Monday, April 26, 2010

Panduan Umrah – 28 – Sunat-Sunat Semasa Sai'e

Assalamu'alaikum wm wbr.

Entri kali ini ialah mengenai sunat-sunat samasa mengerjakan saie.

Di Bukit Safa
Lampu Hijau di Masaa

Di Bukit Marwah

Sunat-Sunat Sai'e ialah:

1.   Keluar ke tempat Sai'e melalui pintu Safa – terletak berdekatan dengan lampu hijau dalam bangunan masjid yang berbumbung, yang bersetentangan dengan hajar aswad, yang merupakan garis permulaan tawaf.

2.   Menaiki hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit safa sambil membaca:
  
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم



Kawasan Berbatu di Bukit Safa Telah Di Tutup Dengan Kaca

3.   Menghadap kaabah dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir   الله أكبر الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد   di safa dan Marwah.

4.   Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda lampu hijau – seperti pada gambar di atas, sambil membaca:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ

5. Menaiki hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit marwah – sekarang ini kawasan batu-batu di bukit Marwah iaitu selepas pembesaran oleh pihak Saudi adalah batu replika sahaja – sambil membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم

5.   Muwalat (berturut-turut).

6.   Suci dari hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk).

7.   Berjalan kaki.

8.   Berdoa atau berzikir atau membaca al-Quran semasa melakukan sai'e.

4 comments:

  1. saya rasa terharu melihat gambar2 yang dipaparkan...terkenang saat di sana...ingin ku kembali ke rumahMu ya Allah...amin

    ReplyDelete
  2. Salam noradura,

    Alhamdulillah, semoga hasrat puan/cik dimakbulkan oleh Allah SWT. Memang ingatan untuk ke sana sentiasa menggamit sesiapa yang pernah ke Baitullah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ustaz,
    dalam buku panduan tabung haji mengatakan sunat utk beridtibak pada kesemua pusingan Saie. btolkah?

    wassalam.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam anonymous.

    Mungkin buku panduan yang terbaru dari TH kot, nanti saya semak. Dalam buku panduan TH yang lama, tidak dinyatakan pulak. Dalam buku panduan Ust Daud Che' Ngah, Andalusia Travel pun tak ada mention. Dan saya dah semak panduan Haji Imam Nawawi, juga tak ada mention sunat berittiba' semasa saie.

    Selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.