DI Masjidil Haram, oleh kerana ganjaran pahala bagi sesiapa yang beribadah di situ ialah 100,00 kali ganda berbanding beribadah di tempat lain, maka para jemaah akan berusaha dan kadang-kadang berebut untuk melakukan ibadah di sana. Bayangkan, hatta melihat kaabah semata-mata akan mendapat ganjaran pahala, apatah lagi jika tawaf mengelilingai kaabah. Justeru itu, Masjidil Haram, terutama dataran kaabah sentiasa di kunjungi oleh jemaah baik lelaki mahupun wanita. Pada asasnya, wanita tidaklah digalakkan untuk ke masjid, namun memandangkan ganjaran pahala 100,000 kali ganda, maka peluang tersebut turut dimanfaatkan oleh jemaah wanita. Namun, jemaah wanita perlulah menjaga adab dan tatasusila supaya tidak mengundang fitnah dan memudharatkan diri.
Dalam gambar di bawah, kelihatan seorang ibu muda sedang berbaring di atas lantai kaabah walhal para jemaah sedang sibuk melakukan tawaf. Walaupun tempat 'landing' wanita tersebut agak lapang, tetapi adalah kurang manis berbaring sedemikian di khalayak ramai, lebih-lebih lagi di di hadapan kaabah. Apa pendapat anda?
Ibu muda berbaring sambil bermain dengan anak kecilnya di lantai kaabah
Pandangan lebih dekat
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.