Saturday, July 23, 2011

Panduan Umrah: Tips Cara Terpantas Untuk Keluar Dari Masjid Nabawi Selepas Solat Fardhu

Assalamu'alaikum wm wbr. 
...
Pintu King Fahd selepas Isya' jam 9:04pm, 4 Mei 2011
Masjid Nabawi adalah merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia. Jarak antara pintu utama iaitu pintu King Fahd (di sebelah utara) ke kawasan Raudhah dan saf pertama (di sebelah selatan) merentasi ruang solat dalam masjid, jauhnya lebih kurang 800 meter. Jika kita ikut sisi kiri masjid untuk ke saf pertama melalui pintu Baqi' maka jaraknya ialah 1.5 km atau lebih, memang jenuh berjalan. Jika ikut sisi kanan masjid untuk ke saf pertama melalui Babus Salam, mungkin lebih jauh lagi - mahu sampai 2 km.
...
Selepas solat fardhu, lebih kurang 10-15 minit selepas solat, para pekerja akan membuat partition dengan merentangkan kain kanves dan mengikatnya pada tiang-tiang masjid bagi menyediakan laluan dan ruang kepada jemaah wanita menziarahi Rasulullah S.A.W. Mereka akan menutup kawasan solat bermula dari tiang taubat di kawasan raudhah (separuh kawasan Raudhah), hingga ke ruang solat wanita yang biasa. Hal ini menyebabkan keadaan menjadi sangat sesak di kawasan Raudah dan di laluan menuju maqam Rasulullah sebab pada kebiasaannya sebelum keluar masjid jemaah akan menziarahi Rasulullah untuk memberi salam dan berselawat kepada baginda. Jemaah berpusu-pusu dan kadang-kadang tidak dapat bergerak. 
...
Partition dari kain kanves dipasang untuk menyediakan ruang dan laluan
bagi jemaah wanita menziarahi Rasulullah dan solat di Raudhah
Selepas mengucapkan salam kepada Rasulullah, jemaah akan langsung keluar daripada masjid melalui pintu Baqi' dan tidak ada peluang untuk berpatah balik ke dalam masjid sebab jalan adalah sehala. Untuk pulang ke hotel-hotel penginapan di sebelah utara masjid (berhampiran hotel Hilton, Taibah, Oberoi dsb.) jemaah terpaksa mengelilingi masjid sejauh 1.5km. 
..
Luckily, ada dua cara untuk shortcut ke hotel penginapan iaitu (1) masuk semula ke masjid melalui pintu Nisa' - jika tidak ada sekatan kanves di situ, atau (2) berjalan menuju Babus-Salam melalui belakang masjid yang jaraknya lebih kurang 100 meter, kemudian masuk ke dalam masjid melalui pintu al-Hijrah, dan dari situ terus menuju pintu King Fahd. 
...
Pintu Nisa' berhampiran dengan pintu Baqi' dan pintu Jibrail
Ini gambar semasa umrah 2010 yang lepas
Di bawah ini ialah gambar-gambar yang diambil disekitar Babus Salam selepas zohor pada 5 Mei 2011. Untuk rekod waktu zohor ialah pada jam 12:19pm waktu tempatan.
...
1:05pm - Berhampiran Babus-Salam Selepas Zohor. Untuk rekod, waktu zohor ialah 12:19pm



1:06pm - Kubah Hijau (berhampiran pintu Baqi') dilihat dari babus salam. Kelihatan tembuk perkuburan Baqi'
membatasi sempadan sebelah timur Masjid Nabawi
Dihadapan Babus-Salam
Pintu Baqi' - Maqam Rasulullah S.A.W. terletak lebih kurang 8 meter dari pintu ini.
Pintu As-Salam (Babus Salam) iaitu salah satu pintu utama ke Masjid Nabawi.
Ketika melalui pintu ini kita sunat membaca:
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالْسَّلامِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ
 تَبَارَکْتَ وَتَعَالَيْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإْکْرَامِ .
Pintu al-Hijrah - ini gambar tahun lepas - sekadar maklumat
Laluan dalam masjid menuju pintu King Fahd

Kalau sudah keluar Masjid Nabawi, anda mungkin ingin melawat Masjid Abu Bakar, Masjid Awan (Ghamamah), dan Masjid Ali. Untuk itu silalah KLIK SINI


12 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj

    bagus juga tips ni
    mukin saya pernah ikut jln ni
    tapi tak perasan
    tq

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Haji..

    Bila tgk pintu King Fahd, teringat balik pintu tu yg sering sy gunakan utk keluar masuk ke dlm masjid utk solat.

    Pengalaman lucu hari pertama di Masjid Nabawi.. tersalah masuk pintu yg dikhaskan utk jemaah wanita sahaja. Patut la pelik sgt tgk takde org laki kt situ smp la ditegur oleh pak arab yg jga pintu tu..x perasan ada sigboard..hehe

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam tn Hj Rozali

    Kalau selepas solat jemaah terus berpatah balik ke belakang tanpa menziarahi Rasulullah S.A.W. atau hanya memberi salam kepada Nabi dari tempat dia solat sahaja maka sempat dia keluar sebelum pekerja memasang partition.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam Izowan

    Tak apalah kan sebab kita tak perasan. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tn. hj.

    Selamat menyambut ramadhan al mubarak, ahlan wasahlan ya ramadhan.

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam Azwinna Balqis

    Ya, dua hari lagi kita akan mula berpuasa, insyaAllah. Selamat memburu lailatul qadar.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Tuan Haji,
    Sungguh berguna post ini..Terima kasih atas perkongsian :)
    Salam Ramadhan al-Mubarak..Semoga kita semua dalam rahmat Ilahi sentiasa :)

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikum salam Hawa Syamsyiah

    Alhamdulillah.

    Amin, ya Rab al 'alamin.

    Selamat memburu lailatul Qadar.

    ReplyDelete
  9. terasa rindu amat tengok gambar-gambar tu, saya di sana 19 - 22 april lalu

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum Pn Saripah

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

    Alhamdulillah, memang ramai yang rindu dengan Masjid Nabawi, lebih-lebih pada bulan Ramadhan ni. Saya pun rindu dengan suasana di sana.

    Selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  11. Assalam Tn haji,adakah panduan ini sesuai jugak utk kaum wanita atau untuk kaum lelaki shj..??maaf saya baru pertama kali ingin menunaikan umrah..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Panduan ini hanya sesuai untuk jemaah lelaki sahaja. Jemaah wanita ada kawasan khas untuk solat dalam masjid nabawi dan mereka tidak boleh masuk ke kawasan solat jemaah lelaki.

      Delete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.