السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
Sebentar tadi matahari melabuhkan tirainya di ufuk barat dan dengan itu berakhirlah Ramadhan yang penuh barakah ini pada tahun ini. Marilah kita berdoa agar kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Beruntunglah
sesiapa yang tidak mensia-siakan kehadiran Ramadan dan bersungguh-sungguh
melakukan amalan soleh serta menghidupkan malam-malamnya sebagaimana yang
disarankan oleh Nabi S.A.W.
Yeh
yeh esok raya! Esok raya! Begitu gembira sekali kanak-kanak menyambut
kedatangan Syawal. Masing-masing akan bergaya
dengan pakaian dan sepatu baru dan sebagainya. Bagi anak remaja pula, tangan mereka
sibuk mengetik butang-butang handphone atau update status facebook mengucapkan “Selamat
Hari Raya” kepada rakan dan sanak saudara sebagai tanda persahabatan dan untuk
mengeratkan silatul Rahim.
Ya,
zaman telah berubah. Sebelum kehadiran Internet dan handphone, kita menggunakan
kad raya. Suatu hari dalam tahun 80an, semasa kami tinggal di Bandar Baru Bangi,
anak sulung saya mendapat kad raya daripada kawannya – yang tinggal selang
beberapa rumah sahaja daripada kami. Dia
sangat teruja untuk menyambut hari raya serta seronok hendak tahu apakah jenis pakaian
dan kasut yang akan dipakai oleh anak saya semasa raya nanti. Saya masih ingat salah satu perkara yang
ditanya ialah seperti di bawah ini:
Kasut John Bert |
Ha
ha ha. Hingga sekarang saya masih ingat frasa yang digunakan.
Lepas
asar petang tadi anak sulung saya bergegas ke Masjid Tanah carikan sandal untuk
saya pakai ke masjid untuk solat aidil fitri esok. Sandal kesayangan saya yang dibeli di Safwah
Tower semasa umrah tahun lepas sudah koyak. Sebenarnya sandal tersebut masih
boleh dipakai lagi (ikut standard sayalah). Tapi anak dah belikan yang baru, jadi
saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang tidak disangka-sangka tersebut.
Jadi sandal itu adalah satu-satunya benda yang baru untuk saya pakai pada hari
raya tahun ini. Alhamdulillah. Tak teringin ke nak tahu saya apa sandal?
Hahaha.
Sebelum
saya mengakhiri entri ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari
Raya kepada semua pembaca dan pengikut blog Hidup Biar Allah Sayang ini. Saya mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran
kata dan terkasar bahasa sepanjang saya berblog di sini.
Sekian,
wasalam.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.