Saturday, May 29, 2010

Umrah 2010: Melawat Bukit Uhud

Assalamu'alaikum wm wbr.

Jika kita ingin melihat gunung yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi s.a.w. bersabda Bukit Uhud adalah salah satu dari gunung-gunung yang ada di surga (H.R. Bukhari)


Gunung Uhud mencatitkan sejarah pertembungan di antara kaum muslimin Madinah dengan pihak kuffar Makkah. Ia merupakan peperangan kedua terbesar selepas peperangan Badar. Angkatan perang orang muslimin adalah seramai 700 orang (setelah 300 orang munafik berpatah balik ke Madinah) manakala angkatan perang Quraishi seramai 3000 orang di bawah pimpinan Abu Sufian. Rasulullah s.a.w. menempatkan 50 orang pasukan pemanah di Bukit Rumat bagi melindungi kaum muslimin daripada serangan berkuda musyrikin dari arah belakang. Rasulullah berpesan supaya pasukan pemanah tidak meninggalkan posisi walau apapun yang berlaku kepada tentera muslimin di bawah.


Setelah perang pecah, pasukan Islam telah dapat mengalahkan kaum musyrikin. Pihak Quraishi mula meninggalkan medan tempur dengan meninggalkan bekalan-bekalan di belakang unta. Pasukan muslimin mula berebut harta ghanimah. Melihat keadaan sedemikian, tentera pemanah turun ke bawah meninggalkan puncak bukit untuk turut sama mendapatkan harta ghanimah. Mereka lupa pesanan Nabi s.a.w.


Khalid Al-Walid, yang ketika itu memimpin pasukan berkuda pihak Quraishi melihat situasi tersebut, mengatur semula serangan dari arah belakang melepasi Bukit Rumat yang tidak berjaga. Akhirnya kaum muslimin diserang dari belakang yang menyebabkan arah kemenangan bertukar ke tangan pihak musyrikin. Rasulullah s.a.w. terpaksa berundur dan berlindung di dalam gua di Bukit Uhud. Paman Nabi, Hamzah bin Abu Talib gugur sebagai syahid setelah ditombak oleh Wahsyi iaitu hamba abdi Hendon, isteri Abu Sufian. Badan Hamzah dicincang, perutnya dibelah, dan hatinya dikunyah oleh Hendon. Namun Hendon meludahkan semula hati Hamzah atas kehendak Allah s.w.t. Begitu bencinya Hendon kepada Hamzah kerana Hamzah telah membunuh ayahnya dalam perang Badar. Ada juga mengatakan bahawa Hendon menaruh hati kepada Hamzah, tetapi Hamzah tidak melayannya semasa di Makkah dahulu. Hamzah digelar Penghulu Syuhada' oleh Nabi s.a.w.


Kaum musyrikin berundur setelah mendengar Nabi telah terbunuh. Semangat juang kaum Muslimin telah jatuh serendah-rendahnya. Padahal yang terbunuh ialah Mus'ab Bin Umair yang paras wajahnya persis wajah Rasulullah s.a.w. Mus'ab bertempur melindungi Rasulullah s.a.w. sehingga terkorban. Berita tersebar semula bahawa Nabi masih hidup dan semangat juang kaum muslimin mula kembali seperti sediakala.


Dalam peperang tersebut, gigi Rasulullah s.a.w. patah iaitu antara gigi hadapan dengan gigi taring sebelah kanan bahagian bawah. Wajah dan bibir Rasulullah s.a.w. turut luka akibat terkena lontaran batu oleh Utbah bin Abu Waqash.


Bahagian Bukit Uhud Yang Paling Kiri Yang Boleh DiLihat Dari Masjid Nabawi


Gunung Uhud DiLihat Dari Masjid Nabawi


Bahagian Uhud Yang Paling Kanan DiPandang Dari Bukit Rumat


Bukit Rumat Yang Menempatkan 50 Orang Pasukan Pemanah

Bahagian Tengah Bukit Uhud. Kelihat Di Sebelah Kiri Lubang Gua Yang Menjadi Tempat Berlindung Nabi dan Para Sahabat Semasa Perang Berkecamuk


Maqam Suhada' DiLihat Dari Jabal Rumat


Bergambar Kenang-Kenangan Bersama Ahli Rombongan


Gelagat Peniaga dan Pelanggan.
Peniaga: Ini Gambarnya, Sila Bayar, 10 Rial Sahaja.
Pelanggan: 10 Rial? MasyaAllah, Mahalnya - Tidak Mahu Saya
(Pak, kenapa tadi tidak tanya berapa harganya?)

Pelanggan: Alamak! Mana Nak Cekau Duit Ni. Cekik Darah Betul Arab Ni.


Video Klip Mutawif Kami






Nasyid Uhud


No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.