Tuesday, May 25, 2010

Umrah 2010: Tempat-Tempat Mustajab Berdoa Di Masjidil Nabawi

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Semasa di Masjidil Nabawi, sudah semestinya para jemaah akan berebut-rebut untuk mendapatkan ruang solat / berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, terutamanya di Raudhah.  Rasa tidak puas sekiranya tidak dapat solat atau berdoa di Raudhah. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Antara rumahku dan mimbarku adalah termasuk taman syurga dan mimbarku berada di atas telagaku" - Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Berada di Raudhah bererti berada di taman syurga. Solat di Raudah bererti solat di taman syurga. Jesteru itu, Raudhah adalah salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Maka deng:an itu jemaah berpusu-pusu berebut untuk mendapatkan ruang solat di Raudhah.  Di dalam Raudhah sendiri, terdapat beberapa lagi tempat yang dikenal pasti lebih afdal untuk berdoa iaitu:

1. Di mehrab Rasulullah s.a.w


Mehrab Nabi dan Di Sebelah Kanan Ialah Mimbar Nabi:
Gambar dari Internet utk view yang lebih luas.
2.       

      Suasana Berhampiran Raudhah Sebelum Solat Subuh 12/05/2010 jam 4:29 am 
      Raudhah Berada Di Sebelah Kiri Gambar Ini. 
      Yang Kelihatan Mimbar Usmani bukan Mimbar Rasul. 
      Perhatikan, Tiang-Tiang Tidak Berwarna Putih -- Bukan Kawasan Raudhah

Inilah Kawasan Raudhah: Perhatikan Tiang-Tiangnya Bewarna Putih.
Gambar Diambil Pada 11/5/2010 jam 4:45pm - 2 jam sebelum Maghrib.

      2. Di tiang aisyah
.
     Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di dalam masjidku terdapat satu tiang jikalau manusia tahu kelebihannya nescaya mereka akan mengadakan undian untuk solat di situ." Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat bertanyakan mengenai tiang tersebut kepada A'aisyah r.ah, tetapi A'aisyah r.ah enggan memberitahu kedudukan tiang tersebut. Namun setelah para sahabat pergi, kelihatan A'aisyah membisikkan sesuatu kepada anak saudaranya iaitu Urwah Ibnu Zubair. Setelah itu Ibnu Zubair sering melakukan solat di salah satu tiang di Raudah tersebut. Akhirnya tiang itu dikenali sebagai tiang A'aisyah.  Sekarang ini pada tiang itu tertulis Usthuwanah Aisyah.

Tiang A'aisyah
Gambar Diambil Pada 11/05/2010 jam 4:45 pm Iaitu Selepas Solat Asar


       3. Di tiang taubat 


           
      Iaitu tiang tempat sahabat, Abu Lubabah al-Anshari mengikat dirinya untuk beberapa lama dan berkata, Demi Allah saya tidak akan melepaskan ikatan ini hingga Allah mengampuniku dan Rasulullah s.a.w. melepaskanku." Ketika Allah menurunkan ayat pengampunannya, baginda Rasul sedang berada di rumah isterinya, Ummu Salamah ra. Ummu Salamah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw tertawa di waktu dini hari, maka aku bertanya, "Apa yang membuat baginda tertawa dan semoga Allah senantiasa membuatmu tertawa gembira?" Rasulullah menjawab, "Abu Lubabah telah diampuni." Kemudian Ummu Salamah berkata lagi, "Bolehkah aku memberikan kabar gembira ini kepadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Boleh jika kamu menghendaki." Setelah itu Ummu salamah berdiri di pintu kamarnya --ayat hijab belum diturunkan--, kemudian berkata, "Wahai Abu Lubabah aku membawa berita gembira buatmu, Allah telah mengampunimu." Setelah orang-orang tahu tentang pengampunan itu mereka saling berlomba untuk melepaskannya, tetapi dia berkata, "Jangan, demi Allah! Biar Rasulullah sendiri yang melepaskanku. 

   Ketika Rasulullah melewatinya seusai salat Subuh, beliau melepaskannya dari ikatannya. Dari sini dinamakanlah tiang itu dengan tiang Taubat. 

    Rasulullah selalu menunaikan salat-salat sunatnya di tiang ini, selalu datang ke situ setelah salat Subuh, juga iktikaf sambil bersandar kepadanya.

    4. Di mimbar rasulullah saw

      Mimbar Nabi merupakan sempadan Raudhah. Sempadan tersebut ditandai oleh tiang bewarna putih dan juga karpet yang berwarna putih kehijau-hijauan. Di belakang mimbar ini terletak pangkin yang digunakan oleh mu'azzin untuk melaaungkan azan.




Perhatikan Warna Karpet dan Juga Warna Tiang 
Yang Menjadi Sempadan Kawasan Raudhah


Mua'zzin Sedang Melaungkan Azan Subuh 
Pada 12/05/2010 Jam 4:12am

     5.  Kesemua kawasan raudah



6.  6. Di Pangkin ahli-ahli suffah yang banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi saw spt Abu Hurairah r.a., Abu Zarrin al-Ghafiri, dll.


Menunggu Masuk Waktu Maghrib Di Pangkin Ahli Suffah
Gambar Diambil Pada 12/05/2010 Jam 6:24pm


Juadah Untuk Berbuka Puasa Di Pangkin Ahli Suffah

Pangkin Ahli Suffah: Gambar Dari Internet

Usahakanlah agar kita dapat berada ditempat-tempat tersebut untuk melakukan solat-solat sunat spt solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, berdoa, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dan sebagainya.

Kalau sudah berada di Raudhah dan setelah usai solat, bagaimana kita hendak keluar daripada masjid untuk balik ke hotel dalam masa yang singkat? Kalau nak tahu, Klik Sini.



14 comments:

  1. Assalamualaikum.. bolih saya ambil gambar Raudhah yang kat atas sebagai bahan website atau blog masa depan saya?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Silakan, alhamdulillah, tetapi gambar tsbt saya download dengan izin dari http://sinar-permata.blogspot.com/2009/08/umrah-ziarah-hari-pertama-ahad-02-ogos.html

    kredit kepada tuan blog tersebut.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ustadz..
    Terima kasih banyak2 memberi izn share maklumat berkenaan UMRAH.
    Mohon izin untuk artikel yg menarik ini juga.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam mimi

    Ya silakan, silakan. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. terima kasin pak, foto-foto bagus. tapi boleh saya minta foto dimanakah tiang raudhah yang pernah menangis karna rasul tidak lagi bersandar padanya? mohon kirim ke aminullah@gmail.com
    jazakallah khairan katsira

    ReplyDelete
  6. Assalamualiakum WBK, saya inging download gambar raudah untuk saumi saya. Harap izinkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Silakan anonymous.

      Delete
  7. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya, Lina ingin mengikuti lawatan Umrah anjuran pihak travel ustaz seperti diatas dan boleh kiranya saya mendapat keizinan pihak ustaz untuk download gambar2 diatas bagi panduan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt
      1. Saya tidak ada Travel agency sendiri. Saya buat umrah ikut TA Andalusia dan Wira Saujana.

      2. Saya bercadang, pada tahun-tahun hadapan untuk memimpin group umrah di bawah naungan TA tertentu, insyaAllah.

      3. Puan dipersilakan download apa-apa maklumat/gambar daripada blog ini. Alhamdulillah dan semoga bermanfaat.

      Delete
  8. Assalahmualaikum Ustaz,

    Izinkan saya mengambil semua info dalam Blog Ybh Ustaz untuk sumber rujukan saya & keluarga.
    Harap HALALkan ya Ustaz.

    InshaAllah ... berkat.

    Azizul@Meru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan tuan/puan

      Alhamdulillah Amin.

      Delete
  9. mohon share ye ustaz. Jazakallah.

    ReplyDelete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.