Friday, May 28, 2010

Umrah 2010: Tips Untuk Mendapat Tempat Di Raudhah

Assamu'alaikum wm wbr.

Raudhah adalah tempat yang selalu diintai dan diidamkan oleh setiap jemaah di Masjidil Nabawi. Pada musim haji, tempat itu penuh sesak sehingga jemaah terpaksa berdiri berhimpit-himpit untuk tunggu gelaran dapat solat di situ. Pada musim umrah, keadaan kurang sesak tetapi ada kalanya jemaah agak ramai terutama pada hari khamis dan Jumaat sebab ia merupakan hari minggu bagi Arab Saudi. Pekerja-pekerja asing yang tinggal di sekitar Arab Saudi, dan juga penduduk-penduduk tempatan akan berkunjung ke Madinah ataupun ke Makkah. Jadi jemaah agak ramai pada hari Khamis dan Jumaat.  Namun pada hari-hari lain pun jemaah kadang-kadang agak ramai. Jadi saya dapati untuk mendapatkan tempat di Raudhah adalah suatu perjuangan dan memerlukan strategi.

Pada masa ini, Masjid Nabawi dibuka 24 jam bagi jemaah lelaki. Namun selepas pukul 11 malam hanya pintu Babus Salam dan Pintu Baqi' sahaja yang dibuka.  Bagi jemaah wanita, waktu melawat Raudhah adalah terhad, namun pada masa sekarang mereka diperuntukkan 3 slot masa untuk melawat Raudhah berbanding 2 slot pada masa yang lalu. Waktu melawat Raudhah bagi jemaah wanita ialah 7:00 – 10:00 pagi;  1:00 tgh – 3:00ptg; dan Selepas Isya' hingga 10.00 malam.

Luas kawasan Raudhah ialah sekitar 22 meter lebar (dari rumah Nabi ke mimbar) dan 15 meter panjang (Dari mehrab ke belakang). Dari mehrab ke belakang, kawasan Raudhah hanya diliputi oleh 6 baris tiang-tiang yang berwarna putih.

Bagi membolehkan jemaah wanita melawat Raudhah, maka sebaik selesai solat Subuh, Solat Zohor dan Solat Isya', para pekerja akan membuat kepungan dengan dinding kanvas bagi membuat lorong laluan bagi jemaah wanita.  Setelah membuat kepungan, jemaah lelaki akan disuruh keluar daripada kawasan tersebut.  Kepungan tersebut akan dibuka semula 15 minit sebelum masuk waktu zohor, waktu asar dan pada jam 11 malam.

Strategi yang saya gunakan untuk mendapat tempat sama ada di Raudhah atau di pangkin ahli suffah ialah dengan berada di sekitar hujung dinding penghadang tersebut. Sebaik dinding penghadang dibuka, maka cepat-cepat (dengan berlari :D) menuju Raudhah atau pangkin ahli suffah. Tetapi jemaah harus berhati-hati sebab takut berlaku perlanggaran antara satu dengan yang lain yang boleh menyebabkan kecederaan dsb. Tempat favorite saya ialah dipangkin ahli suffah.


Dinding kanvas akan dipasang sebaik sahaja selesai solat subuh, zohor dan isya'


Sedang Menunggu Tali Pengikat Dinding Kanvas DiBuka

11 comments:

  1. terimakasih atas tips ini.. saya berdoa semoga saya mendapat laluan ini satu hari nanti insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum CikSembang,

    Saya turut mendoakan ciksembang agar Allah SWT memperkenankan doa ciksembang. Amin.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Ibnu Mutalib,

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Syukran atas semua maklumat dan pengalaman. Saya jadikan ia panduan dalam pengajaran saya. Semuga segala usaha dan penulisan dalam blog ini menjadi amal jariah yang berpanjangan

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum wbt suyas.

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat kurnia-Nya.

    Semoga bermanfaat, insyaAllah.

    Syukran.

    ReplyDelete
  6. Aslmkum.
    Terima kasih atas semua maklumat berekaitan Raudhah.
    Saya ingin bertanya, semasa ruang tersebut dikepung dengan kanvas bagi kaum wanita masuk, adakah ini bermaksud pada waktu itu kaum lelaki tidak dibenarkan berada di Raudhah ATAU ruang tersebut di bahagi kepada dua bahagian (untuk lelaki dan perempuan) ?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ketika itu Raudah dibahagi kepada 2 bahagian - utk lelaki dan perempuan. Maknanya jemaah lelaki masih boleh masuk raudah di bahagian hadapan. Kawasan raudah untuk jemaah wanita di bahagian belakang.

      Boleh lihat video klip yang saya muatkan di Youtube untuk melihat kawasan raudah dengan lebih detail lagi - tiang menangis, mimbar nabi, mehrab nabi dsb. Rujuk link ini:

      http://www.youtube.com/watch?v=C1FCSbR_izk&feature=plcp

      Delete
  7. assalam.. mngikut pengalaman ust,jk wanita mengandung 7 bln , adakah mbahaya ats dirinya utk cuba msuk ke kwasan raudhah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Kawasan raudah bagi jemaah wanita adalah terhad (kecil). Isteri saya beritahu ketika di sini, orang akan berebut-rebut utk solat dan berdoa, jadi ada yang terhimpit dsb. Justeru adalah agak bahaya wanita yang mengandung cuba masuk ke kawasan raudah.

      Delete
  8. Syukran atas maklumat...kali pertama masuk ke raudhah saya berpeluang solat itupun mutawwif dan ahli kumpulan telah buat kepungan supaya kami boleh solat di raudhah...orang memang sgt ramai..smoga saya diizinkan Allah lagi untuk masuk ke sini..insyaallah

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.