Saturday, July 31, 2010

Umrah 2010: Masjidil Haram - Isnin 17/5/2010 - Sebelum dan Selepas Subuh

Assalamualaikum wm wbr.

Makkah, Isnin 17 Mei 2010

Waktu subuh hari ini ialah jam 4:18pagi.  Seperti biasa sepanjang perjalanan ke MH diwarnai dengan pemandangan peminta sedekah berbaris menagih simpati. Apabila sampai ke MH, setelah membaca doa melihat kaabah, saya terus menuju ke dataran kaabah, memasang niat tawaf sunat, dan menyatu dengan jemaah yang sedang bertawaf. Kami terus bertawaf sehinggalah pegawai MH meminta kami membentuk saf sebab solat subuh akan dimulakan sebentar lagi.  Pada kebiasaannya imam solat di belakang maqam Ibrahim, dan para jamaah perlu berada di belakang imam. Oleh yang demikian kawasan antara maqam Ibrahim dengan dinding kabaah dari rukun Hajar Aswad hingga ke rukun Iraqi perlu dikosongkan. Biasanya saf-saf di belakang imam sudah penuh. Jadi bagi jemaah yang sedang bertawaf tadi, saf yang agak kosong ialah antara hijir Ismail dengan rukun Syami, dan antara rukun Syami dengan rukun Yamani. Kawasan antara rukun Yamani dengan rukun Hajar Aswad juga penuh sesak dengan jamaah yang memasang niat untuk mengucup hajar aswad.  Sebab sebaik sahaja imam memberi salam, masing-masing akan meluru ke arah hajar aswad dengan kelajuan yang sungguh luar biasa, melebihi kelajuan kereta ferrari dalam perlumbaan F1.

4:32AM - Membentuk Saf Menunggu Solat Subuh


4:38AM - Masih Menunggu Iqamah Solat Subuh


5:13AM - Selepas Solat Subuh

Jemaah berdoa di sisi kaabah antara pintu kaabah dengan pintu hijir Ismail (rukun Iraqi).  Di kawasan inilah Rasulullah SAW mengerjakan solat dengan berimamkan Saidina Jibril a.s selepas menerima perintah mengerjakan solat lima waktu sehari semalam pada peristiwa Isra' Mikraj. Para jemaah digalakkan solat sunat dan berdoa di sini. Alhamdulilah pada ketika foto ini diambil, kawasan ini agak lapang. Begitu juga dengan kawasan di hadapan pintu kaabah dan di hadapan multazam. Oleh itu sudut hajar aswad agak mudah dihampiri dari sisi sini bagi sesiapa yang berhajat untuk menciumnya.  Alhamdulillah, tabarakallah.


5:47AM - Matahari Baru Terbit (A-Syurook)

Kelihatan jemaah tawaf sambil mendukung anak. Para jemaah perlulah berhati-hati ketika tawaf. Sekiranya bertawaf sambil mendokong anak, dan jika anak itu terkencing, maka tawaf tersebut tidak sah sebab menanggung najis.  Begitu juga halnya sekiranya yang didukung itu ialah anak lelaki yang belum berkhitan. Sekiranya kemaluan anak tidak dibersihkan, maka jemaah tawaf sambil menanggung najis, sedangkan syarat sah tawaf ialah suci daripada najis pada badan, pakaian, dan tempat tawaf.


5:51AM:  Jemaah melakukan tawaf selepas solat subuh


6:17AM - Cahaya matahari waktu dhuha menyapa lembut menara MH.
Damai dan sejuk mata memandang.


6:19AM - Jemaah ini keletihan selepas melaksanakan umrah.
Landing di flatform antara dua pintu (tangga) ke basement.


6:27AM : Suasana Di Jalan Hijrah

1 comment:

  1. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

    (a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    (h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.