Saturday, April 10, 2010

Panduan Umrah – 09 – Konsep Ikhlas Menurut Islam

Assalamu'alaikum wm wbr.

Para pembaca yang budiman.  Entri kali ini membicarakan konsep ikhlas yang saya kira menjadi teras penentu kepada segala amalan kita – iaitu sama ada amalan kita diterima atau ditolak oleh Allah s.w.t.  Kesemua apa yang saya tulis ini saya kutip daripada buku tulisan Dr. Yusuf al-Qardhawi berjudul "Konsep Niat dan Ikhlas menurut Islam."  Dalam entri ini saya hanya petik isi-isi penting sahaja bagi menjimatkan masa dan ruang.

Kata-kata hikmah:










Katakanlah: Sesungguhnya solatku, manasik ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekelian alam. Tiada sekutu baginya, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah). Al-An'am 162-163





Al-Baiyinah: 5

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.

Dr. Yusuf Qardhawi menulis:

Allah tidak menerima satu amal pun tanpa disertai keikhlasan.  Keikhlasan tidak sempurna kecuali disertai niat yang tulus, semata kerana Allah, terlepas dari noda dan kecenderungan peribadi mahupun duniawi. Dengan kata lain manusia harus melepaskan kata hatinya, yang bererti harus bergantung kepada Rabbnya.

Makna Ikhlas

Maksud ikhlas di sini ialah seseorang itu hanya menghendaki keredaan Allah semata-mata bagi sesuatu amal yang dilakukannya. Tidak ada maksud yang lain untuk melakukan sesuatu amal kecuali kerana Allah dan demi hari akhirat.Tidak ada noda mencampuri sesuatu amal, seperti kecenderungan kepada dunia, untuk kepentingan diri, kerana kedudukan, harta benda, supaya dihormati oleh orang ramai, tidak ingin dicela, kesombongan yang terselubung, atau kerana alasan-alasan lain yang tidak terpuji – yang intinya menghendaki sesuatu selain daripada Allah.  Landasan amalan yang ikhlas ialah memurnikan niat kerana Allah semata-mata.

Ikhlas dengan pengertian sebegini merupakan salah satu daripada buah tauhid yang murni iaitu menunggalkan ibadah dan isti'anah (memeohon pertolongan) kepada Allah, seperti yang terungkap dalam firman Allah dalam surah al-Fatihah: "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."

Pengajaran yang diperolehi:

1.  Ikhlas bermaksud hanya menghendaki keredaan Allah semata-mata dalam setiap amalan
2.  Ikhlas juga bermaksud murni – iaitu tidak bercampur aduk dengan perkara-perkara lain – seperti dalam surah al-Ikhlas: "Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"

 ... bersambung



6 comments:

  1. Salam haji,
    alhamdullah ilmu yg pentng di kongsi bersama.
    kita juga mahu cek balik niat kita. ikhlas dalam segala urusan penting kerana ia hanya la semata-mata kerana keredoaan Allah s.w.t.

    InsyaAllah sedekahkan al-Fatihan dan doakan arwah ayah saya yg telah kerahmatullah pada isnin lepas 05/04/2010.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. salam tn hj.

    Alhamdulillah N3 ni telah mberi nafas dan kekuatan pd ummi,bagi mdidik hati ini mjadi ikhlas se ikhlas2nya untuk mjalani ibadah di sana nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam MI.

    Terima kasih kerana sokongan tuan. Inna lillahi wa inna ilaihi rajioun. Al-Fatihah untuk arwah ayah tuan. Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang solihin. Harap tuan bersabar dan redha di atas ketentuan-Nya.

    ReplyDelete
  4. Salam ummi.

    Samalah seperti saya. Saya menulis untuk peringatan diri saya. Nyaris tersasar. Nanti saya akan cerita dalam N3 yang akan datang.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Pakcik
    boleh kan panggil pakcik, rasa lebih dekat :)

    As jenguk2 blog pakcik dalam preparation nak ke sana ramadhan nanti inshaAllah. Moga rahmat Allah buat pakcik.

    p/s: entry umrah ni semua boleh buat buku ni sebab garapan yang menarik, sentuhan secara menyeluruh dan coretan ayat yang menyentuh jiwa. pastinya dari hati yang telah kemudiannya jatuh ke hati2 kami :) Barakallah!

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam As,

    Boleh, boleh, As boleh panggil saya pakcik - umur saya menjangkau 57 tahun.

    Alhamdulillah, pakcik doakan semoga Allah SWT memudahkan segala urusan As di Haramain (dua tanah haram - Makkah dan Madinah) dan semoga mendapat umrah yang maqbul.

    Selamat memburu keredhaan Allah di bulan Ramadan yang barakah di haramain. Juga selamat memburu lailatul qadar. Amin, ya Rab al-'alamin. Menitis air mata pakcik bila membayangkan para jemaah melakukan ibadah di Masjidil Haram di bulan yang penuh barakah tersebut.

    Nasihat pakcik, buatlah suatu senarai Things to do utk kita lakukan semasa berada di sana dan set target contoh: Nak khatam al-Qur'an dsb.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.