Sunday, July 18, 2010

Umrah 2010: Masjidil Haram - Tempat Letak Kasut

Assalamu'alaikum wm wbr.

Entri kali ini menyentuh tentang tempat letak kasut di Masjidil Haram (MH).  Walau pun bunyinya macam tidak significant, tetapi kita berterima kasih kepada pihak berkuasa pengendali Masjidil Haram yang mengambil berat tentang benda-benda yang remeh temeh ini.  Tapi ada juga jemaah yang tidak appreciate rak kasut tsbt.

Biasanya para jemaah membawa uncang atau beg plastik untuk mengisi kasut atau selipar ketika masuk ke Masjidil Haram. Uncang tersebut akan diletakkan pada rak-rak kasut yang banyak terdapat di setiap tingkat masjid. Setiap rak ada nombor bagi memudahkan proses identifikasi seperti pada foto di bawah ini. Jemaah kenalah ingat no rak dan juga lokasi rak tersebut bagi memudahkan dia mencari semula kasut yang diletakkan di situ.



Namun ada segelintar jemaah tidak mahu menggunakan kemudahan yang disediakan.  Mereka lebih gemar meletakkan kasut di tiang-tiang, hatta di tepi rak al-Quran. Sebahagian daripada tiang-tiang di Masjidil Haram berfungsi sebagai konduit (saluran) hawa dingin (air cond.).  Bila kasut-kasut diletakkan di situ, maka segala habuk, bau, hama, dsb akan berterbangan ke merata tempat dan dihidu oleh para jemaah. Ini adalah Masjidil Haram, sepatut para jemaah lebih perihatin kepada jemaah yang lain. 


Kasut Yang Kotor Di Letak Di Lubang Air-Cond.
Tuan Kasut Kongsi Bau Kasutnya Dengan Orang Lain


Ada Yang Letak Kasut Dekat Rak Al-Quran
Memang Tidak Patut.

Posting di bawah ini tidak ada kena mengena dengan rak kasut. Sengaja saya letak beberapa foto bagi mengingati suasana ruang solat di tingkat 2 Masjidil Haram selepas zohor pada Sabtu 15/5/2010.  Pada masa itu cuaca agak panas di luar (sekitar 45 darjah Celcius). Jadi ramai jemaah mengambil keputusan untuk terus berada di MH menunggu waktu Asar. Ada yang melakukan solat sunat, ada yang membaca al-Quran, dan ramai yang just berbaring meluruskan pinggang.


Ada Yang Solat Sunat, Ada Yang Membaca al-Quran

Dan Ada Yang Hanya Berehat Melepaskan Penat

Di Tingkat 1 (Bawah) Lagi Ramai Jemaah Berehat Di Kawasan Berhawa Dingin
Ketika Ini 1:01pm. Waktu Asar = 3.35pm



Tingkat 2: Kawasan Bangunan Usmani (Turki) - Tidak Berhawa Dingin



Tiang-Tiang Dengan Ukiran Yang Cantik

2 comments:

  1. salam, tn. haji,
    bi'iznillah saya akan mengerjakan ibadat haji tahun ini, saya nak tanya berkenaan tip persiapan yg remeh2 menurut pengalaman tn haji seperti
    1. berapa pasang pakaian, kain, seluar, baju melayu, yg nak dibawa, berapa beg, ada khidmat dobi ke @ basuh sendiri kat sana...
    2. ubatan/vitamin
    3. selipar jepun? /kasut/ sandle
    4. gebar/ tuala/ stokin
    5. baju tebal/sejuk
    6. duit belanja berapa ye kira2..
    dan yg lain2 yg berkaitan...

    tq, wassalam
    abd rahim

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Alhamdulillah, tahniah kepada tuan kerana terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Semoga tuan mendapat Haji yang mabrur, Amin.

    Sebagai panduan, cukup bagi kita hanya membawa 1 beg pakaian bagi mengisi pakaian, dan kain ihram. Hand luggage 1 (dari TH). Beg sandang spt beg notebook yg carry kat belakang (utk isi makanan ringan dan minuman semasa berangkat ke Arafah dan Mina).

    Baju Melayu 1 pasang - kalau ada Raja dan Pembesar M'sia yg masuk kaabah, dpt join kalau pakai baju Melayu, seluar 2 pasang, kain sarung 2 helai, t-shirt 2 helai. Seluar dalam dan singlet secukupnya <- Boleh beli di sana spt di Bin Dawood, di Kompleks Hilton. Jubah boleh beli di sana.

    Ubatan-ubatan: Kalau tuan mengambil ubat-ubat yang khusus, bawalah secukupnya spt pil darah tinggi, gastrik, ubat gout dsb. Klinik TH beroperasi 24 jam, tetapi hanya ubat-ubatan yang umum sahaja. Lozenges, dehydration salt, nivea cream dan minyak cap kapak elok bawak. Nevea cream sapu pd tapak kaki supaya tumit lembab dan tidak merekah. Jangan lupa bawa mask (satu kotak) untuk tutup hidung sbb banyak habuk. Klinik TH ada sedia mask yg nipis - tidak berapa berkesan.

    Kasut dipakai semasa pergi dan balik ke M'sia. sandal 1 pasang (tumit terbuka) untuk umrah dan ke Arafah. Selipar Jepun utk masuk tandas - boleh wakafkan utk kegunaan room mate. Boleh beli di sana. Kasut khuf (dari kulit nipis) untuk pakai dalam masjid ganti stokin terutama di Masjid Nabawi, Madinah sebab lantainya sangat dingin dan banyak sisa bahan kimia pencuci lantai. Ini untuk elak tapak kaki merekah. Banyak dijual di kedai kasut. Harga l/k SR10.00

    Selimut - tidak perlu sbb disediakan, tuala mandi 2 helai, 1 utk dipakai semasa mandi (hehe). Stokin 2 pasang.

    Baju sejuk - tengok cuaca masa musim haji. Kalau bukan musim sejuk, tak perlu bawa.

    Duit belanja - susah nak cakap tuan. Jika tuan / isteri suka shopping, bawak banyak sikit sebab tarikan untuk berbelanja memang kuat. Emas, jubah wanita, kurma ajwah (kurma nabi), minyak wangi berkualiti tinggi dsb memang sukar untuk dilepaskan (hehehe). Kalau hendak selesa, sediakan RM3000 - RM5000 seorang atau lebih. Simpan dlm akaun TH. Duit belanja ini relatif, ada orang bawak RM1000 pun cukup. Budget untuk makan-minum di kedai (walaupun makan tengah hari dan malam di sediakan)sebab kadang-kadang kita tidak balik ke hotel selepas zohor atau selepas maghrib - Mungkin nak beriktikaf di Masjid.

    Budget juga utk sedekah - lapangkan dada utk bersedekah, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan tuan di sana.

    Jangan bawa duit banyak semasa ke Masjid. Kes kecurian / selok saku bukan cerita rekaan. Ia adalah suatu realiti. Semasa umrah baru-baru ini ada jemaah wanita Malaysia kena selok beg oleh pengemis. So berhati-hatilah.

    Elok buka akaun di Ar-Rajhi Bank. Sebab, mudah anak-anak atau adik beradik bank-in duit di Malaysia jika ada sesuatu keperluan. Tinggalkan no akaun kepada supaya mudah urusan Bank-In. Tabung Haji mungkin tidak update online, tetapi Ar-Rajhi update online, jadi kita boleh keluarkan duit serta merta selepas di Bank-in di Malaysia. Boleh keluar duit di mana-mana ATM yang guna MEPS.

    Walaupun ada simpanan di TH atau Ar-Rajhi, bawalah sedikit Saudi Rial l/k SR500 semasa berangkat ke sana utk beli minuman dan makanan di Airport atau dalam perjalanan ke Madinah (dgn Bas) dsb. Walau bagaimana pun Ringgit Malaysia boleh digunakan di sana. RM1.00 l/k SR1.00. Tapi kalau tukar di Money Changer di sana, kita dapat lebih lagi.

    Sorry kalau penerangan kurang jelas dan ayat kelam kabut. Kalau ada pertanyaan saya sedia menjawab di sini.

    Wasalam

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.