Wednesday, August 18, 2010

Umrah 2010: Jemaah Berebut Gandum dengan Merpati

Assalamau'alaikum wm wbr.

Masjidil Haram (MH) mempunyai daya tarikan atau aura yang sangat kuat. Jemaah yang baru memasuki Kota Makkah, jika terlihat sahaja menara MH dari kejauhan, terasa seperti tidak sabar untuk berada di dalamnya. Selain manusia, binatang seperti kucing dan burung merpati (burung dara - bahasa Indonesia) juga tertarik dengan MH. Jesteru di dataran sebelah luar MH dan kawasan yang berhampiran dengannya, kita pasti akan bertemu dengan kawanan burung merpati.  Di tanah haram, kita dilarang mengganggu / merosak segala jenis tumbuh-tumbuhan dan juga binatang yang ada di dalamnya - termasuklah burung merpati liar tersebut.

Seperti juga di tempat-tempat lain yang terdapat banyak kawanan merpati seperti di Trafalgar Square, London, ramai jemaah suka memberi burung makan. Para penjaja jalanan pula ramai yang menjual makanan burung - just SR1.00 sebungkus. Yang anehnya, di Makkah ini selain daripada merpati yang teruja dengan makan percuma tersebut, manusia pun turut teruja mengutip biji-biji gandum yang dilemparkan oleh para jemaah.  Maka kita akan dapat menyaksikan adengan manusia berebut gandum dengan merpati. Sedih, sungguh sedih - sebab sanggup seorang jemaah menurunkan tarafnya daripada seorang manusia kepada sekadar seekor burung dara. Apa sudah jadi? Ya, dunia telah terbalik. Nasib baik burung merpati tersebut tidak terfikir untuk menaik taraf menjadi manusia pulak. Kalau ini terjadi maka akan ramailah para kontraktor berjinak-jinak dengan burung merpati untuk mendapatkan projek naik taraf jalan tersebut. Maka peribahasa Melayu "jinak-jinak merpati" bertukar kepada "jinak-jinak kontraktor". Hehehe, gurau saja ni. Jangan terasa dan jangan mare arr!

Tetapi ..., kita perlu ingat bahawa berebut makanan dengan burung merpati di tanah haram bermakna kita telah mengambil hak burung tersebut sebab orang yang tabur makanan berniat untuk beri burung makan bukan untuk dipungut oleh manusia. Jadi ini bermakna kita telah mengganggu burung di tanah haram. Apatah lagi jika burung-burung tersebut terperanjat dan tercabut bulu-bulunya. Jadi tidak pasal-pasal kita dikenakan DAM. Kenapa ada jemaah pungut biji-biji gandum tersebut? Ini merupakan soalan penyelidkan bagi sesiapa yang berminat untuk membuat kajian lanjutan. Dipersilakan.

Kawanan Merpati dan Penjual Makanan Burung

Jemaah dan Kawanan Merpati

Kawanan Merpati dan Pemungut Gandum
Sanggup tinggalkan kerusi roda untuk berebut gandum dengan merpati

Pemungut Gandum dan Kawanan Merpati

Penjual Makanan Burung Dengan Fesyen Rambut Terbaru

4 comments:

  1. salam, tuan haji,
    ada banyak burung merpati atau burung2 lain tu, ada ke kes dimana mereka yang bertawaf terpijak atau terkena taik burung itu dari atas kat kepala ke atau pakaian?
    kena balik bilik tukar pakaian ke...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan haji..
    Cerita pasal burung ni.. tiap hari sembahyang subuh untuk ke MH saya akan lalu di bawah pokok yang banyak burung berkicauan di atasnya di jalan Ajyad. Tiap hari lalu ok je..tapi satu pagi hati ni tergerak berkata kalaulah burung ni berak.. eh berak sungguh kena pada telekong sembahyang..Allah makbul kata hati saya. Apa lagi baliklah dah kena najis...he.he.

    ReplyDelete
  3. Salam anonymous,

    Allah Maha Kaya! Jika Allah menghendaki kebaikan kepada kita, maka dijauhi-Nya kita dari perkara-perkara yang buruk, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Salam noraini.

    Pernah saya diberitahu oleh seorang Ustaz yang selalu memimpin jemaah umrah setiap tahun, satu hari ada seorang jemaah bertanya, burung-burung yang berterbangan di atas Masjidil Haram tidak berakkan ke orang yang berada di bawah? Apabila dia masuk Masjidil Haram dan berada di dataran kaabah (kawasan yang terbuka), tiba-tiba kepalanya terkena tahi burung, bukan sedikit - banyak. Orang lain tidak kena, dia seorang sahaja yang kena. Memang benar Allah makbul apa yang terdetik di hati bila berada di tanah suci.

    Jadi kalau sudah tercakap apa nak buat? Banyakkan istighfar kepada Allah SWT dan berdoa agar Allah memberi yang terbaik kepada kita dan memudahkan urusan kita apabila berada di sana.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.