Makkah, Isnin 17 Mei 2010
Abeer Garden Hotel tempat saya menginap di Makkah kalau tersilap baca bunyinya jadi A Beer Garden Hotel. Haa, haru biru jadinya. Andalusia patut suggests kat pemilik hotel agar mereka tukar nama kepada Andalusia Hotel ke, Sa'adi Hotel ke, Bangladeshi ke barulah tidak mengelirukan. Oleh kerana telah tersentuh tentang Bangladesh, sukacita dinyatakan bahawa kawasan tempat saya tinggal ini bolehlah diberi jolokan "Little Bangladesh" atau "Bangla Town" sebab di sini ramai orang Bangla berkampung dan berniaga. Kiri, kanan, depan, belakang, semua kedai bangla. Go ahead, go stern, jumpa bangla. Go up, go down (naik lif, turun lif), jumpa bangla. Pendek kata, semua bangla. Jadi memang tepat jika kawasan ini digelar Little Bangladesh.
Kiri: Dua Orang Jejaka Bangla. Bag yang tersangkut itu MSH - Mohd Saad Hamid
Kanan: Kedai Bangla
Orang Bangla
Signboard Restauran Asia
Signboard Restauran Chittagong
Lagi Orang Bangla
Signboard Dhakka Hotel
Kedai Gunting Dhaka
Remaja Bangla Sedang Lepak
Atas: Orang Bangla dan Burung Merpati
Bawah: Kucing Orang Bangla
Hari ini, atas cadangan Haji Arshad, saya makan tengahari di Restauran Chittagong. Pada mulanya saya pesan kari kaki kambing, tetapi oleh kerana kari kaki kambing hanya dihidangkan pada waktu pagi sahaja, maka saya pesan kari kambing. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Haji Arshad, memang umph. Saya perhatikan, restauran ini menghidangkan nasi tambah percuma. Begitu juga dengan sayur - boleh tambah percuma, tetapi dihidangkan dalam bekas jug plastik. Nasi dibubuh membumbung tingginya. Kari kambing dihidangkan semangkuk besar - boleh makan tiga orang. Kesemuanya hanya SR12.00 sahaja (dengan tambahan satu mangkuk lauk). Memang berbaloi dan ada uummmph!
Juruwang yang peramah
Kari Kambing+Sayur Campur+Sayur+Nasi Putih
+Nasi Tambah (percuma)+Sayur Tambah (percuma)+Air Mineral+Kari Kambing Tambah
= SR12.00 sahaja
Sila makan tuan, jangan malu-malu
Kat Makkah pun ada Bangladesh. merata tempat dia orang ada
ReplyDeleteSalam mansor
ReplyDeleteMemang ramai orang Bangla di sana, kebanyakkannya bekerja dengan syarikat Bin Ladin sebagai pekerja am di Masjidil Haram dan Bandaraya Makkah. Gaji sekitar SR500.00 sebulan. Tetapi ramai juga yang berniaga.
Ini lagu Khas Untuk Abang Bangla
(Ubahsuai Lagu Abang Beca)
Abang Bangla, abang Bangla di Tanah Haram,
Sapu lantai, sapu jalan untuk mencari makan,
Putar putar, putar putar tangan berbakti,
Semoga jemaah solat dan tawaf senang hati.
Dari pagi hingga matahari terbenam,
Dataran kaabah, tempat saie, tingkat satu, tingkat dua,
Hujan panas tiada menentanginya,
Abang Bangla, abang Bangla, abang Bangla-la-la-la-la!