan kita. Jika waktu tengah hari dan sangat panas, kita boleh sedekah minuman jus yang sejuk misalnya. Kalau sudah masuk waktu lunch, dan kita ada cukup duit dan kelapangan masa, maka kita boleh sedekah nasi briani/mandey dsb :) Yang paling mudah, sedekah duit 1 atau 2 Riyal atau lebih. Semoga berkat, amin.


    4. Adakah perkataan wida tu sama maksud dgn wada? Cth: tawaf wida / tawaf wada.

    Jawapan
    Wida' dan wada' maknanya adalah sama bagi ibadat umrah. Jika kita hendak pulang ke Malaysia, kita lakuka tawaf wada'. Jika kita hendak meninggalkan Madinah, kita buat ziarah wada' kepada Nabi S.A.W,


    5. Pertama kali nak ke masjid utk buat umrah pertama, kita akan baca doa masuk masjidil haram.
    a) Memang tak perlu buat solat
    tahiyatul masjid ke?

    Jawapan
    Setiap kali masuk Masjidil Haram (jika bukan melakukan ibadat umrah) kita digalakkan tawaf sunat sebagai mengganti solat tahiyatul masjid.

    Bagi jemaah yang melakukan umrah, tak perlulah buat tawaf sunat sebagai ganti solat tahiyatul masjid. Hanya lakukan tawaf rukun umrah.

    Tawaf sunat perlu lafaz niat baru dikira sah, sedangkan tawaf rukun (umrah atau haji) tidak perlu lafaz niat utk tawaf.


    b) tak perlu niat iktikaf
    masjid? (sbb lps umrah
    biasanya org akan terus ddk
    dlm masjid beribadah)

    Jawapan
    Rugi kalau tidak niat iktikaf dalam Masjidil Haram. Apa-apa amalan di Masjidil haram, pahalanya 100,000X ganda dari ibadah di masjid lain. Disarankan niat iktikaf. InsyaAllah semoga amalan diterima.


    6. Bila istilam kat Rukun Yamani, kucup tapak tgn atau tidak? Buku yg saya baca kata kucup tpk tangan.

    Jawapan
    Tidak perlu kucuk tapak tangan jika kita istilam atau lambai rukun Yamani.


    7. Skrg ni ada produk el-hajj buatan malaysia yg dakwa boleh dipakai semasa berihram (diluluskan oleh Jakim, KALAU tak silap saya)(rujuk el-hajj.com). Saya rasa ini bagus memandangkan perlu berjalan jauh dr hotel ke masjid, adanya produk ini boleh melindungi kulit walaupun dlm ihram. Mohon pandangan/nasihat Tn. Hj. mengenai perkara ini sbb saya dlm dilema sama ada mahu menggunakannya atau tidak bila ke mekah nanti.

    Jawapan
    Maaf, jawapan terpaksa ditangguhkan sebab saya belum buka laman web tsbt dan perlu sedikit masa untuk buat research.


    Alhamdulillah, dapat saya sempurnakan jawapan-jawapan untuk soalan tuan. Panjang juga soalan ni. Hehe

    ReplyDelete
  18. Terima kasih banyak Tn. Hj., hehehe maaf sbb tanya banyak.. belum pergi lagi Tanah Suci, so bila baca blog Tn. Hj. dan buku, tak boleh nak bayangkan, banyak lah soalan yg timbul. Insya Allah, bila dah pergi nanti, mungkin lebih faham....dan mungkin ada lagi soalan nak tanya especially lps tgk keadaan kat sana.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum
    Tuan Hj

    saya ad soalan mengenai pantang larang semasa ihram. walaupun soalan mcm bdk2 sket tapi sy takut ini akan melanggar ihram sy.
    blh x pakai deodoran semasa ihram? hehe..
    1st time sy nk g umrah nie Tuan Haji..:-)

    ReplyDelete
  20. Wa'alaikum salam wbt anonymous

    Kalau kita perhatikan, hakikat pantang larang ihram itu ialah supaya kita meninggalkan bersenang-senang dengan kemewahan dunia. Berwangi-wangian itu adalah salah satu daripada ciri-ciri kemewahan dunia.

    Deodorant itu jika ada pewangi, maka termasuklah kategori berwangi-wangian. Maka jawabnya tidak dibolehkan menggunakannya ketika berihram.

    Ihram umrah tidaklah lama sangat berbanding dengan ihram haji. Sabar dan redha itulah yang terbaik.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Tn. Haji,
    sy ada byk nak tanya tp sy tanya sikit dulu la. Sy br blk dr umrah, dan sy observe la beberapa perkara. Nak mintak tn hj jelaskan.
    1. Masa berihram, sy pakai cream muka dan lip balm yg tiada pewangi dan alkohol dgn tujuan utk melindungi kulit muka dan bibir dr cuaca panas memandangkan muka sy mula mengelupas. Langsung tiada niat utk cantikkan diri. Adakah sy telah melanggar pantang lrg ihram?

    2. Ada org yg mkn gula2 yg buatkan mulut berbau wangi. Dia ckp dia mkn sbb tekak dia sakit bukan niat utk wangikan mulut. Mcm ni blh ke tak blh?

    Tq tn hj. Nanti sy tanya lagi.

    ReplyDelete
  22. Wa'alaikum salam wbt anonymous.
    1. Bagi soalan pertama tu, hukumnya harus, maksudnya dibolehkan, sebab tidak ada pewangi dan alkohol. Jadi pn tidak langgar pantang larang ihram.

    Soalan no.2 tu reserve dulu sebab saya tak sure jawapannya. Dari segi hukum ni kena semak betul-betul dulu takut jawapan tersasar.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.... saya telah mengerjakan umrah tahun 2011 bersama isteri dan bertawaf bersama isteri. Setelah balik Malaysia, saya keliru cukup 7 atau tidak pusingan tawaf umrah tersebut. Isteri saya yakin cukup 7 pusingan. Adakah ini was-was....Apakah hukum umrah saya?. Adakah saya dikenakan dam ? dan jika ia, apakah jenis damnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam.

      Pada masa itu tuan yakin cukup 7 pusingan berdasarkan keyakinan isteri. Saya pun kadang-kadang confirm dengan isteri bilangan tawaf untuk yakinkan diri.

      Jika tuan yakin ketika itu, dan melaksanakan saie 7 pusingan, serta bergunting rambut - maka umrah tuan adalah SAH.

      Syak / keliru setelah sampai Malaysia, maka was-was itu tidak menjejaskan umrah tuan - sebab umrah sudah selesai.

      Bagi mengelakkan was-was, saya cadangkan tuan mengamalkan dengan membaca surah an-Nas sebanyak mungkin setiap hari.

      Wasalam

      Delete
  24. As salam Tn Hj, saya telah menjalani umrah pada bln mac 2012 dan saya tlh dpt melakukn semua rukun umrah dgn smpurna, alhamdulillah, soalan saya ialah: apabila saya balik ke Malaysia saya telah dpt informasi bahawa ketika di Mesjidil Haram seelok2nya tempat solat diubah mksud saya biarlah di segenap ruang di dlm mesjidilharam krn setiap tempat sujud akan menjadi saksi di akhirat nanti, adakah ini benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Maaf kerana lambat jawab, terlepas pandang.

      Wallahu aklam. Adakah itu hadis anak pendapat ulamak?

      Dalam surah Yasin ayat 65 Allah berfirman: الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

      (Pada hari itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan).

      Dalam ayat di atas, anggota-anggota badanlah (selain mulut) yang akan menjadi saksi amal perbuatan kita. Tempat sujud jadi saksi? Wallahu aklam.

      Delete
  25. Assalamualaikum Tn Haji,
    Saya ada satu soalan,
    saya telah pergi menunaikan umrah beberapa bulan lepas, semasa tawaf saya was-was samada saya wuduk sudah terbatal atau tidak tapi meneruskan tawaf hingga habis dan terus saie dan bergunting.
    Apabila balik ke malaysia saya masih teringat adakah tawaf saya sempurna atau tidak, memandangkan itu adalah umrah saya yang pertama.
    Mohon pendapat Tn haji.
    terimah kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Adakah was-was wudhuk batal kerana tersentuh kulit antara lelaki atau perempuan? Atau was-was terbatal macam mana?

      Delete
    2. Assalamualaikum ustaz,
      Saya was-was mungkin sudah terkentut semasa tawaf, tidak yakin tetapi masih meneruskan tawaf tersebut..

      Delete
    3. Wa'alaikum salam wbt

      Masa was-was tu dengar bunyi kentut ke?

      Imam Muslim, Abu Daud, dan at-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu sekalian berasakan ada angin (ketika dia berada) dalam masjid, maka janganlah dia keluar (untuk berwuduk) kecuali apabila dia mendengar suara atau mendapati keluar angin.” Kalau was-was, angin keluar ke tidak dsb, tak keluarlah tu. Tak dengar suara kentut kan? Tak ada bau kentut kan? Jadi tak batallah wuduk tu.

      Delete
    4. terima kasih ustaz..

      Delete
    5. Assalamualaikum.Saya ada kemusykilan.Seorang wanita dalam keadaan haid melaksanakan tawaf ifadah haji mengikut pendapat ibnu Taymiah kerana tidak sempat menunggu habis haidnya kerana bimbang ketinggalan kapal terbang untuk ke tanah air.Selepas beberapa tahun, dia datang balik ke mekah untuk melakukan semula tawaf ifadahnya dan bersaei.Tidak lama selepas itu,dia berkahwin.Tetapi, baru-baru ini dia mula was-was adakah dia melakukan saei selepas tawaf ifadah semasa datang haid?Apakah sah nikahnya?

      Delete
    6. Wa'alaikum salam wbt

      Was-was selepas ibadat tidak diambil kira.

      Kalau tidak saie pun saya yakin puan ada mengerjakan umrah selepas itu (mustahil pergi makkah tidak mengerjakan umrah) - jadi saie itu dikira sebagai saie rukun haji (walaupun puan niat umrah - niat umrah itu tidak dikira, sebaliknya perbuatan saie itu dikira sebagai sai'e haji).

      Wallahu aklam, jika jawapan ini tidak tepat saya mohon ampun kepada Allah SWT. Jika puan atau para pembaca ada jawapan yang benar silalah beritahu kami di sini. Yang benar itu adalah daripada Allah SWT dan yang salah itu adalah kelemahan saya sendiri.

      Delete
    7. Saya pun nk tanya juga, saya was2 jugak masa tawaf tersentuh org laki. Ada org laki tu tersentuh sy, setahu saya fatwa malaysia mmbolehkan jika tersentuh. Sy teruskan tawaf dan saie. Tp bila dh selesai sengaja sy cerita kt kwn2 td ad org laki tersentuh kita. Kemudian depa kata xsah. Saya takut lah. Sy dh wuduk selesai potong rambut semua. Mcm mana ya ustaz

      Delete
  26. Salam Ustaz..

    saya menunaikan umrah 7tahun lepas.. masa tu saya ada sedikit was2 sama ada tawaf saya 6 atau 7.. sebab semua rombongan dah habis maksudnya dah 7 tapi saya kira 6.. masa tu budak2 lagi takot jadi diamkan je... saya cuma nak kepastian apa akibat dari was2 tu pada umrah saya dahulu? dah saya in Sha Allah akan menunaikan umrah bulan march nanti.. jadi saya nak pastikan umrah dahulu tu ada masalah awak tidak.. harap sangat ustaz blh tlg

    terima kasih

    Assalammualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Adakah anda sentiasa bersama ahli rombongan yang dimaksudkan semasa tawaf iaitu tidak berpisah dengan mereka? Sekiranya begitu maka anda telah tawaf 7 pusingan seperti mereka.

      Delete
  27. Salam Ustaz,

    Saya dan isteri baru pulang dari umrah. Di malaysia, isteri saya beritahu bahawa dia menyentuh hijr ismail semasa tawaf umrah dan meneruskan tawaf sehingga lengkap 7, saei dan bertahalul. Katanya, apa yang dia faham/tahu, erbatal tawaf sekiranya tersentuh Kaabah dgn hajarul aswad sahaja. Apa yang patut kami lakukan? Adakah dam yg perlu dibayar? Bagaimana hukum tawafnya? Mintak ustaz bagi detail untuk tindakan kami selanjutnya. Terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  28. asslmlkm ustaz nak tanya...dulu saya prnh sekali pegi..alhamdulillah..tp saya rasa saya ada kesilapan dibuat...oleh kerana mutawwif tu suruh cepat2 sehingga mnybbkan saya x smpat nk buat solat ihram tu..(yang kita niat tu dalam masjid dan secara elok2)..jd saya terus naik bas..dlm bas saya buat solat tu ketika bas tu masih berenti tunggu jemaah lain..k"dian sampai masjidil haram saya teruskan buat umrah saya..jd mcmn umrah saya tu ..sah x ustaz..saya plk x plk byr dam..sehingga skrg dh brtahun2..jd saya kena byr dam ke ustz? byr dkt mana.M'sia ke kat mekah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Nak tanya, masa dalam masjid ada tak baca niat ihram seperti berikut: "Sahaja aku melakukan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta'ala? atau masa dalam bas tu baca tak niat ihram seperti di atas? Jika awak baca niat ihram tu, dan awak teruskan rukun umrah yang lain di makkah maka umrah awak sah.

      Delete
  29. Assalamualaikum ustaz,

    Saya dan isteri pergi ke Taneem untuk pasang niat umrah, setelah hendak mulakan tawaf isteri saya rasa ada keluar sedikit discharge. isteri saya telah memakan pil penahan haid selama 2 minggu sebelum ini akibatnya discharge memeng kerap keluar. Namun isteri saya melakukan tawaf 7 pusingan dan saei 7 pusingan dan potong rambut.
    Soalan saya:-
    1. Adakah umrah isteri saya sah.
    2. Jika tidak sah apa yg perlu dibuat, adakah isteri saya perlu datang semula ke mekkah utk selesaikan umrah berkenaan.
    3. Jika dikenakan dam bagaimanakah kaedah pembayaran, dimana ia perlu dibuat dimekkah or di malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tumpang baca. Tq ust.dan yg lain2.

      Delete
  30. assalamualaikum
    saya ada satu kemusykilan di sini. saya berhajat untuk membawa anak saya yang berumur 4 tahun untuk menunaikan umrah. kemusykilan saya ialah adakah wajib anak lelaki saya dikhitankan terlebih dahulu atau masih ada langkah yang boleh saya ambil jika saya tidak khitankan anak lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Tak wajib dikhatankan dulu, memadai dibersihkan kekotoran sebelum tawaf.

      Tetapi adalah bagus kalau dikhatankan.

      Delete
  31. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya berniat dan kemudian melakukan Tawaf Sunat. Sbl tu saya juga mohon kpd Allah agar dapat mengucup hajar aswad dan masuk dalam hijir ismail. Dgn Izin Allah, semasa dalam pusingan tawaf, saya dpt berdiri di kwsn Multazam betul2 di depan pintu Kaabah,saya x dpt cium hajar aswad tetapi sempat memegang dinding/kaki pintu Kaabah.

    Saya kemudian meneruskan tawaf sunat saya dan dlm pusingan berikutnya saya berpeluang masuk ke Hijir Ismail dan duduk disitu utk bersolat dan berdoa..dan kemudian meneruskan Tawaf sehingga habis dan solat sunat tawaf selepas itu. Soalan saya, apakah hukum tawaf sunat saya itu, adakah ia terbatal/ adakah semasa saya menyentuh kaabah/ hijir ismail, pusingan tawaf saya itu terbatal seperti mana jika ia berlaku semasa tawaf umrah..

    Jazakallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Kalau pegang dinding kaabah maka pusingan tawaf tsbt dikira tidak sah. Kena tambah satu pusingan lagi.

      Delete
  32. Waktu sedang tawaf saya cium rukun yamani sah kah umrah saya

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum ustaz...sekiranya seseorang itu mencium dinding kaabah semasaa tawaf yang ke tujuh..adakah umrahnya sah?..sekiranya tidak sah dan dia harus pulang ke tanah suci mekah untuk menunaikan umrah semula,adakah dia masih dalam ihram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Salah satu syarat sah tawaf ialah tidak menyentuh dinding kaabah, syazarwan, dan dinding hijir Ismail - sbb ia juga sebahagian daripada kaabah.

      Jadi kalau mencium dinding kaabah masa tawaf maka tawafnya bagi pusingan itu tidak sah - dan bilangan tawafnya hanya 6x sahaja. Jika dia melakukan saie selepas itu maka saienya tidak sah. Kemudian jika dia bergunting rambut selepas itu maka dia telah melanggar pantang larang ihram (sbb dia masih lagi berihram).

      Kesimpulannya: Dia masih dalam keadaan berihram.

      Delete
    2. Oleh kerana masih dalam berihram maka pantang larang ihram (13 perkara) masih berjalan. Oleh itu dia perlu membayar dam ihsar untuk melepaskan pantang larang tersebut.

      Cara Melaksanakan Dam Ihsar

      Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting dengan niat tahallul, dan daging sembelihan itu dibahagikan kepada fakir miskin tempatan.

      Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan bercukur atau bergunting dengan niat tahallul, dan makanan itu dibahagikan kepada fakir miskin tempatan.

      Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing (1 cupak=1 hari) dan bercukur atau bergunting dengan niat Tahallul dengan berpuasa dan bercukur atau bergunting dengan niat Tahallul ihsar itu, maka
      terhasillah Tahallulnya sekalipun bilangan hari puasanya belum selesai.

      Contoh niat tahallul ihsar:

      Aku menyembelih kambing ini sebagai Dam Ihsar untuk Tahallul Nusuk bagi diriku.

      atau

      Aku bercukur atau bergunting bagi Tahallul Nusuk bagi diriku.

      atau

      Aku bersedekah makanan sebagai ganti menyembelih kambing Dam Ihsar untuk Tahallul Nusuk bagi diriku.

      atau

      Aku puasa esok hari sebagai ganti menyembelih kambing Dam Ihsar untuk Tahallul Nusuk bagi diriku

      PERHATIAN: Sembelih kambing dulu baru bercukur atau bergunting.

      Delete
  34. assalamualaikum ustaz, saya nak tanya. apakah hukum menyentuh kaabah semasa tawaf sunat? sebab di dalam buku panduan menyatakan " sebaik tiba di rukun yamani, istilamlah(menyentuhnya jika boleh) atau melambai tangan ke arahnya sambil berdoa: ...."

    ReplyDelete
  35. Salam...saya ingin bertyn tn hj. Jika kita ingin mensedekahkn pahala umrah kpd org yg tlh meninggal dunia atau masih hidup adakah ini dikira badal umral atau kita boleh melakukn sewaktu umrah sunat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Badal umrah - kita melakukan umrah atau mengupah orang melakukan umrah untuk si mati yang belum pernah menunaikan haji/umrah semasa hidupnya. Atau dilakukan untuk orang yg masih hidup tetapi dia tidak mungkin dapat melakukan sendiri kerana sakit yg dijangka tidak akan sembuh. Semasa berniat ihram maka kita berniat ihram untuk si mati.

      Kalau orang yg telah mati tersebut telah pernah melakukan umrah/atau haji, maka tidak perlulah kita melakukan badal haji/umrah baginya. Sebaliknya kita berniat ihram untuk diri sendiri. Setelah selesai umrah maka kita sedekahkan pahala umrah tersebut kepada si mati.

      Delete
    2. Perlulah diingat, orang yg mengerjakan badal umrah atau haji, dirinya sendiri telah pernah melaksanakan haji/umrah.

      Sekiranya dia belum pernah mengerjakan umrah/haji tetapi dia mengambil upah badal haji/umrah maka haji/umrah tersebut jatuh buat dirinya senduri. Maka rugilah orang yg mengupahkan badal tersebut sbb tujuan asalnya tidak tercapai - si mati masih dikira belum berumrah/berhaji.

      Delete
  36. pertanyaan mengenai tawaf wada.sah atau tidak semasa melakukan tawaf wida apabila sampai selesai pusingan ke 6 lalu berhenti dan keluar masjid utk membeli brg. selesai membeli sambung lagi satu pusingan



    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum ustaz.. tentang berborak itu adakah tidak sah. Jika mutawwif menerangkan tentang setiap sejarah ketika menolak jemaah.mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Sah tawafnya sbb berborak tidak membatalkan tawaf, cuma kurang afdal sbb tidak fokus.

      Delete
  38. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad,

    Nak minta tolong, ada kekeliruan. Untuk kerja Umrah. Tidak berniat umrah & ihram semasa di miqat semasa perjalanan ke Tanah Haram Makkah, sampai shj di tanah haram Makkah tidur 1 malam, esok pagi pergi ke miqat dan niat umrah & ihram dan kerjakan Umrah.

    1) Apa hukumnya?
    2) Dikenakan Dam?
    3) Untuk kerja kan Haji, adakah jawapannya sama untuk No. 1 & 2?

    Terima kasih Tn Hj.

    ReplyDelete
  39. Salam. Baru2 ini saya mnunaikan umrah. Tetapi saya was was sama ada saya sudah btahlul atau tidak semasa umrah wajib. Kmudian keesokan hari saya telah melakukan umrah kedua dengan kluar bniat di Jaaranah dan saya menyelesaikn rukun umrah shingga btahlul. Apa hukum umrah saya yang pertama? Adakah saya msih dlm ihram?

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum ustaz,
    pertanyaan- smasa melakukan tawaf (wajib/ sunat), jika ingin mmbaca doa, bolehkah kita mmbaca doa dlm bhasa melayu? (sbb lebih faham n hayati ape yg kita betul2 mahu doakan)

    atau mmg wajib baca dlm bhsa arab sperti dlm solat?

    jazakumullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Kita boleh baca doa dlm bahasa Melayu atau apa-apa bahasa sekalipun.

      Tidak wajib baca doa dlm bahasa Arab.

      Delete
  41. Assalamualaikum ustaz.. saya ada persoalan.. baru2 ni saya ada mengerjakan umrah. Semasa menunaikan umrah wajib.. saya merasa was2 dgn tawaf saya.(keluar angin dr dpn). Tetapi saya masih teruskan juga tanpa mengambil wuduk yg baru n menyudahkan dgn saie dan tahalul... bagaimana dgn umrah saya tu? Adakah saya dikenakan dam? Adakah saya masih dlm ihram? Apa yg perlu saya lakukan? Dalam pada itu saya ada melakukan umrah sunat 3 kali. Adakah umrah sunat blh menampung umrah wajib saya? Saya masih risau sekiranya saya masih dalam ihram. Terima kasih atas perhatian ustaz. Bantulah saya...

    ReplyDelete
  42. salam ..saya nak bertanya adakah dibolehkan pulang ke hotel sebentar setelah melakukan tawaf umrah pertama kemudian sambung pula saie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Boleh. Tetapi kalau terus lakukan saie selepas tawaf, itu lebih afdal.

      Delete
  43. Assalam..ustaz..thn lps sy ada mengerjakan umrah..semua berjalan lancar sehinggalah sy mengerjakan tawaf widak..setelah selesai tawaf widak sy kembali ke hotel utk bersiap ke madinah..tetapi sy dapati sy dalam keadaan haid..sy was was adakh tawaf widak sy sy sah? apa hukum tidak melakukan tawaf widak? adakah sy perlu membayar dam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau haid - uzur syarie. Dlm hal ini tidak berdosa dan tidak dikenakan dam jika tidak tawaf wida'.

      Delete
  44. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya mengerjakan haji pada tahun 2012. Selepas tawaf wida di dalam masjidil haram saya diajak bergambar oleh rakan sebilik, saya setuju dan kami bergambar. Selepas itu saya minum air zam zam dan terus pergi ke arah petugas masjidil haram dan saya memberi dia sedekah sedikit wang. Kemudian terus balik ke hotel untuk pulang ke Malaysia. Baru baru ini ada rakan haji bertandang ke rumah dan kami bersembang hal berkaitan tawaf dan baru saya sedar saya sepatutnya tidak bergambar dan memberi sedekah seperti yang saya lakukan. Semasa kejadian di masjidil haram itu berlaku saya memang tak ingat lansung/blank ( kosong ) sehingga lah baru seminggu ini ingatan itu kembali setelah rakan saya itu bercerita tentang hal tersebut. Mohon ustaz beri penerangan selengkapnya apa kah yang harus saya lakukan dalam hal ini kerana saya terasa amat tertekan kerana kealpaan saya dalam hal ini.
    Terima kasih, assalamualaikum ustaz.

    ReplyDelete
  45. Assalam.

    Pengalaman saya membawa dua orang anak berumur 4 tahun dan 2 tahun. Yang 2 tahun masih memakai pampes.

    Ketika tawaf, dua orang anak saya ini saya letakkan di kerusi roda.

    ReplyDelete
  46. Ustaz...sy melakukan tawaf wida..tetapi membawa selipar dlm plastik dan diikat masuk beg...apabila pulang kemalaysia kwn sy kata x sah bw selipar masa tawaf...adakah sah tawaf sy? Skrg sy mngandung...apakah sy perlu bayar dam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak ada najis pada selipar itu, sah tawaf tersebut.

      Delete
  47. Ustaz saya baru tau tak boleh bergambar selepas tawaf wida...saya menunaikan umrah pd tahun 2013. Adakah saya perlu bayar dam? Bagaimana caranya...bantulah saya

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum utz
    jika seorang jemaah yg sedang melakukan tawaf wida tersentuh pipi dengan bukan muhrim tetapi ia meneruskan tawaf kerana jahil
    selepas selesai tawaf baru dia merasa waswas akan kesahan tawafnya.
    jika tawafnya tidak sah, apakah yang patut dilakukan nya sedangkan dia sudah tiba di malaysia?
    tqvm utz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Tak sengaja dan tak menimbulkan shahwat, tak batal wuduk, ikut hadith Aisyah isteri nabi. Ini ustaz saya ajar.
      والله أعلمُ

      Delete
    2. Ustaz saya terlupa yang tak boleh bergambar selepas tawaf wida...saya menunaikan umrah pd tahun ini 2015. Setelah sampai di Malaysia rakan saya pun bercerita berkenaan di larang mengambil gambar selpas tawaf wida. Adakah saya perlu bayar dam? Bagaimana caranya...bantulah saya

      Delete
  49. Salam ustaz, saya baru pulang dari umrah, namun keluar sedikit bibit waswas perihal wudhu. Saya sudah berwudhu dari hotel dan bersiap utk berniat di tanaem tp tetiba tersentuh tgn suami ketika mengambil brg. Ketika itu sy yakin yang wudhu saya masih sah kerana persentuhan tanpa syahwat. Jadi saya teruskan ke tanaem tanpa memperbaharui wudhu dan berniat, seterusnya menunaikan umrah smpi habis bertahallul. Sy nak minta pendapat ustaz mengenai perkara ini. Adakah wudhu sy benar sah?

    ReplyDelete
  50. Salam Ustaz, saya faham dengan apa yang ustaz terangkan di salah satu pertanyaan, di mana ustaz menerangkan mengenai tahallul ihsar. soalan yang saya ingin ajukan ialah, sekiranya kita mahu berpuasa bagi membayar dam ihsar itu kerana tidak mampu membayar dengan dua kaedah sebelumnya, adakah kita harus berpuasa secara berterusan ataupun boleh sekiranya ingin berpuasa secara berselang hari? mohon pencerahan ustaz.. terima kasih.

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum Ustaz
    Mohon bantuan Ustaz memeberi penjelasan at as kemushkilan saya seperti berikut
    1. Apakah hukum istilam semasa melakukan tawaf dan saei?
    2. Untuk melakukan saie kita cuma berniat nak bersaie dan istilam sekali saja disafa Dan seterusnya melengkapkan 7 pusingan Dan bertahlul. Sah ka saie kita dan apa hukumnya?
    3. Aurat wanita harus buka muka dan tapak tangan masa tawaf. Betulkan saya klu silap, masa istilam haruskan kita selak telekong bagi nampak tangan atau terus angkat tangan dan biarkan tangan dalam telekong? Mana satu yang betul ? Apa kondisi umrah tersebut?
    4. Difahamkan selepas melakukan tawaf wida kita harus segra meninggalkan masjid. Andai kata tersalah pintu kluar telah memaksa kita masuk semula kemasjid dan melalui kaabah untuk kepintu yg betol dan memakan masa, apa hukum nya?

    Mohon bantuan Ustaz memberi pencerahan tentang status umrah atas perkara diatas dan andaikata ada kesalahan apa ygbperlu dilakukan bilamana telah pulang ketanahair....

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum tn hji. Sy nak tanya, baru2 ni sy ada mnnuaikan umroh. Sy tawaf wida pagi hr jumaat secukupnya 7 pusingan tnpa hnti. Sy telah g solat jumaat di luar msjidil haram utk solat jumaat. Mcmmn tu hukumnya berdosa x saya ust.

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum tn hji. Sy nak tanya, baru2 ni sy ada mnnuaikan umroh. Sy tawaf wida pagi hr jumaat secukupnya 7 pusingan tnpa hnti. Sy telah g solat jumaat di luar msjidil haram utk solat jumaat. Mcmmn tu hukumnya berdosa x saya ust.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum ustaz
    Jemaah umrah yg uzur kurang kawaln membuang air kecil adakah dibolehkan untuk memakai lampin pakai buany yg jenis zap on

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum ustaz
    Jemaah umrah yg uzur kurang kawaln membuang air kecil adakah dibolehkan untuk memakai lampin pakai buany yg jenis zap on

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum ustaz. Saya nak brtanyakan soalan jika saya pertama kali dtg utk membuat tawaf dgn membawa anak berumur 3 tahun tanpa mendokongnya berjalan masih memakai pempes. Saya tidak tau keaadan di dalam masjid. Masa tawaf tu anak saya terpijak kaki saya sah tak tawaf saya . Kemudian saya tak tahu di mana tempat untuk mengambil wuduk . Disebakan saya takut tertinggal dgn jemaah lain. Dan tak tau apa nak buat jika saya tertinggal dlm jemaah. Fist time dtg.

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum ustaz. Saya nak brtanyakan soalan jika saya pertama kali dtg utk membuat tawaf dgn membawa anak berumur 3 tahun tanpa mendokongnya berjalan masih memakai pempes. Saya tidak tau keaadan di dalam masjid. Masa tawaf tu anak saya terpijak kaki saya sah tak tawaf saya . Kemudian saya tak tahu di mana tempat untuk mengambil wuduk . Disebakan saya takut tertinggal dgn jemaah lain. Dan tak tau apa nak buat jika saya tertinggal dlm jemaah. Fist time dtg.

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum ust. Saya baru balik dr umrah bersama suami dan anak2. Tapi pd umrah kali kedua saya berasa krg sihat dan berjln terlalu perlahan hingga terpisah dr kumpulan tetapi terus saya pergi buat tawaf dan saei. Persoalannya adakah sah tawaf dan saei tsb bila saya lakukannya sendirian?

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum ust. Saya baru balik dr umrah bersama suami dan anak2. Tapi pd umrah kali kedua saya berasa krg sihat dan berjln terlalu perlahan hingga terpisah dr kumpulan tetapi terus saya pergi buat tawaf dan saei. Persoalannya adakah sah tawaf dan saei tsb bila saya lakukannya sendirian?

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum ,
    Sy ingin bertanya mengenai umrah.
    Semasa umrah sy tidak yakin sy masih dlm keadaan berwuduk. adakah umrah sy sah?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum ustaz.Saya ada satu soalan tentang masalah haji.

    Seorang perempuan semasa mengerjakan haji telah didatangi haid semasa wukuf di Arafah.Dia mengerjakan juga tawaf ifadhah dengan mengikut pendapat Ibnu Taimiyyah kerana kena ikut pulang segera dengan rombongan haji yang diikuti.Dia tidak membayar dam.Selang beberapa tahun,dia mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan.Selesai semua,baru-baru ini dia was-was adakah dia telah buat saie selepas tawaf rukun semasa buat haji.Dia macam yakin yg dia tak buat saei.Persoalannya…adakah umrah yg dilakukan tidak dikira dan adakah hajinya sah?

    Sekian...terima kasih.

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum ustaz, semasa tawaf widaq sy terpegang kiswah kaabah dan sapunya ke muka. Masa tu sy tak tahu itu minyak wangi. Bila dah sapu kat muka baru tahu tu minyak wangi. Kemudian sy teruskan jugak tawaf tu. Kemudian terus balik Malaysia. Adakah tawaf widaq sy sah. Sebab sy sangat tak tahu kiswah tu disiram dengan minyak wangi... :'( dan adakah sy ni dikira untuk bayar dam kerana dah langgar pantang larang tawaf tu? Tolong sy ustaz dah 6 tahun jadi tanda tanya sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ustaz.. Saya dan maklang saya masih dalam ihram, semasa habis 7 pusingan tawaf kami tidak sengaja pegang dan cium makam nabi disbabkan terlalu teruja.. Tapi kami masih dalam ihram belum saie dan bertahlol,adakah ihram kami bantal dan perlu di kenakan dam?

      Delete
  63. Assalamualaikum ustaz. Saya Masih lgie di Mekah menunaikan Umrah sunat ke-2. Saya sudah berniat ihram, tetapi uzur Dan tidak dapat menunaikan Umrah. Saya sudah pun melakukan tahalul ketika Daya Masih lagi did Mekah. Adalah saya Masih lagi dikenakan dam? Ustaz disini menyatakan saya kena membayar dam seokar kambing. saya Mohon penjelasan dari ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ustaz sy ada soalan nak btnya sy bru pulang dari menunaikan umrah tapi selepas pulang sy berasa was2 ketika mna sy menunaikan umrah sunat ke-2 ketika tawaf saya terkentut atau tidak dan saya habiskan umrah tersebut dan tahalul selepasnya..bila balik di malaysia sy berasa was2 dngn umrah tersebut..adakah saya perlu membayar dam?

      Delete
    2. Saya pun ingin bertanyakan soalan yg sama. Apaka perlu mmbayar dam?

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.