Alhamdulillah, oleh kerana suhu di luar adalah panas sekitar 45 darjah Celcius, jadi saya solat di tingkat satu berhampiran binaan Usmani. Saya tertarik dengan senibina MH dan juga lampu-lampunya yang pelbagai bentuk. Oleh itu sementara menunggu solat Asar, saya snap beberapa foto tiang dan lampu-lampu di MH di tingkat satu tersebut. Semasa hendak menulis entri ini, saya teringat Pn. Ummi Humaira yang bertanyakan sama ada saya ada mengambil gambar rak al-Quran pada tiang MH di tingkat satu. Secara kebetulan, memang terdapat rak al-Quran yang dimaksudkan pada foto yang saya ambil tempuh hari. Jadi entri saya kali ini ditujukan khas kepada Pn. Ummi Humaira. Semoga foto ini sedikit sebanyak dapat menceriakan Puan Ummi Humaira yang dilanda musibah baru-baru ini. So, Pn. Ummi Humairah dipersilakan download mana-mana gambar yang berkenan di hati dalam blog saya ini tanpa meminta izin dan sebagainya. Silakan puan. Tafaddal.
.
Suasana Di Tingkat Satu Sebelum Solat Asar Pada 15/5/2001
Suasana Selepas Asar Di Depan Pintu King Abdul Aziz
Di Masjidil Haram, Kita Boleh Juga Bersedekah Kepada Pekerja Sebegini
Kiri: Menara Di Pintu King Abdul Aziz
Kanan: Jalan Hijrah Di Lihat Dari Dataran Masjidil Haram
Kanan: Jalan Hijrah Di Lihat Dari Dataran Masjidil Haram
Pasaraya Bin Dawood Di Kompleks Hilton Di Permulaan Hijrah Street
Kelihatan Kiosk ATM Ar-Rajhi Bank Berhampiran Pintu Masuk Ke Bin Dawood
Paip Air Zam-Zam DiTutup Selepas Solat Asar
Kelihatan Kiosk ATM Ar-Rajhi Bank Berhampiran Pintu Masuk Ke Bin Dawood
Paip Air Zam-Zam DiTutup Selepas Solat Asar
salam tn hj...
ReplyDeletesyukran jaziilan , jazakallahu khoiran lak ...
memang rak tu ler yg ummi maksudkan ... cantik sangat ... manalah tahu kalu2 nanti leh tempah untuk letak al quran bdk2 ngaji kat rumah ummi nie .. semoga Allah memberkati tn hj sekeluarga... ameen
Alhamdulillah, suka hati saya bila ummi kembali gembira.
ReplyDeleteWasalam.