Tuesday, May 4, 2010

Panduan Umrah – 30 – Tempat Mustajab Berdoa di Masjidil Haram

Assalamu'alaikum wm wbr.

Agak lama saya tidak update entri di sini, almaklum sekarang sangat sibuk sebab peperiksaan akhir semester sedang berlangsung. Namun hari ini saya cari kesempatan untuk menulis suatu entri yang tidak kurang penting bagi para jemaah di Masjidil Haram iaitu tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa.

Alhamdulillah, apabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram, sama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah.  Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di surau atau di rumah, mengangkat tangan menghadap kiblat memohon rahmat dan kurnia Ilahi.  Kini semasa di Masjidil Haram, kita berada di hadapan kaabah. MasyaAllah, alangkah beruntungnya tetamu Allah yang berada sangat hampir dengan kaabah sebab di sana terdapat beberapa tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa.

Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:

1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).


Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan daripada api neraka.

Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.

2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.



3.  Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita.  Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat.  Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.


Masa berdoa di sini ialah pada bila-bila masa sahaja. Usahakan berdoa di sini pada waktu jemaah kurang sesak (agak lapang) iaitu di sekitar jam 10.00 pagi atau 2.00 petang. Di sini disarankan kita berdoa agar Allah s.w.t. melimpahkan ilmu kepada kita. Agar kita mudah menerima ilmu yang bermanfaat. Adalah sangat elok jika sebelum berdoa kita minum air zam-zam dan selepas itu berdoa seperti yang dilakukan oleh Ibnu Abbas.

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

4.  Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.


5.  2 meter sebelum rukun Yamani – bertentangan dengan multazam dipanggil Mustajaru ajair. Di sini juga mustajab untuk berdoa. Di sini kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Antara doa yang baik di sini ialah agar orang yang berhutang kepada kita membayar hutang.

Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.


 6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa.  Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.

7.  Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.

8.  Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.

Ceramik Warna Coklat Di Syazarwan
Tempat Jibrail Mengajar Nabi SAW Solat Selepas Peristiwa Isra' dan Mi'raj
- Wallahuaklam

9. Tempat asal makam Irahim (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari  tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).

 Alhamdulillah, semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada para jemaah. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala salah dan silap itu adalah kelemahan saya sendiri. Adalah diharapkan agar para pembaca dapat membetulkan mana-mana fakta yang tidak tepat dalam entri ini. Maklumat entri ini saya kutip dari ceramah kursus umrah anjuran Andalusia Cawangan Melaka.



Bagaimana pula Tempat-Tempat Mustajab Doa Di Masjid Nabawi? Sila klik DI SINI.



59 comments:

  1. ada satu tempat lepas pintu kabah...ada satu batu mempunyai tapak tangan serta tapak kaki Rasulullah...wangi...masa saya umra..seorang polis arab kata cium dan doa...boleh saya tahu sejarahnya

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..sgt berinfo n3 ni..terima kasih..alhamdulillah byk gk tpt mustajab doa yg sy berkesempatan berdoa di situ..cuma di multazam tdk dpt melekap di Kaabah krna org ramai sgt..sy cuma amik tpt selari dihadapannya dan dptla solat fardhu di situ slalu..

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam suziey

    Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi berziarah ke sini.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...trime kasih atas sgala ilmu yg anda share..alhamdulillah..stelah baca blog anda...sy dpt beberapa ilmu baru dr blog anda..
    Shukran Jazilan....

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam Meorfez

    Alhamdulillah, yang baik itu dari Allah S.W.T. dan segala kekurangan adalah dari saya yang serba dhaif ini. Semoga sama-sama kita menfaatkan.

    Ya Allah berkatilah semua pengunjung blog "Hidup Biar Allah Sayang" ini. Sayangi kami semua ya Allah. Limpahkanlah rahmatNu ke atas kami sekelian dan jauhilah kami daripada api neraka. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Amin ya Rab al 'Alamin.

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum, Terima kasih atas segala saranan, nasihat &tunjukajar dlm blok ini. Sangat berguna dan insyaallah saya manafaatkan.Saya berada dibumi Mekah ini selama 4 bulan atas urusan perkhidmatan tren Metro Mekah.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para pengunjung. Segala yang baik itu adalah dari Allah SWT, dan yang silap dan salah adalah kelemahan saya sendiri.

    Beruntung tuan berada di sana selama 4 bulan - untuk urusan pengangkutan jemaah ke Arafah, Mudzalifah dan Mina saya kira. Alhamdulillah, besar ganjaran memberi perkhidmatan kepada para Hujjaj. MaasyaaAllah, Tabarakallah.

    ReplyDelete
  8. Salam Syah,

    Usahakan supaya dapat berdoa di tempat-tempat yang mustajawab tersebut. Lakukan dengan ikhlas dan khusyuk. Masa nak ketempat tsbt jangan berebut-rebut atau menyakiti orang lain seperti tersiku atau terlanggar jemaah lain. InsyaAllah, cepat maqbul-Nya.

    ReplyDelete
  9. Insya Allah akan ke sana pada tahun ini. Minta izin untuk share di blog saya sebagai pedoman saya juga

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum wbt Erani Zuhran

    Silakan, alhamdulillah.

    Wasalam

    ReplyDelete
  11. Salam tuan haji,

    Jika tidak keberatan minta dikemaskini panduan umrah terutama tawaf dan saei memandangkan insyaAllah saya akan mengerjakan umrah pada 25.05.2012.

    Syukran.
    hashim62msia.com

    ReplyDelete
  12. Salam tuan haji,

    Terima kasih di atas maklumat yg dikongsikan di sini...

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikum salam hashim

    Alhamdulillah, tahniah kerana telah mendapat jemputan Allah SWT untuk menunaikan umrah. Semoga tuan mendapat umrah yang maqbullah, amin,

    Panduan tawaf dan saie telah ada entrinya dalam blog ini. Tuan perlu scroll arkib entri di sebelah kanan.

    Panduan tawaf:

    http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-21-sunat-sunat-semasa.html

    http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-26-adab-sewaktu-tawaf.html

    Panduan saie:
    http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-28-sunat-sunat-semasa.html

    http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-29-bacaan-semasa-saie.html

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikum salam Anonymous,

    Terima kasih, alhamdulillah.

    Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  15. mohon share dengan jemaah lain

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum wbt mimi

    Ya, silakan mimi, silakan. Alhamdulillah.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum..
    terima kasih..tuan haji.
    kerana berkongsi pengalaman dan panduan menunaikan umrah. InsyaALLAH sy akan menunaikan umrah tak lama lagi.

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikum salam sabri.

    Alhamdulillah, semoga tuan sekeluarga sentiasa mendapat limpah kurnia dan kasih sayang Allah SWT.

    Selamat menunaikan umrah dan selamat kembali ke tanah air. Semoga mendapat umrah yang maqbul. Amin.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Insya Allah akan ke sana pada tahun ini. Minta izin pedoman ini utk dishare bersama rakan2.

    ReplyDelete
  20. Assalamu'alaikum wbt anonymous

    Ya tuan/puan dipersilakan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Terima kasih di atas maklumat yg dikongsikan di sini. Saya mohon keizinan Tuan Haji untuk kongsikan link entri ini di blog. Semoga Allah memberkati usaha Tuan Haji.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  22. Wa'alaikum salam Nur-nba

    Silakan, Alhamdulillah.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  23. Sangat bermanafaat pada bakal peserta umrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

      Delete
  24. Assalamualaikum Tuan :

    Terima kasih di atas segala ilmu yang dikongsikan di blog ini, ternyata semuanya bermanafaat dan InsyAllah membantu saudara2 sesama Islam memperbaiki ibadat umrah/haji. Semuga Allah melimpahi Tuan dengan syurga Firdaus buat selama2nya, Ameen Yarabalaalameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, Amin, amin, Ya Rabbal 'alamin.

      Delete
  25. Assalamualaikum,
    Terima kasih di atas usaha tuan memasukkan gambar semasa wukuf di Arafah. Sekurang-kurangnya saya dapat gambaran keadaan dan suasana semasa di Arafah dan Mina. Saya telah download gambar tersebut dan akan tunjuk kepada isteri dan rakan-rakan yang insyallah akan menunaikan haji pada tahun ini.
    Terima kasih, sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Sama-sama, alhamdulillah.

      Saya doakan agar tuan, isteri, dan rakan-rakan tuan mendapat haji yang mabrur. Amin.

      Delete
  26. asslamualaikum...
    terima kasih di atas semua infomarsi [sangat jelas & senang faham]... doakan kami dipermudahkan disana, amin... fly 11 feb 13... tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, semoga tuan/puan ahli rombongan selamat menunaikan ibadat umrah dan semoga mendapat umrah yang maqbul.

      Perbanyakkanlah istighfar dan taubat sebelum berangkat serta banyakkan berdoa agar Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada tuan/puan sekeluarga. Amin.

      Delete
  27. Assalamualaikum,saya sangat berbesar hati di atas info yang diberikan. semoga ia menjadi panduan pada saya yang kurang ilmu ini. insyaalah semoga tuhan memberkati kepada saudara.Amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Amin, amin, Ya rab al 'alamin.

      Terima kasih kerana sudi mendoakan saya. Amin. Semoga maklumat-maklumat tersebut dapat membantu tuan melaksanakan umrah dengan sempurna dan semoga mendapat umrah yang maqbul. Amin

      Delete
  28. Assalamualaikum, insyaalah sekiranya allah menjemput saya kali kedua kerumahnya. Saya akan memohon doa di tempat2 tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      InsyaAllah semoga tuan dapat melaksankan umrah bukan hanya kali kedua, malah untuk sekian kalinya. Amin.

      Delete
  29. Sy diberitahu ada bbapa lg tempat mustajab berdoa yg ada di masjidi haram.
    * Tempat saei
    * Tempat mula Nabi mikraj
    * Tempat berhenti Nabi berdoa setiap kali masuk dan keluar dr masjidil haram
    * Tempat Nabi menerima wahyu
    * Tiang jin dari Yaman

    ReplyDelete
  30. Assalammualaikum,
    terima kasih di atas perkongsian penglaman dan ilmu. semoga menjadi panduan kepada saya yang akan menunaikan ibadah umrah pada 10-21 mac ini. semoga segala ibadah dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Selamat berangkat menunaikan umrah dan semoga mendapat umrah yang maqbul, amin.

      Delete
  31. Saya berhajat ke umrah pada masa terdekat ini adalah ingin beribadat dan mendapat petunjuk daripada ALLAH S.W.T atas masalah kebuntuan kehidupan rumahtangga yang telah berlaku...segalanya saya serahkan kepada Allah setelah usaha yang telah saya lakukan sebelum ini menunjukkan tiada perubahan yang positif daripada pasangan saya. Jadi saya mengajak suami pergi umrah dan beliau bersetuju. tetapi sehingga kini beliau belum berubah untuk mempertahankan rumahtangga masih dengan sikap ego...saya sangat2 berharap semoga di sana saya dan beliau mendapat petunjuk dan pintu hidayah terbuka seluasnya. Tidak sabarnya rasa ingin menjejak kaki ke rumah ALLAH...mohon doakan semoga perjalanan umrah saya dipermudahkan...Segala kebuntuan dan permasalahan akan terjawab di sana..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Saya bersimpati atas masalah yang puan hadapi. Justeru sekiranya puan dapat menunaikan umrah seperti yang dihajatkan maka berdoalah bersungguh-sungguh agar rumahtangga puan kembali aman damai dsb. Perbanyakkanlah beristighfar serta memohon ampun dan taubat kepada Allah SWT dan mohonlah agar Allah melembutkan hati suami puan.

      Saya doakan agar Allah permudahkan urusan puan untuk melakukan umrah dan semoga mendapat umrah yang maqbul, amin.

      Delete
  32. Alhamdulillah...jutaan terima kasih atas ilmu nya. dp damia hjh brunei

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum ustaz

    Boleh dapat rujukan sebagai tambahan bacaan cara-cara berdoa yang pegang kaabah tu. Bimbang juga kalau silap2 xbetul niat hati berasa kaabah yg dilebihkan akan jadi syirik. Terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Kita berdoa kepada Allah SWT. Tak pegang kaabah pun tak apa. Semasa di masjidil haram berdoa di mana-mana pun boleh. Berdetik dalam hati pun sudah dikira doa. Yang penting ialah keikhlasan dan diiringi dengan perasaan takut dan mengharap (doa dengan penuh khusyuk dan faham makna apa yang kita doakan).

      Delete
  34. Salamualaikum tuan hj,

    Info yang amat berguna dari tuan hj. saya memohon dan meminta keizinan dari tuan hj untuk copy paste info mengenai tempat tempat mustajab doa di masjidil haram dan masjid al-nabawi, untuk saya refer balik bila bila saya perlukan. dan share info ini kepada keluarga terdekat.

    Semoga membalas jasa tuan hj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya silakan, dan harap dapat dipanjang-panjangkan. Semoga sama-sama dapat manfaat. Amin

      Delete
  35. tuan haji,
    terima kasih atas panduan yang jelas mengenai tempat2 mustajab doa.ia sangat berguna utk org2 yang belum sampai ke sana lagi.mohon copy n paste tuan haji..

    ReplyDelete
  36. salam minta share maklumat untuk renungan sebelum mengerjakan umrah march 2014. Tolong izinkan saya

    ReplyDelete
  37. mohon share untuk panduan umrah april 2014

    ReplyDelete
  38. Alhamdulillah...panduan yang sangat berguna saya kira kepada bakal jemaah haji dan umrah. Syukran jazilan...semoga dilimpahkan kurniaNya keatas tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, Ya Rab al-'alamin. Alhamdulillah.

      Delete
  39. Labbaikallahumma labbaik
    Labbaikalaa syarii kalaka-labbaik
    Innal hamda
    Wanniqmata
    Lakawal mulk
    Laa syarii kalak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya sendiri teruja dan bersemangat apabila membaca talbiyah ini. Semoga Allah menjemput lagi kita semua bertamu ke rumahNya. Amin.

      Delete
  40. Assalamualaikum tuan..Terima kasih atas ilmu2 yg tlh dikongsikan dlm blog ini..izinkan sy share info2 yg ade kpd keluarga sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan tuan/puan. Alhamdulillah.

      Delete
  41. Assalamualaikum Tuan Haji. Saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.

    Saya mohon share info2 yang diberikan di blog ini sebagai persediaan dan panduan untuk kami sekeluarga untuk menunaikan umrah pada Disember 2014 nanti. Insya'Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya silakan. Alhamdulillah.

      Delete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.