Monday, April 26, 2010

Panduan Umrah – 29 – Bacaan Semasa Sai'e

Assalamu'alikum wm wbr.


Sama seperti waktu melakukan tawaf, tidak ada bacaan khusus ketika melakukan sai'ie antara Safa dan Marwah.  Para jemaah bolehlah mengatur zikir atau doa seperti semasa bertawaf atau membaca doa yang terdapat dalam buku panduan Tabung Haji.

Jika saya berkesempatan melakukan umrah atau haji sekali lagi, saya bercadang untuk membaca al-Quran sebab jarak antara Safa dan Marwah agak jauh iaitu lebih kurang 420 meter. Jika kita membaca al-Quran, mungkin sempat baca setengah juzu' atau satu juzu'.

Perlu ditegaskan di sini bahawa tidak ada sai'e sunat.  Namun dalam gambar di atas kita boleh lihat orang yang berpakaian biasa berjalan bersama-sama dengan orang yang sedang bers'ie. Jalan yang terbaik di sini ialah bersangka baik. Mungkin mereka sedang menemani isteri bersai'e atau menemani kawan.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Haji,

    Saya ingin bertanya mengenai saie umrah. Ketika perjalan dari Safa ke Marwah, berhenti di pertengahan untuk menunaikan solat fardhu bersama imam Masjidil Haram. setelah selesai solat, meneruskan perjalan ke Marwah. Adakah sah saie tersebut dikira sebagai satu pusingan saie ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Elok berpatah balik beberapa langkah ke belakang sebelum meneruskan saie.

      Delete
    2. Assalamualaikum Tuah Haji,

      Terima kasih di atas pandangan yg diberikan pihak tuan. Apa yang saya faham drpd jawapan tersebut adalah sah saie tersebut, kan Tuan Haji..? Dan eloklah berpatah balik beberapa langkah sebelum menyambung perjalan ker Marwah.

      Sekian, terima kasih.

      Delete
  2. Assalamualikum Tuan Haji, saya agak keliru bagi kiran satu pusingan sai'e. Ada yang menyatakan dari safa ke Marwah di kira satu kali dan ada yang menyatakan dari safa ke marawah dan balik ke safa di kira satu kali. Mana yang betul tuan Haji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Kita mula saie daripada safa ke marwah (1 pusingan), kemudian daripada marwah ke safa (satu pusingan). Kiraan sai'e adalah seperti berikut:

      Pusingan pertama: safa ke marwah
      Pusingan kedua : marwah ke safa
      Pusingan ketiga : safa ke marwah
      Pusingan keempat: marwah ke safa
      Pusingan kelima : safa ke marwah
      Pusingan keenam : marwah ke safa
      Pusingan ketujuh: safa ke marwah

      Jadi: Saie dimulakan di SAFA dan akan tamat di Marwah.
      Kenapa kita buat macam itu? SEBAB NABI BUAT MACAM ITU, Jangan tambah-tambah atau kurangkan.

      Wasalam


      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.