Monday, November 28, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H

Assalamu'alaikum wbt
Salam Ma'al Hijrah 1433H
Salam 1 Aqidah

Pantai Pengkalan Balak, Melaka
Pantai Pengkalan Balak, Melaka
Semalam, 1 Muharram, merupakan tahun baru umat Islam, iaitu tahun 1433H. Bermakna umur semakin tua dan semakin hampir kita ke penghujung usia. Ada baiknya kita renungkan kata-kata hikmat daripada Saidina Ali karamalluhu wajhah iaitu:
"Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini adalah sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk daripada semalam, maka celakalah orang itu."
Jadi seharusnya kita muhasabah @ mengaudit amalan-amalan sepanjang tahun 1432H dan 1431H. Buatlah perbandingan - semoga kita tergolong dalam kategori orang yang berbahagia, iaitu terdapat penambahbaikan dalam amalan. Orang Jepun kata, ada kaizen.



No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.