Alhamdulillah, sedar tak sedar, entri Panduan Umrah telah mencecah angka 63. Oleh itu saya hentikan dahulu topik Panduan Umrah dan beralih kepada topik baru iaitu suasana/keadaan di dalam Masjidil Haram dan juga suasana di persekitaran luaran Masjidil Haram dalam bentuk foto/gambar yang sempat saya rakam sepanjang keberadaan saya di Makkah pada 14 hingga 22 Mei yang lepas. Semoga entri-enteri berkaitan dapat memberi gambaran kepada bakal-bakal jemaah umrah tentang suasana di Masjid Haram agar mereka lebih besedia dari segi mental dan juga maklumat.
Alhamdulillah, entri pertama ialah suasana Masjidil Haram pada dinihari dan subuh hari Jumaat 14/5/2010. Dataran Kabaah sesak dengan para jemaah kerana hari Jumaat merupakan hujung minggu bagi Arab Saudi dan negara-negara Teluk. Mereka datang ke Makkah pada petang Khamis, melaksanakan umrah pada malam Jumaat, solat Subuh dan Jumaat di Masjidil Haram, dan berangkat balik ke tempat masing-masing selepas solat Jumaat atau selepas solat Asar.
3:05 AM – Kaabah Dilihat Dari Kawasan Binaan Usmani (Turki)
Berhampiran Babussalam
Berhampiran Babussalam
4:15 AM Dataran Kaabah Sebelum Azan Subuh
salam tn hj..
ReplyDeletetumpang tanya ,ada tak klik gambar rak al quran yg di lekatkan di tiang kat tingkat satu MH ...
ummi lupa nk snap , minat sangat reka bentuk nya...
Salam ummi,
ReplyDeleteMaaf, rasanya tak ada. Allah tidak gerakkan hati untuk klik gambar tu. Tapi saya ada klik gambar ayat 80 al-Isra' yang di lekat pada pintu babussalam yang asal. Ini adalah doa Nabi s.a.w. ketika nak hijrah ke Madinah dulu.
Salam ummi.
ReplyDeleteSetelah belek-belek (periksa) semula gambar-gambar dalam PC, ada rupa-rupanya gambar rak al-quran yang dimaksudkan. Alhamdulillah, nanti saya akan postkan dalam entri yang sesuai.