Saturday, May 29, 2010

Umrah 2010: Senibina Masjid Nabawi

Assalamu'alaikum wm wbr.

Senibina Masjid Nabawi sangat indah dan mengkagumkan sesuai dengan kedudukannya sebagai masjid kedua terbesar di dunia.  Tiada kata-kata yang dapat menerangkan dengan tepat akan keindahan tersebut. Jadi di sini saya paparkan beberapa gambar ukiran tiang, kubah, pintu, dsb. untuk tatapan dan penilaian para pembaca.

1. Kubah bergerak

Terdapat 27 buah kubah yang bergerak (terbuka atau tertutup) bagi tujuan air ventilation. Ukuran kubah ini ialah 18x18 meter dan beratnya ialah 80 ton.  Jika kita bernasib baik, kita dapat melihat pergerakan kubah ini semasa ia terbuka atau tertutup –  iaitu suatu pemandangan yang sangat mengasyikkan yang mana kita akan dapat melihat langit / awan dari dalam masjid.

Kubah Bergerak Dilihat Dari Dalam Masjid

Kubah Bergerak Dilihat Dari Luar Masjid

2. Tiang-Tiang Masjid

Terdapat 2,174 buah tiang di lantai masjid.





Bahagian Hadapan Ialah Had Masjid Zaman Omar al-Khattab
Kawasan Berpayung adalah Kawasan Terbuka Tanpa Bumbung

Ayat-Ayat Suci Al-Quran DiTulis Di Tiang-Tiang Masjid:

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj.
    Saya sangat2 berterimakasih pada Tn Haji kerana gambar2 itu semua dapat mengembalikan kenangan2 ketika berada disana.Muga ALLAH jua yang membalas segala usaha murni Tn Haji.Nampaknya saya menjadi pengunjung tetap blog Tn Haji...terlalu banyak yang dapat dipelajari..gambar2nya begitu indah & jelas

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam puan zainab shariff.

    Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan ulasan. Semoga puan tidak jemu ke sini.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,I-NAI Venture Holdings adalah sebuah syarikat yang berkecimpung dalam industri Seni Bina Islam dan Melayu sejak hampir 22 tahun. Kami mempunyai kepakaran mengukir replika kubah Masjid Nabawi (kubah di dalam masjid). Layari www.inaiventure.com.my untuk info lebih lanjut.
    #buatanmalaysia

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.