Salah satu tempat mustajab untuk berdoa ialah di belakang telaga zam-zam. Masalahnya, di manakah letaknya telaga zam-zam tersebut di Masjidil Haram? Sehingga pada awal tahun 1990an, para jemaah dapat menentukan kedudukan telaga zam-zam, hatta boleh melihat sendiri telaga tersebut dengan menuruni tangga hingga ke bahagian bawah lantai dataran kaabah. Tetapi pada masa sekarang laluan ke telaga zam-zam telah ditutup bagi meluaskan ruang tawaf dan solat.
Alhamdulillah, kita boleh menentukan kedudukan telaga zam-zam dengan tepat jika kita dapat menentukan lokasi asal pintu Bani Syaibah pada zaman Rasulullah s.a.w. Mengikut Ustaz Ridhuan, iaitu salah seorang mutawif Andalusia, pintu Bani Syaibah yang asal berada tepat lapan (8) saf dibelakang makam Ibrahim dan telaga zam-zam pula berada lapan (8) meter dari sempadan kiri pintu Bani Syaibah jika kita berdiri menghadap kaabah.
Di dataran kaabah, lantainya terdiri dari kepingan-kepingan marmar berbentuk lingkaran bulatan mengelilingi kaabah. Lingkaran-lingkaran marmar ini menjadi panduan kepada para jemaah semasa melakukan tawaf. Ia juga berperanan sebagai barisan saf-saf solat. Satu saf bersamaan dengan satu baris kepingan marmar. Jadi anda perlu kira / hitung barisan petak-petak marmar bermula dari makam Ibrahim menghala ke belakang. Bertepatan dengan makam Ibrahim, 8 saf kebelakang ialah letaknya pintu Bani Syaibah. Lebar pintu Bani Syaibah ini ialah sebanyak 13 petak marmar. Kepingan marmar pada batas kiri dan batas kanan pintu Bani Syaibah ditandai dengan garis berwarna coklat. Telaga zam-zam terletak kira-kira 8 meter dari batas kiri pintu Bani Syaibah. Di atas telaga zam-zam ini kepingan marmar yang menutupinya diberi bingkai berwarna perak. Oleh itu usahakanlah supaya anda dapat solat dan berdoa di belakang telaga zam-zam, bukan solat atau berdoa di atas telaga zam-zam.
Wallahuaklam. Segala yang baik itu adalah dari Allah SWT. Jika maklumat di atas tidak tepat, ia adalah kelemahan saya sendiri, semoga Allah mengampunkan saya di atas kejahilan tersebut. Saya berlindung kepada Allah daripada segala kesilapan.
Zaman Usmani
Makam Ibrahim (Beratap), Pintu Bani Syaibah, dan Telaga Zamzam
Telaga Zamzam (Bangunan Berbumbung) di Sebelah Kiri Pintu Bani Syaibah
Adakah Di Sini Letaknya Telaga Zam-Zam?
Di bawah ini dipaparkan beberapa foto di Masjidil Haram yang diambil pada waktu dhuha, Sabtu 15/5/2010 yang memaparkan dua orang jemaah wanita sedang solat di tempat yang berkemungkinan letaknya telaga zam-zam. Harap maaf, kualiti gambar kurang baik sebab guna kamera handphone.
9:06am - Jemaah Solat Sunat Tawaf Di Belakang Maqam Ibrahim
9:09am
9:10am - Dua Orang Wanita Berjubah Hitam Sedang Solat
Bertepatan Di Atas Telaga Zam-Zam
Bertepatan Di Atas Telaga Zam-Zam
9:10am - Telaga Zam-Zam Terletak Lapan Saf Di Belakang Maqam Ibrahim
Menghala Ke Sebelah Kiri Bertepatan Tempat 2 Jemaah Wanita Berjubah hitam
Yang Sedang Solat. 1 Petak Marmar = 1 Saf.
Menghala Ke Sebelah Kiri Bertepatan Tempat 2 Jemaah Wanita Berjubah hitam
Yang Sedang Solat. 1 Petak Marmar = 1 Saf.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.