Saturday, July 10, 2010

Umrah 2010: Masjidil Haram, Sabtu 15/5/2010 - Selepas Subuh

Assalamu'alaikum wm wbr.

Jam menunjukkan 5:20am. Saya bergerak meninggalkan Masjidil Haram sebab nak join program umrah ke-2 iaitu bermiqat di Tan'iem anjuran Andalusia. Kami disuruh bersedia di lobi hotel pada jam 6:30am. Mutawwif sempat berpesan, 'Jadilah orang yang menunggu bukan orang yang ditunggu.' Mungkin orang lain tidak terasa, tetapi bagi saya ayat tersebut kena tepat ke batang hidung saya sebab saya memang ambil masa sedikit untuk bersiap-siap dsb. Lihatlah, pukul 5:20am baru nak keluar dari Masjidil Haram. Tak apa lah kan. Bukannya senang nak ke Makkah, jadi ambillah kesempatan duduk lama-lama sikit kat Masjidil Haram. Sepatutnya buatlah program lewat sedikit supaya jemaah sempat solat Isyra' di MH sebab banyak ganjaran diperolehi bagi sesiapa yang melakukan sedemikian.

Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda "Barangsiapa solat subuh berjemaah, kemudian ia duduk untuk berzikir sampai matahari terbit, kemudian dia solat dua rakaat, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang haji dan umrah." Dan Rasulullah s.a.w. bersabda, "sepenuhnya sepenuhnya, sepenuhnya." (HR Tirmidzi dan ia mengatakan hasan garib.)

Hari itu waktu as-Syuruuk (terbit matahari) ialah 5:43am. Terkilan jugaklah dengan mutawaif ni. Kebanyakan program ceramah pun diadakan pada pukul 6:30am. Mereka tinggal di Makkah, jadi sudah terkena sindrom 'biasa' (pinjam istilah sdr. Lutpi a.k.a kamitaken from na5wa.blogspot.com). Pihak pengendali pakej kenalah lihat dari perspektif kami pulak yang bertahun tak sekali dapat ke Masjidil Haram.

Jam Besar Di Hadapan Pintu King Abdul Aziz
Menunjukkan Syuruk jam 5:43am

Seekor Kucing Di MH


Pada mulanya pak guard yang jaga pintu MH ni sergah saya ketika nak ambil gambar kucing ni. Bila saya tunjuk kat kucing, dia pulak posing sambil tepuk-tepuk kucing yang manja tu. Pak guard tu suruh saya ambil air zam-zam untuk diberikan kat kucing tu. Katanya kucing tu minum air zam-zam. Tapi sayang, paip zam-zam yang paling hampir sudah kehabisan air sebab jemaah dah angkut air zam-zam ke hotel masing-masing.

5:23am - Pintu King Abdul Aziz

5:24am - Sebahagian Jemaah Suka Lepak Kat Sini Sambil Sarapan Pagi

Hotel As-Safwah 

Zam-Zam Tower 

Jam Besar Di Hadapan Pintu King Abdul Aziz

4 comments:

  1. Salam,

    Nak tanya sikit. Bila waktu solat israk dan dhuha

    t/kasih

    ReplyDelete
  2. Salam noraini.

    Solat Israk ialah 15 minit selepas marahari terbit - iaitu kira-kira matahari telah setinggi mata tombak, atau setinggi satu galah. Sebab semasa matahari terbit, maka hukumnya adalah haram untuk lakukan sebarang solat yang tidak bersebab eg. solat sunat dsb. Tetapi jika kita terlewat bangun dan terlepas solat subuh, maka wajib kita qoda' solat tsbt walaupun semasa matahari terbit.

    ReplyDelete
  3. Waktu Solat Dhuha:

    Iaitu selepas solat israk hingga beberapa minit sebelum tergelincir matahari - sehingga beberapa minit sebelum waktu zohor.

    Waktu yang paling afdal ialah ketika matahari telah mula panas. Kalau di sini, sekitar 8:30pg atau 9:00pg.

    Tapi kalau kelapangan hanya pukul 10pg atau 12.00 tgh maka lakukanlah solat dhuha masa tu.

    Solat dhuha minit 2 rakaat. Nabi pernah buat 8 rakaat iaitu semasa pembukaan Makkah. Kalau kita solat 8 rakaat tapi tak boleh maintain selamanya 8 rakaat, maka lakukan lah 2 rakaat sahaja tapi boleh istiqomah. Itu lebih baik.

    Wasalam

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Terima kasih penerangan yang panjang lebar, InsyaAllah semuga saya mendapat kekuatan untuk melaksanakanya..Amin
    Selamat menyambut kedatangan syaaban dan ramadhan

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.