Thursday, August 15, 2013

Mayat Terbang Depan Hajar Aswad - part 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Usai solat Jumaat, maka para jemaah mula memenuhi ruang mataaf (dataran kaabah) untuk tawaf.  Apa lagi, sudut hajar aswad terus diserbu oleh jemaah yang solat di saf hadapan berhampiran kaabah.  Mereka meluru ke arah hajar aswad bagaikan peluru yang dilepaskan daripada muncung senapang.  Tidak lama kemudian saya turut join kumpulan yang pertama tadi. Maka episod tolak menolak, tarik menarik, himpit menghimpit, jerit menjerit, lambung melambung, desak mendesak pun berlaku dengan dasyatnya – sama seperti keadaan di musim haji.
Selesai solat Jumaat 14/5/2010
foto kredit: PDKM - CL

Selesai solat Jumaat 14/5/2010
foto kredit: Kehidupan Makkah - Haji Arshad Ali

Saya menghampiri hajar aswad dari sebelah pintu kaabah dan hampir dengan dinding kaabah. Agak lama saya bertahan dan cuba bergerak ke arah hajar aswad. Setiap kali saya menghampiri hajar aswad dan hanya tinggal beberapa kaki sahaja daripadanya, saya ditolak semula ke belakang. Ada satu ketika tangan kiri saya sudah dapat memegang hajar aswad namun saya tertolak semula ke belakang. 

Sedang asyik mencuba tiba-tiba saya terlihat suatu kelibat seperti orang mengusung mayat yang sudah dikafankan. "Mayat" tersebut meluncur di atas kepala jemaah yang sedang bersesak-sesak di hadapan hajar aswad.  Setelah dekat, barulah saya perasan bahawa sebenarnya ia adalah seorang remaja India yang memakai kain ihram yang diusung dan dijulang oleh kawan-kawannya untuk membolehkan dia mencium hajar aswad. Perbuatannya memang sungguh nekad dan membahayakan diri sendiri. Kalaulah tertanggal kain ihramnya, alamat menjadi berita utama dalam akhbar dan tv.

Setelah lama mencuba dari sisi pintu kabaah saya beralih ke sisi rukun yamani pula. Seperti tadi juga, setelah hampir dengan hajar aswad dan tangan kanan telah dapat memegangnya, saya terlambung atau tertolak semula ke belakang. Hal ini adalah disebabkan oleh tolakan daripada jemaah yang hendak keluar daripada hajar aswad selepas menciumnya.

Akhirnya, setelah hampir 2 jam mencuba, saya mengalah dan berehat di kawasan binaan Turki menghadap hijir Ismail dan pancuran emas.  Baju saya basah kuyup (lencun) bermandi peluh dan badan berasa tersangat letih dan hilang tenaga. Selelah minum air zam-zam, basuh muka dan tangan dengan air yang barakah tersebut, saya memandang kaabah sambil membuat penilaian terhadap apa yang berlaku sebentar tadi.  

 Setelah minum air zam-zam saya duduk di sini
sambil muhasabah diri.

Berehat sambil menunggu waktu asar di kawasan binaan Turki.

Setelah muhasabah diri, saya menyedari bahawa apa yang saya lakukan tadi semata-mata mengikut kehendak hati dan menyangka, dengan berusaha bersungguh-sungguh, saya akan dapat mencium hajar aswad. Ini adalah tidak betul sebab saya telah membelakangkan Allah SWT.  Segala sesuatu itu adalah atas urusan atau kehendak Allah semata-mata. Allah sahajalah yang mengatahui hikmah atau rahsia disebalik sesuatu kejadian. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 126:
 وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."

Justeru itu saya beristighfar dan redha atau kurnia Allah. Walaupun pada hari itu saya tidak dapat mengucup hajar aswad, sekurang-kurangya saya telah dapat menyentuhnya dengan jari.  Sambil memandang kaabah, saya membetulkan niat dan berjanji kepada Allah yang saya tidak akan melakukan sesuatu (terutama mencium hajar aswad) semasa berada di tanah suci melainkan Allah menggerakkan hati saya untuk berbuat sedemikian.


Asar, Jumaat 14/5/2010
foto kredit: Kehidupan Makkah - Haji Arshad Ali

Asar, Jumaat 14/5/2010
foto kredit: Kehidupan Makkah - Haji Arshad Ali

\



Jadi selama dua hari berikutnya (Sabtu dan Ahad) saya hanya melakukan solat, umrah, tawaf sunat, berzikir, berdoa, dan sebagainya. 




Tawaf jam 5.15am 15/5/2010
Kemudian pada pagi Insin 17/05/2010, selepas solat dhuha, hati saya tiba-tiba sahaja tergerak untuk berdoa di hadapan pintu kaabah.  Pada masa itu keadaaan di hadapan kaabah agak lengang. Selesai berdoa di hadapan pintu kaabah, hati saya tergerak pula untuk berdoa di hadapan multazam. Di situ saya teruskan berdoa dan memohon agar Allah memberi peluang kepada saya untuk mencium hajar aswad. Selesai berdoa saya memandang ke arah hajar aswad.  Kebetulan ketika itu seperti ada ruang kosong untuk saya menyelitkan diri. Jadi alhamdulillah saya terus menyorongkan kepala ke dalam lobang hajar aswad dan mengucup batu dari surga tersebut sambil air mata merembes kesyukuran dalam suasana yang penuh syahdu. 

Setelah puas, saya bergerak keluar dari situ mencari tempat yang sesuai untuk solat dua rakaat dan berdoa. Saya rasa sungguh bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati saya untuk mencium hajar aswad pada ketika yang sangat lapang dan selesa tanpa berdesak-desak seperti yang berlaku pada hari Jumaat sebelumnya. Jika saya terus mencuba untuk mencium hajar aswad pada hari Jumaat tersebut, sedangkan tenaga saya telah hilang, mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku.

Apa yang saya nyatakan di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. Tujuan saya menulis pengalaman umrah di atas adalah semata-mata untuk kita mengambil pengajaran atau ibrah daripada apa yang terjadi.  Semoga kisah ini dapat membantu serta memberi sedikit gambaran kepada bakal-bakal jemaah umrah akan suasana di sekitar hajar aswad serta betapa pentingnya kita berserah diri kepada Allah SWT.

Sekian, wasalam.

Entri berkaitan: Mayat Terbang Depan Hajar Aswad - Part 1

10 comments:

  1. Assalammualaikum Tuan Haji,

    Saya minta izin share ya.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan puan. Alhamdulillah.

      Delete
  2. Assalamualaikum...pengelaman yg baik untuk di ketahui olih rakan2 lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Terima kasih tn hj Arshad.

      Delete
  3. Assalamualaikum Tn Hj,

    Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI dan maaf zahir& bathin...

    Sepertimana yang Tn Hj nayatakan di N3 Tn Hj ini ....saya juga mengalami keadaan yang sama yang mana selepas solat Asar Musim Haji 2010 bertekad untuk menciumi HAJAR ASWAD hanya beberapa depa sahaja untuk dapat mendekati dan menciuminya tapi mungkin bukan rezeki saya dengan keadaan jemaah yang terlalu ramai bertolakan akhirnya seorang jemaah tua berbangsa asing melarang saya drpd meneruskan hasrat saya melihatkan keadaan tersebut....(TIADA MAYAT TERBANG TAPI ASKAR UPAHAN RAMAI BERKELIARAN TERUTAMANYA BERBANGSA INDON)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Selamat Hari Raya pesona. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

      Delete
  4. Assalamualaikum tn Hj,

    Terima kasih di atas perkongsian pengalaman tn hj ini... Banyak manfaat, manis dan berguna dikongsi bersama kami... subhanallah... wassalam...

    wana7370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wana7370.

      Sebagai pengajaran dan panduan semata-mata. Wasalam

      Delete
  5. Assalamualaikum Tn. Haji.. dan salam Syawal...

    terima kasih atas perkongsian kisah ini..
    kisah ini mengingatkan saya masa menunaikan umrah
    tahun 2012. SubhanaAllah... saya dapat ke Madinah pada penghujung Ramadan
    dan sempat menyambut Syawal di sana. Justeru bila pergi ke Mekah
    jemaah yang membuat umrah sudah tidak terlalu ramai seperti Ramadan.
    Hajat dan niat di hati memang ingin berdoa di tempat2 yang mustajab seperti yang dikatakan
    dan juga teringin untuk mengucup Hajaratul Aswad.
    Pertama kali dapat peluang menuju ke Hajaratul Aswad masa hampir masuk waktu solat
    (tak ingat waktu solat apa).. saya betul-betul berdiri berseorangan di pintu Kaabah
    dan hanya saya sahaja perempuan, sedangkan yang lain jemaah lelaki yang telah mula
    membentuk saf dan mic unuk imam telah dipasang.. pengawal keselamatan juga telah mengepung
    Hajaratul Aswad... saya dah hampir benar...benar-benar hampir rasanya dan keadaan pun lapang di hadapan saya...
    namun saya saya tidak boleh kerana belum direzekikan utk mengucupnya pada waktu itu..dan hati saya terus berkata
    Ya Allah..jika setakat ini yang kau izinkan. aku redha Ya Allah, namun kabulkanlah hasratku
    untuk mengucupnya suatu masa nanti.
    Saya pun berjalan keluar di celah-celah saf menuju ke bahagian wanita di belakang...Redha.
    Subhanallah...masa tengah tawaf wida pusingan ke-7, saya dan ibu disapa oleh seorang wanita indon
    dan bertanyakan sama ada saya telah mengucup HajarulAswad.
    Saya menggelengkan kepala dan mengatakan tidak.Selepas itu kami ditawarkan utk ditemani pergi mengucup
    Hajaratul Aswad... Mereka bertiga membantu dengan bersungguh2... meskipun agak berasak-asak tapi dipermudahkan dengan izinNya dan akhirnya hajat dan niat saya termakbul. Alhamdulillah..
    Setelah itu kami dibawa ke kawasan lapang untuk solat sunat.Selepas berdoa, barulah mereka mengharapkan bayaran, saya hanya memberi apa yang tinggal sahaja kerana memang duit yang ada tinggal sedikit untuk bayar timbangan bagasi.saya mohon maaf kerana tidak dapat membayar seperti yg dikehendaki.Setelah berterima kasih dan mendoakan agar usaha mereka itu ikhlas, saya bangun meninggalkan mereka.
    Syukur sangat kerana Allah memakbulkan hajat saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman di sini. Ya, selain warga Indonesia lelaki, warga wanitanya juga sering berkeliaran di sekitar kaabah dan juga di dalam masjidil haram mencari "mangsa" atas alasan memberi perkhidmatan membantu jemaah yang ingin mengucup hajar aswad. Berhati-hatilah sebab perkhidmatan tersebut perlu dibayar.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.