Monday, April 26, 2010

Panduan Umrah – 25 – Bacaan Semasa Tawaf

Assalamu'alaikum wm wbr.

Antara amalan sunat semasa melakukan tawaf ialah membaca doa, membaca al-quran, atau berzikir.  Persoalannya di sini ialah apa yang hendak dibaca?

Jawapannya: Para jemaah bebas membaca apa-apa doa atau zikir yang difahaminya. Yang terlebih baik ialah doa-doa yang maa'thur iaitu yang datang daripada Nabi s.a.w. atau pun membaca al-Quran.  Malahan tawaf tetap sah kalau kita tidak membaca apa-apa doa pun. Walau bagaimanapun alangkah ruginya kita jika tidak mengambil kesempatan di tempat yang barakah, yang mana Allah s.w.t. menurunkan 60 rahmah kepada orang yang sedang tawaf, tetapi kita tidak berdoa atau berzikir, atau membaca al-quran.

Pihak Tabung Haji (TH) ada mengeluarkan buku panduan doa untuk para jemaah haji / umrah. Doa-doa tersebut sangat bagus jika dapat dihafal dan dibaca semasa melakukan tawaf atau semasa bersai'e. Namun sayugia diingati bahawa doa-doa tersebut bukanlah doa-doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w. Oleh yang demikian janganlah ada para jamaah menganggap bahawa membaca doa seperti yang telah disusun oleh pihak TH adalah wajib.

Sukacita saya menyarankan di sini iaitu para jemaah aturlah sendiri doa atau zikir yang hendak dibaca semasa melakukan tawaf. Adalah lebih baik lagi jika kita berdoa atau berzikir dengan doa atau zikir yang lazim kita lakukan seharian.  Sebagai contoh:

Pusingan pertama: اَسْتَغْفِرَاللهَ
Pusingan kedua:    سُبْحَانَ الله
Pusingan ketiga:    اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Pusingan keempat: اللهُ اَكْبَرُ
Pusingan kelima: لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Pusingan keenam: ياَذَالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
Pusingan ketujuh: اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحّمَّدٍ

Dalam setiap pusingan, ketika berada di antara rukun Yamani dan rukun Hajar Aswad bacalah:

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Jadi jika kita melazimi zikir-zikir ini maka dengan automatik kita akan tahu sama ada kita telah cukup tawaf 7 keliling atau sebaliknya.

 Apa yang dinytakan di atas hanyalah sebagai contoh sahaja. Para jemaah bolehlah susun zikir/doa/ayat quran yang ingin dibaca semasa tawaf. Sebagai contoh, para jemaah boleh juga memabaca zikir harian imam Ghazali yang masyhur itu. Yang penting, jangan dibiarkan tawaf kita itu kosong tanpa apa-apa doa. Alangkah bagusnya kalau kita dapat susun bacaan-bacaan tersebut yang sekali gus dapat mengingatkan kita akan bilangan tawaf yang telah kita lakukan. Jadi dapatlah kita elakkan keraguan atau was-was dalam bilangan tawaf yang telah kita lakukan.

Entri Yang Berkaitan (Sila Klik)

1. Bolehkah teruskan tawaf, saie dan bergunting bagi wanita yang haid semasa dalam ihram kemudian suci dalam masa singkat, kemudian datang haid semula

66 comments:

  1. Assalamualaikum. Info dalm blog pakcik memang berguna, namum sukar untuk dibaca kerna pengunaan color yang tidak sesuai. Contohnya tulisan kuning berlatar belakangkan putih, menyakitkan mata. Saya cadangkan guna warna gelap untuk latar belakang putih. Pac cik boleh underline untuk penegasan. Teima kasih atas masa. dah tgk KCB?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr

    Terima kasih kerana sudi memberi komen yang membina. Saya telah buat pembetulan yang sepatutnya.

    Sebenarnya, waktu awal berblog, daya guna background hitam, jadi saya pilih warna kuning untuk highlight maklumat penting. Bila tukar background putih, memang menyukarkan untuk membaca.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Haji,

    Bagus idea Tuan utk menggunakan zikir harian tuk bacaan semasa tawaf... soalan saya kalau utk tawaf terakhir tu sy gunakan utk membaca doa sendiri, boleh? spt doa tuk kesihatan, tuk murah rezeki, jodoh etc...

    terimaksih.. azieza

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wm bwr.

    Alhamdulillah, terima kasih kerana bertanya supaya dapat memberi panduan kepada pembaca-pembaca yang lain.

    Sebenarnya tidak ada bacaan khusus semasa melakukan tawaf. Kita boleh baca apa-apa doa, zikir, selawat, istighfar, atau baca al-Quran. Yang tidak digalakkan - walaupun tidak salah - ialah tidak membaca apa-apa doa atau berzikir sebab tersangatlah rugi tidak memanfaatkan peluang untuk berdoa di tempat dan saat yang penuh dengan barakah.

    Jadi puan bolehlah membaca doa sendiri semasa tawaf ke-7 dsb. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tn Haji....

    Terima kasih kerana menyediakan panduan ini.. Saya mohon izin utk print panduan-panduan ini ya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. salam..ALHAMDULILLAH..saya teringat time gi sana lps tgok pic2 pakcik..YA ALLAH ,,rasa mcm nk pegi lg kalo ade rzki..inshaALLAH..AMIN

    ReplyDelete
  7. blh tak doa-doa yang dibacakan semasa tawaf doa dalam bahasa melayu yang kita fahami..

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikum salam afiza

    Silakan ... silakan. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikum salam tiqahjz

    Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan kesihatan, rezeki, masa yang lapang, serta menjemput kita semua ke baitullah. InsyaAllah, Amin.

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikumn wbr nur haiyu.

    Boleh baca doa dalam Bahasa Melayu atau dalam apa-apa bahasa sekali pun asalkan kita faham maknanya semasa tawaf, saie dsb. - mungkin ini lebih khusyuk.

    Alhamdulillah kerana sudi bertanya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tn Haji,

    Selepas kita lengkap buat 7 pusingan tawaf dan sebelum solat sunat tawaf, kita dapati tempat2 yg mustajab doa (cth, kat multazam atau area rukun yamani)tak ramai org, soalan saya boleh tak kita buat doa2 dulu kat tempat tersebut sebelum buat solat sunat tawaf? (utk ambil kesempatan tak ramai org pd masa tu).

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikum salam wbt anonymous

    Ya, jika ada kelapangan masa dan ruang kita bolehlah berdoa di tempat-tempat mustajab tersebut tetapi pastikan kita tidak menyentuh hajar aswad atau dinding kaabah sebab kadang-kadang tempat itu ada minyak wangi sedangkan kita masih dalam ihram (belum sai'e dan bergunting rambut) - maka pantang larang ihram perlu dijaga.

    Kebiasaannya antara jam 7-9 pagi tidak ramai orang di hadapan multazam dan hajar aswad sebab jemaah ramai yang balik ke hotel untuk sarapan dsb. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah SWT agar dimudahkannya segala urusan kita di sana, dan perbanyakkan bersedekah sebelum masuk ke masjidil haram.

    Sekian, semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. salam tuan haji....

    saya minta halalkan ilmu di dalam blog ini utk dikongsi bersama kaum keluarga dan sahabat handai...

    banyak yang saya pelajari sebagai persiapan utk menunaikan ibadah umrah bersama kedua ibubapa tahun depan, insyaallah...

    terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya, silakan semoga bermanfaat. Semoga anonymous mendapat umrah yang maqbul, amin.

      Delete
  14. Slm Tn Hj. Adakah setiap kali apabila kita masuk sahaja ke dalam masjidil haram kita perlu lakukan tawaf 7 pusingan ? Adakah kita perlu lakukan sebelum solat atau selepas menunaikan solat wajib 5 waktu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Kalau kita masuk masjid di Malaysia atau mana-mana masjid selain masjidil haram, kita disunatkan untuk solat tahiyatul masjid.

      Tetapi di Makkah, apabila kita masuk masjid haram, dan jika cukup masa, kita lakukan tawaf sunat dulu sebagai ganti solat sunat tahiyatul masjid. Kalau kita masuk masjid haram, muazzin sedang iqamat, maka kita solat fardhu dulu dan selesai solat, baru tawaf sunat.

      Delete
  15. Slm Tn. Selepas kita menyempurnakan umrah wajib, bolehkan kita kerjakan umrah bagi pihak bapa yang telah meninggal dunia. Bagaimanakah caranya ? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Adakah bapa semasa hidupnya pernah mengerjakan haji atau umrah?

      1. Jika semasa hidupnya telah mengerjakan haji atau umrah maka tidak dibolehkan mengerjakan umrah atau haji (sunat) kecuali semasa hidupnya dia telah bernazar, dan sebelum sempat menunaikan nazar tersebut dia meninggal dunia ATAU dia telah berwasiat supaya melakukan umrah atau haji baginya.

      2. Jika bapa belum mengerjakan umrah wajib atau haji wajib semasa hidupnya, maka dibolehkan kita melakukan umrah atau haji bagi bapa tadi.

      Dalil: Dari sebuah hadith sahih Al-Bukhari, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa datang seorang wanita dari kaum Juhaina kepada Nabi saw dan berkata :"Ibu ku telah bernazar untuk melakukan haji dan tidak dapat melakukan sehinggalah beliau mati, apa perlu saya melakukan haji keatas beliau? Baginda berkata :"Ya, lakukan Haji keatasnya, Apakah anda tidak mahu membayar apa-apa hutang yang ibu anda telah tinggalkan? Bayarlah apa yang anda berhutang kepada Allah, Sesungguhnya Allah lebih berhak ditunaikan hutangnya".

      Delete
    2. Cara mengerjakan umrah untuk bapa yang telah meninggal dunia adalah sama seperti mengerjakan umrah untuk diri sendiri. Jadi jika kita berada di Makkah, setelah menunaikan umrah wajib untuk diri sendiri, kita keluarlah ke Miqat seperti ke Masjid Tan'iem atau ke Masjid Ja'ranah. Selepas solat sunat ihram, kita niat ihram untuk bapa. Contoh: "Sahaja aku mengerjakan umrah untuk bapa aku __________ (sebutkan nama) dan berihram dengannya kerana Allah Ta'ala). Selepas itu balik ke Makkah untuk tawaf, saie, dan bergunting.

      Delete
    3. Jika bapa telah pernah lakukan umrah wajib atau haji wajib semasa hidupnya, kita boleh sedekahkan pahala umrah sunat kita kepada bapa atau orang yang telah meninggal dunia. Maksud saya, setelah melakukan umrah wajib, kita lakukan umrah sunat untuk diri sendiri. Setelah selesai ibadah umrah sunat tadi maka kita berdoalah kepada Allah dengan memohon agar pahala umrah tadi disampaikan kepada si mati. Samalah juga macam kita hadiahkan fatihah atau doa kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia.

      Hmm... timbul soalan pulak, boleh ke buat umrah sunat berulang kali dalam satu trip umrah?

      Then timbul lagi persoalan ... boleh ke hadiah fatihah kat orang yang telah meninggal dunia?

      Hmm... macam mana nak jawab yer? sebab saya bukan ustaz. Walau bagaimana pun saya sangat berterima kasih kepada para pembaca yang sudi bertanya melalui ruangan komen ini sebab sekurang-kurangnya ia membuatkan saya membaca kitab (mencari hadis dsb), dan juga bertanya kepada ahli-ahli ugama sekiranya pertanyaan yang diutarakan di sini tidak dapat saya jawab dengan baik.

      Delete
  16. Assalamualaikum wbh Tuan Haji. Semasa mengerjakan umrah, adakah membotakkan kepala selepas bersaie itu lebih baik daripada cuma menggunting bbp helai rambut ? Wasalam, Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Botakkan rambut adalah lebih afdal.

      Delete
  17. Slm dan semoga dilimpahi pahala diatas perkongsian ilmu Tuan haji yang amat bermunafaat ini. Soalan saya, semasa melakukan umrah, adakah lebih baik lakukan ibadat umrah itu sebanyak kali yang kita mampu atau lebih baik melaksanakan cuma sekali yang wajib dan yang lain nya beramal (sembahyang sunat, zikir dll)di dalam Masjidil Haram. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Tersenyum saya baca soalan ni sebab soalan ini popular bagi mereka yang pernah menuntut ilmu di Madinah atau Makkah sebab mengikut Ulama Besar Saudi Arabia, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz:

      Para ulama memandang, melakukan umrah berulang kali sebagai perbuatan yang makruh. Masalah ini telah dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Fatawanya. Keterangan beliau tersebut dikutip oleh Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin dalam Syarhul Mumti’. [Majmu ‘ al Fatawa, jilid 26. Pembahasan tentang umrah bagi orang-orang yang berada di Mekkah terdapat di halaman 248-290; asy Syarhul Mumti’, 7/407.]

      Pendapat yang mengatakan tidak disyari’atkan melakukan Umrah berulangkali, inilah yang ditunjukkan oleh Sunnah Nabawiyah yang bersifat ‘amaliyah, dan didukung oleh fi’il (perbuatan) para sahabat Radhiyallahu ‘anhum. Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan kita agar mengikuti Sunnah beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah para khalifahnya sepeninggal beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Yaitu beliau bersabda : Hendaklah kalian berpegang teguh dengan Sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk dan terbimbing sepeninggalku. Hendaklah kalian menggigitnya dengan gigi gerahammu. [Sunan Abu Dawud, II/398, no. 4607; Ibnu Majah, I/16, no. 42 dan 43; Tirmidzi, V/43, no. 2673; Ahmad, IV/26.] [31]


      Bagaimana pula pendapat Mazhab Syafie? Saya bukannya seorang ustaz dan tidak mempelajari selok belok ugama secara formal dan mendalam. Oleh itu berat bagi saya hendak memberi pendapat di sini kerana ia melibatkan hukum.

      Namun semasa saya pergi haji pada tahun 2007 dahulu, ada seorang ustazah pembimbing Tabung Haji mengatakan bahawa melakukan tawaf adalah lebih afdal berbanding umrah berulang kali. Saya counter check dengan sorang ustaz - juga pembimbing Tabung Haji, dia kata umrah lebih afdal. Jadi mana satu yang betul?

      Jadi pihak berkuasa spt Tabung Haji, atau Majlis Fatwa Kebangsaan perlulah beri kata putus dalam hal ini.

      Jawapan daripada blog ini agak menarik http://kaminms.blogspot.com/2011/09/umrah-sudah-berapa-kali-anda-lakukannya.html

      Tapi saya nak juga tahu, adakah Nabi melarang melakukan umrah berulang kali?

      Delete
  18. Assalamualaikum Tuan Haji..

    bolih ke saya mengerjakan umrah bagi pihak arwah ibu dan arwah anak saya dengan berniat untuk kedua-dua nya sekali, contoh "sahaja aku mengerjakan umrah untuk ibu dan juga anakku"atau saya perlu melakukan satu persatu..
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Tak berani nak jawab sebab saya kurang arif walaupun jawapan ikut logiknya ada dalam fikiran saya. InsyaAllah saya akan cuba dapatkan jawapannya dan akan saya jawab di sini. Meanwhile jika tuan dapat jawapannya terlebih dahulu harap beritahu saya di sini untuk kebaikan para pembaca.

      Wasalam.

      Delete
    2. Assalammualaikum tuan haji. Sbnrnya sy ingin bertanya soalan yg sama .selepas buat umrah wajib. Bolehkah saya niat umrah utk arwah dan ibu dan arwah ayah saya sekali. ?

      Delete
    3. Assalammualaikum. Saya ada bertanya dgn seorang ustaz yg menguruskan umrah dan haji mengenai hal ini. Beliau mengatakan bahawa "slps selesai Haji atau Umrah wajib dah boleh buat Badal Haji atau Umrah utk org lain.... Namun menghimpunkan lbh dr satu niat utk melakukan Umrah atau Haji Badal x boleh & ia akn dikira satu sahaja.... Jd kalau nk Umrahkan Ayah & Ibu, hendaklah dibuat satu2...." semoga jawapan ini dapat membantu sedikit sebanyak.

      Delete
    4. Wa'alaikum salam wbt

      Terima kasih sbb tolong jawabkan. :)

      Delete
  19. Salam nak tanya,sy ni tidak berapa faham mengenai hukum tawaf wadaq. Wajib, sunat atau rukun???? Kalau tidak melakukannya kita kena dam ke? InsyaAllah pada tahun ni kalau ada rezeki saya akan pergi umrah ke Mekah, doakan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Hukum tawaf wada' ialah wajib bagi sesiapa yg hendak meninggalkan Makkah sejauh lebih daripada dua marhalah (56 batu). Jika tidak melakukan tawaf wada' maka dia dikenakan dam. Terdapat beberapa pengecualian - antara lain ialah perempuan yang haid, atau nifas, atau yg mustahadhah dalam tempoh haid - dikecualikan daripada melakukan tawaf wada'.

      Delete
    2. Salam tn hj. terima kasih atas info yg sgt berguna ini.minta izin print info ini ya..semoga Allah memberkati usha tn hj ini. aamiin..

      Delete
    3. Wa'alaikum salam wbt

      Amin, Ya Rab al alamin. Ya silakan anonymous, alhamdulillah

      Delete
  20. Assalamualaikum.
    Berbekalkan semua entry dan nota Tn Haji bekalkan disini kami telah menunaikan umrah pada Februari 2013.
    Terima kasih. Semoga Allah Taala memberkati usaha Tn haji ini. Mohon teruskan kerana ianya amat berguna kepada ribuan/jutaan orang yang berniat ke Tanah Suci.

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikum salam Anonymous

    Alhamdulillah, tahniah tuan/puan telah dapat menunaikan umrah pada Februari yang lepas. Semoga mendapat umrah yang maqbul, amin.

    InsyaAllah, sekiranya ada kelapangan masa saya akan terus update / kemaskini entri mengenai umrah di sini. Namun harapan saya para pembaca perlulah memantapkan lagi pengetahuan mengenai umrah dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Travel Agent dsb.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum tuan haji...

    Sy akan berangkat ke makkah utk menunaikan umrah dalam 24 mei...dan sy sedang mencari himpunan doa doa ketika umrah dalam bentuk audio utk di download...jika tuan haji dapat membantu disini... sy amat berbesar hati dan berterima kasih...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum tuan haji...

    Sy akan berangkat ke makkah utk menunaikan umrah dalam 24 mei...dan sy sedang mencari himpunan doa doa ketika umrah dalam bentuk audio utk di download...jika tuan haji dapat membantu disini... sy amat berbesar hati dan berterima kasih...

    ReplyDelete
  24. salam ustad, terima kasih untuk infonyer...
    saya mintak izin untuk print sebagai panduan...
    -Wan NorHafizah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan puan. Alhamdulillah.

      Delete
  25. Asslaamualaikum,

    Ustad,

    Saya dan keluarga akan berangkat menunaikan umrah pernerbangan terus dari KLIA ke Jeddah dan terus ke Mekah. Jadi kami akan berniat di miqat di atas kapal terbang. Soalan saya ialah, setiba di Mekah nanti, bolehkah saya menukar pakaian yang lain setelah niat ihram? Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Anda lelaki ke perempuan? Hehe

      Jika anda seorang perempuan, anda boleh tukar atau salin pakaian lain setelah niat ihram asalkan pakaian tersebut menutup aurat.

      Jika anda seorang lelaki, anda pun boleh tukar kain ihram yang dipakai semasa dalam penerbangan dengan kain ihram yang baru dan bersih sebelum tawaf sebab mungkin kain ihram yang dipakai dalam kapal terbang terkena percikan air kencing dalam tandas kan dsb.

      Delete
    2. Terima kasih di atas penjelasan ustaz.

      Delete
  26. Salam ustaz,

    Saya akan pergi menunaikan umrah bersama keluarga dan tiga orang kanak2 berumur 11.8 dan 3 thn. Soalan saya, adakah anak lelaki yg berumur 3 thn perlu diniatkan umrah, dipakaikan ihram(dan tertakluk kp 13 larangan ihram)?. Kemudian bagaimanakah cara terbaik untuk dia melakukan umrah?. Adakah kami perlulakukan bg pihaknya atau dia hanya ikut kami(ttp kami niat bagi pihak dia? -utk tawaf dan saie)? Atau, dia tidak perlu berniatumrah/ tak berihram dan tak perlu tawaf dan saie?. Mohon beri penerangan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  27. Terima kasih atas maklumat diberi pohon untuk
    buat salinan bagi panduan saya yang akan menunaikan Haji tahun ini
    Terima kasih banyak banyak

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Tuan Haji, minta halalkan ilmu yang Tuan turunkan disini kerana saya ingin membawa anak2 saya tunaikan umrah In Sya Allah pada awal tahu 2014. Terima kasih.

    Imon binti Majid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Saya doakan agar pn Imon dan anak-anak selamat menunaikan umrah dan semoga dipermudahkan segala urusan di sana nanti. Amin.

      Apa-apa perkongsian ilmu yg sedikit di sini adalah atas kehendak Allah jua. Segala yg benar itu adalah daripada Allah swt, dan jika ada yg tidak benar dan tidak lengkap, itu adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

      Delete
  29. Assalamualaikum Tuan Haji, minta halalkan ilmu yang Tuan turunkan disini kerana saya ingin membawa anak2 saya tunaikan umrah In Sya Allah pada awal tahu 2014. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya silakan tuan. Semoga bermanfaat.

      Delete
  30. As Salam Ustaz,
    Saya ingin sekali copy ilmu Ustaz utk rujukan anak2 dan keluarga. Mohon bantu ye....Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salsm wbt

      Ya silakan alhamdulillah

      Delete
    2. Salam tuan/puan.

      Kalau ada masalah nak copy, boleh guna android (smartphone).

      Kalau guna notebook/desktop memang tak dpt copy sbb saya dah edit html. Skrg takut nak reedit html tu. Takut lain jadinya.

      Delete
  31. Assalamualaikum ust yg dikasihi. Saya akan menunaikan ibadah umrah pada mei ni. Segala ilmu yg saya dpt dari blog ust amat membantu. Moga ust akan sentiasa diberkati dan dirahmati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Alhamdulillah. Amin, Amin Ya Allah. Terima kasih atas doa.

      Semoga umrah tuan nanti menjadi pengalaman manis sepanjang hayat dan semoga mendapat umrah yg maqbul. Amin.

      Delete
  32. x baik kedekut ilmu. pesalahnya klau orng copy paste. dpt pahla tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tebarkan salam.

      Assalamu'alaikum wbt

      Apa masalah tuan/puan/cik? Nak copypaste copy jer lah. Guna android tak de masalah.

      Yang guna windows tu maaf yer. Dulu-dulu saya dah modify html. Skrg dah lupa kat mana saya ubah. Jadi takut nak ubah-ubah balik - takut lain jadinya.

      Delete
  33. Assalamualikun wbt, Mohon hamba bertanya, saya tidak pernah mengerjakan haji atau umrah,bolehkah saya menunaikan umrah dengan niat untuk mensedekahkan pahala, selawat, zikir dan doa kepada orang yang telah meninggal dunia, iaitu ibu saya. sepanjang perjalan umrah saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikum salam wbt

      Sempurnakan umrah wajib untuk diri sendiri dulu. Sekiranya ada masa sesudah itu buatlah umrah ke-2, ke-3 dll dengan ke luar ke miqat spt ke Tan'iem dan niat ihram umrah utk ibu (jika ibu belum pernah melaksanakan umrah). Jika ibu telah pernah menunaikan umrah maka niat ihram umrah untuk diri sendiri dan bolehlah sedekahkan pahalanya kpd arwah ibu.

      Delete
  34. Assalamualaikum wbt, saya mohon snap dari hand phone saya..
    insha allah jika smp masa nya bln 2 umrah.Penjelasan diatas sgt berguna.
    Akan tetapi jika saya hendak melakukan umrah bagi ibu saya yg masih hidup pun boleh ke ustaz? keadaan beliau tidak begitu mengizinkan. saya pun rezeki mertua byrkan separuh. jadi persoalan saya, boleh niat umrah utk ibu saya setelah selesai umrah saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan snap dsb.

      Mengenai umrah utk ibu yg masih hidup, saya minta maaf kerana kurang arif. Takut jawapan saya tidak tepat. Saya harap puan rujuk kpd yg lebih berautoriti.

      Delete
  35. dan selepas itu niat umrah untuk arwah bapa saya boleh ke uztaz..insha allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas melakukan umrah untuk diri sendiri dengan sempurna, puan boleh lakukan umrah utk arwah ayah dgn keluar ke miqat untuk niat ihram. Miqat yg terdekat ialah masjid Tani'em. Tambang teksi SR40 pergi balik. Kalau naik bas cuma SR2 sehala atau SR4 pergi balik - jimat.

      Delete
  36. Salam tuan..perkongsian yang baik..saya mohon untuk ambil perkonsian ini ya tuan..InshaAllah nov 2017 nt sy akan mengerjakan umrah..semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada bakal tetamu Allah yg lain..tq tuan.

    ReplyDelete
  37. mohon izin share ilmu dan guna untuk bakal-bakal tetamu Allah

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Doakan kami dptkan kerjakan umrah dgn sempurna dan mendpt umrah yg mabrur. Sy minta jd rujukan ye entri ni...terima kasih dan hrpkan halalkan ilmu yg dikongsi..

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum bape kali nak bace zikir tuu

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.