Ramai tidak menyedari di Hijrah Street iaitu berhampiran dengan kompleks Hilton dan Zam-Zam Tower terdapat beberapa batang pokok kurma. Pada pertengahan Mei 2010 yang lalu, pokok-pokok kurma tersebut mengeluarkan beberapa biji buah tetapi masih muda. Saya kira sekarang ia sudah masak. Bila diperhatikan, ada beberapa ekor burung merpati asyik bertenggek di dahan-dahan kurma tersebut. Setahu saya kurma bukanlah makanan burung merpati, lebih-lebih lagi di Makkah ini ramai jemaah menabur makanan burung seperti sekoi dan gandum di atas jalan raya, jadi burung-burung tersebut tidak keputusan bekalan makanan. Bila di amat-amati, rupa-rupanya mereka membuat sarang dicelah-celah dahan kurma tersebut. So mungkin ada anak atau telur-telur yang perlu diawasi.
Apa yang difikirkan oleh merpati empat sejoli ini?
Mungkin mereka sedang pakat-pakat hendak makan kurma di atas tu.
Rupa-rupanya dicelah-celah dahan pokok kurma ini adalah sarang-sarang mereka.
salam Ramadhan tn hj..
ReplyDeletebila tengok gambar2 tu terkenang ummi kembali, pada perjalanan ibadah tempohari , sentiasa melewati jalan2 tu...
Salam UH,
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga imbauan kenangan akan menguatkan tekad atau azam UH untuk ke sana beberapa kali lagi, insyaAllah.