Saturday, May 29, 2010

Umrah 2010: Melawat Masjid Qiblatain

Assalamu'alaikum wm wbr.

Allah s.w.t. berfirman:



Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (Al-Baqarah 144)

Ayat di atas turun kepada Nabi s.a.w. ketika beliau sedang menunaikan solat zohor di tempat ini iaitu di perkampungan Bani Salimah. Maka di tengah solat baginda memalingkan muka menghadap Ka'abah.

Masjid Qiblatain (dua kiblat) terletak di lembah 'Aqiq di Jalan Khalid ibn Walid iaitu lebih kurang 3.5km dari Masjid Nabawi. Bani Salamah ialah antara orang yang paling awal berbai'at kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Aqabah, di Mina.

Masjid Qiblatain



Minbar Masjid Qiblatain

Video Klip Masjid Qiblatain

video

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.