Saturday, May 29, 2010

Umrah 2010 Melawat Pasar Kurma

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Selain ladang kurma, pasar kurma juga merupakan tempat favorite bagi jemaah untuk bertandang. Pasar ini sebenarnya sangat dekat dengan Masjid Nabawi dan jemaah boleh berjalan kaki ke sini daripada hotel penginapan.

Terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan berbagai jenis kurma dan manisan di sini. Harganya lebih murah dari ladang kurma.  Di sini, para pelanggan boleh juga memperolehi kurma 'halal' - percuma sekadar untuk mencuba rasanya. Tetapi kalau ada 20 buah gerai, dan pada setiap gerai ambil 2-3 buji kurma 'halal', boleh dapat 1 kilo percuma kurma 'halal'. Hehehe -- cubalah.

Pasar Kurma Sedia Menanti Anda

Gerai 54. Silakan, Pilih Tamar, Pilih Saya Hehehe

Waduh, Semua Bagus Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana Satu Nih
Kak Cik 5 kilo, Abang Ngah 10 kilo, Ju Beri RM100 so kena beli 5 kilo

Kurma Nabi! Kurma Nabi! Mari-Mari Berapa Kilo Mahu?


Opp, Itu Basikal Tada Jual Laa. Itu Mahu Angkat Kurma Jugak

Hehehe Control Hensem Nampak!
Kurma Yang Aku Beli Kat Mu Hari Tu Dah Habis La. Pos la Kat Malaysia


Beli, Beli Kalau Tak Beli Menyesal. Ini Kurma Madinah. Kurma Nabi
Kurma Anbar Ruthob Shukari, Macam-Macam Ada

Video Klip Dari Internet. Pinjam Masuk Kat Sini. Bukan Untuk DiJual

4 comments:

  1. Assallamualaikum tuan,
    Tengok gambar-gambar ni..teringat waktu membeli kurma kat kedai tu...mahal sikit..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam.

    Terima kasih kerana sudi bertandang. Yer lah memang mengasyikkan sehingga Mutawif terpaksa round 2-3 kali untuk ajak jemaah pulang.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan,
    in shaa Allah awal tahun hadapan akan buat Umrah..Nak tanya kurma mana yang patut dibeli? atau ada tips2 untuk beli kurma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Antara kurma yang digemari oleh orang Malaysia ialah kurma ajwah (orang Malaysia panggil kurma Nabi) tetapi kurma ni mahal, 1 kilo = 60~120 Riyal. Kurma ajwah (kurma nabi) orang buat ubat. Kurma yang biasa-biasa harganya 10 Riyal sahaja. Kurma anbar juga sedap dan murah sikit daripada ajwah iaitu dalam 40 Riyal sekilo. Satu lagi kurma yang sedap ialah kurma syukari.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.