Monday, August 16, 2010

Kenali Masjidil Haram: Binaan Turki

Assalamu'alaikum wm wbr.

Masjidil Haram yang ada sekarang ini sebenarnya telah mengalami beberapa kali pembesaran. Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar kawasan MH hanyalah merupakan suatu kawasan lapang yang tidak berdinding dan dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk. Jarak antara maqam Ibrahim dengan dinding rumah penduduk ialah sebanyak lapan (8) saf solat sahaja. 

Pembesaran yang pertama dilakukan oleh Saidina Umar a.s. semasa beliau menjadi Khalifah yang ke-2. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeling MH dan kemudian dirobohkan untuk memperluaskan ruang solat dan tawaf. Saidina Umar ialah orang yang pertama membina tembuk atau dinding MH dengan ketinggian 1.5 meter. 

Apabila tampuk pemerintahan silih berganti, dari Khalifah ar-Rasyidin ke dinasti bani Umaiyyah, bani Abbasiyah, bani Utsmaniyah (Ottoman Turki), dan sekarang ke bani Saud, maka perluasan demi perluasan dan ubahsuaian demi ubahsuaian terhadap MH terus dilakukan bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai setiap musim haji.

Salah satu ubahsuaian yang signifikan dan masih kekal sehingga kini ialah ubahsuaian yang dilakukan oleh Sultan Salim II (Bani Utsmaniyah Turki) pada tahun 1571 Masehi. Di bawah kelolaan Arkitek Diraja, Sinan, bumbung MH yang rata diubah menjadi kubah-kubah dan lengkung-lengkung (arch) yang indah di dalamnya. Binaan ini kekal sehingga sekarang dan dikenali sebagai binaan Turki. Ia merupakan satu kawasan berserambi (portico) yang terletak di kawasan yang lebih tinggi daripada pelantaran (dataran kaabah). Kubah-kubahnya berwarna putih dan disokong oleh tiang-tiang yang dibuat daripada marmar. Sebahagian daripada tiang-tiang ini diukir dengan ayat-ayat al-Quran.


Masjid Haram 1853 Masehi - Binaan Turki (Atap Berkubah)

Masjid Haram 130 tahun yang lepas (1297Hijrah 1880 Masehi)

Masjidil Haram 57 tahun yang lepas (1371 Hijrah; 1953 Masehi)

Masjidil Haram 3 bulan yang lepas (1431 Hijrah, 2010 Masehi)


Kawasan berkubah putih merupakan serambi (portico) Masjidil Haram yang dibina oleh Sinan, iaitu Arkitek Diraja Sultan Salim II (Bani Utsmaniyyah Turki) pada tahun 1571 Masehi.

Kawasan serambi - binaan Turki
Lengkung-lengkung dengan empat batang tiang membentuk satu kubah.


Jemaah solat dan berehat di binaan Turki.

7 comments:

  1. Salam Ramadhan Tn Hj M Saad

    Salam ziarah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Hj Saad,

    Tk kerana berkongsi ilmu cerita dan sejarah. Bagus info ni

    ReplyDelete
  3. Salam Haji,

    pertama kali saya tgl komen nih...terima kasih sudi berkongsi cerita & ilmu ini...amat bermakna pd saya...
    lagi satu, rupanya haji pergi umrah ikut travel andalusia ye...dan menggunakan mutawwif yg sama dgn saya...alhamdulillah
    saya perasan pd gmbar yg diselitkan tuh...

    ReplyDelete
  4. Salam rozali

    Terima kasih kerana sudi ziarah dan tinggalkan jejak di sini.

    Wasalam

    ReplyDelete
  5. Salam rosli,

    Alhamdulillah sebab tuan menyukai n3 ini. Syukran.

    ReplyDelete
  6. Salam taj,

    Alhamdulillah, memang benar, saya ikut Andalusia. Saya lupa pulak nama mutawif tu, anyway the whole umrah experience = OK. Taj tak tanya ke dia pasal tiang jin? Dia ada tunjukkan pada saya, tapi betul ke itu tiang jin?

    ReplyDelete
  7. Salam Haji,

    nama mutawif tu, Mohd @ Nur Affandy..tapi kami panggil Ust Fandi...org Indonesia, student sana..
    tiang jin??...taj takde tanya pun...maybe dgn org lain dia ada tunjuk agaknya...
    lagipun taj tak ikut sgt mutawif tuh dlm buat umrah dan ziarah...
    Alhamdulillah, semua jemaah amat puas hati dgn dia...
    tapi dia ada tunjukkan punca asal telaga zam2...masa tu kebetulan taj ada bersama dgn jemaah...dan dia juga pandai nyanyi qasidah, suaranya sedap, sampai ada jemaah yg nangis sendu...sedeh
    ada org kaya dr kelantan yg selalu repeat ke sana sengaja mahu dan pilih dia sbg mutawif dan tak mau org lain...katanya depa amat sayang pd mutawif nih...
    wallhualam

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.