Assalamu'alaikum wm wbr.
Semenjak perluasan kawasan Masjidil Haram dimulakan selepas musim haji 1428H (2007M), kebanyakan jemaah umrah dan haji tinggal di sekitar kawasan Misfalah sebab hotel-hotel di sekitar Gazzah, An-Naqa', Jabal Hindi, Pasar Seng (Suq al-Lail) dsb. telah diruntuhkan. Oleh itu Hijrah Street yang menghubungkan Masjidil Haram dan Kawasan Misfalah menjadi sesak dengan para jemaah, peniaga jalanan, dan pengemis terutama sebelum dan selepas waktu solat. Gambar-gambar di bawah dirakam semasa dalam perjalanan pulang ke hotel selepas solat zohor pada hari Sabtu 15/5/2010 yang lepas.
1:10pm - Keluar Dari Haram Selepas Solat Zohor
Menghampiri Hujung Kompleks Hilton
Jalan Sesak Jika Keluar Awal
Ada Jemaah, Ada Peniaga
Macam-Macam Ada, Hatta Minyak Cap Kapak Pun Ada
Buah Dalam Plastik Tu Ubat Untuk Dapat Zuriat, Kata Merekalah
Tasbih pelbagai Warna
Serban, dan T-Shirt
Kain Tudung
Ada Jemaah, Ada Pengemis - Tadah Beg Minta Simpati
Anda Tidak Akan Kaya Kalau Simpan SR1.00 dan
Tidak Akan Jatuh Miskin Kalau Sedekah SR1.00
Tidak Akan Jatuh Miskin Kalau Sedekah SR1.00
Hulurkan Sedekah Agar Hidup Barakah
Nasib Yang Berbeza
Kalau Lapar Boleh Beli Makanan Kat Sini
Atau Kat Sini
Tak Settle Lagi? Bulldozer Masih Melekat Di Pavement Depan Hotel Hijaz
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.