Monday, August 9, 2010

Umrah 2010: Hantar Dobi atau Basuh Sendiri?

Assalamu'alaikum wm wbr.

Ketika berada di tanah suci selama 10-14 hari (jika melakukan umrah) atau lebih 40 hari (jika melakukan haji) maka sudah tentu pakaian yang kotor atau yang telah berbau perlu dibasuh.  Di sini kita ada dua pilihan iaitu sama ada menghantar pakaian yang kotor  tadi ke kedai dobi (memang banyak terdapat di Makkah atau Madinah) atau membasuhnya sendiri. Jika kita basuh sendiri pakaian tadi, persoalannya ialah di mana hendak gantung / ampai / sidai (bahasa daerah saya) baju yang basah tersebut? Luckily, kebanyakan bumbung hotel atau rumah kediaman di Makkah atau Madinah adalah flat. Di bumbung tersebut kita boleh rentangkan tali (kena beli SR2.00 - SR5.00) dan ampai atau sidai baju kat situ. Nanti dalam masa 30 minit hingga 1 jam, keringlah pakaian tersebut sebab di sana memang panas terik (suhu mencecah 40-45 darjah celcius) di bantu pula oleh angin yang kuat (al maklum, tingkat atas hotel).  Selain jemur di bumbung hotel, ada juga jemaah jemur pakaian di tingkap bilik (lihat gambar di bawah).

Jika malas basuh sendiri bolehlah hantar pakaian ke kedai dobi. Saya dah lupa harga sebenar yang mereka kenakan, tetapi setelah dua kali hantar ke kedai dobi saya kena bayar lebih dari SR90.00 (kesian poket aku). Akhirnya terpaksalah saya merajinkan diri untuk basuh sendiri pakaian (sebenarnya tidaklah kotor sangat - kita bukannya pergi ke pasar atau ke bendang).

Harga dobi lebih kurang seperti berikut:

Jubah: SR 6.00
Kain Ihram: SR 8.00
T-Shirt SR 3.00
Seluar panjang SR 4.00
Seluar Dalam: SR 2.00
Kemeja SR 3.00
Kain sarung SR 4.00

Perkhidmatan dobi agak mahal sebab harga air mahal (agaknya ler)

Tempat Menjemur Baju Di Hotel Abeer Garden

Ini Pakaian Siapa?

Dua foto di bawah ini sengaja saya susun terbalik, sekali sekala kita perlu exercise leher Hehehe.


O.K Ini Gambar Asal

Dua foto di atas ialah tempat menjemur baju di Hotel Janadiriah.
Gambar diambil pada 12 Dec, 2007

Seluar Dalam Digantung Di Tingkap.
Tersilap Pandang Macam Sarang Burung Tempua

3 comments:

  1. Salam Haji Saad,

    Tk berkongsi cerita, tahun 2008 masa pertama kali saya buat umrah , semua pemandangan Little Bangladesh saya nampak, masa tu saya belum bukak blog so tak byk amik gambar kecuali di MH dan MN. Rindu dengan semua suasana tersebut.....paling rindu waktu pagi semasa keluar hotel nak solat Subuh....ramainya jemaah ketika itu. Yang saya tak boleh lupa setiap waktu Subuh dapat solat depan Kaabah, boleh pilih samada nak dekat atau jauh. Syukur sgt pada ketika itu. Allah sentiasa mendengar doa saya.Amin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillha,

    Syukur kepada yang maha asa.

    ReplyDelete
  3. sy disana basuh sendiri, kecuali jubah, dlm bilik hotel udah jadi tempat sidai baju, balik solat, kain dah kering

    dobi jubah, kosnya SR 10.00, Bangladesah pekerja hotel dtg ketuk pintu ambil, udah 2-3 kali dobi, dia caj lain lak, RM 10.00 satu jubah (sbb duit Malaysia lagi mahal / pandai dia pun)

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.