Thursday, May 6, 2010

Rileks - Kita Dengar Nasyid Dulu

Cucu sulung saya - sedang posing atas kereta bomba

Alif di atas 'aa'
Alif di bawah 'ee'
Alif di depan 'uu'
'aa ee uu'
Ingat pesan ayah ibu
Moga diri kita maju

Alif diatas 'aa'
Ba di atas 'ba'
Ta diatas 'ta'
'aa ba ta'
Rajinlah belajar
Tangga kejayaan dengan usaha
...



Assalamu'alaikum wm wbr.

Blog Hidup Biar Allah Sayang ini diilhamkan dari lagu rasmi PUSAT ASUHAN TUNAS-TUNAS ISLAM (PASTI). Saya terlibat secara langsung dalam mengendalikan sebuah PASTI di Melaka iaitu PASTI ASY-SYIFA'.

Antara aktiviti PASTI ialah mengadakan Majlis Ihtifal setiap hujung tahun sebagai menghargai pencapaian murid sepanjang tahun tersebut. Terdapat banyak acara yang dipersembahkan dan antara acara yang terhangat ialah persembahan nasyid. Jadi di sini sudi-sudilah mendengar salah sebuah nasyid yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar PASTI ASY-SYIFA' pada Ihtifal tahun 2008 berjudul Allah's Creations.

Walaupun persembahan mereka tidak setanding dengan orang dewasa, namun syabas diucapkan ke atas pelajar-pelajar tersebut kerana berani tampil di khalayak ramai mempersembahkan nasyid tanpa gentar dan malu. Alhamdulillah, semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Jom klik kat sini.

3 comments:

  1. Salam haji...selamat malam...apa kabar?semoga sihat hendaknya ya...
    Seronok lihat kanak2 tu. Semoga menjadi anak yang soleh dan soleha...
    Comel cucu haji...sapa namanaya...?

    Selalu juga ana bukak blog haji, tp jarang tingalkan kesan.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Alhamdulillah, saya sihat. Syukur.

    Masa hari guru 16hb Mei nanti, insyaAllah kami akan buat jemput murid-murid tersebut mempersembahkan nasyid.

    MI, nama cucu saya tu Farhah.

    ReplyDelete
  3. Pembetulan komen di atas:

    ... kami akan buat majlis sambutan hari guru, dan insyaAllah akan jemput mereka mempersembahkan nasyid. Mereka tu naib johan nasyid peringkat PASTI Negeri Melaka.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.