Wednesday, November 9, 2011

Gambar Suasana Haji 2011 - Hari Wukuf di Arafah

Assalamu'alaikum wbt
...
Nabi S.A.W. bersabda: 'Haji itu adalah Arafah'. Justeru tanpa berwukuf di Arafah maka tiadalah memperoleh haji bagi seseorang itu. Pada tahun ini seramai 2,927,717 orang jemaah haji telah memenuhi setiap pelusuk bumi Arafah sebagai memenuhi salah satu daripada rukun haji. Pada hari wukuf dikatakan bahawa terdapat saat-saat ijabah, langit terbuka luas, yang mana Allah SWT memperkenankan doa-doa hambanya yang sedang berwukuf. Justeru pada hari wukuf, para hujjaj dengan hati yang tulus ikhlas kesemuanya menadah tangan memohon ampun atas segala dosa, meraih kasih dan mengharap redha daripada Allah SWT. Berbahagialah kamu duhai sekelian Duyuf al-Rahman (tetamu ar-Rahman).
...
Di bawah ini dipaparkan suasana Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah 1432H (5 November 2011) bagi tatapan para pembaca sekelian. Kesemua gambar ini saya kutip daripada Internet terutama daripada Arab News dan Boston Big Picture. Semoga gambar-gambar ini membangkitkan nostalgia bagi pembaca yang telah bergelar Haji dan Hajjah. Juga diharapkan semoga gambar-gambar ini dapat memotivasikan pembaca untuk menunaikan fardhu haji di masa-masa yang akan datang, InsyaAllah.
...
Masjid Amirah sebelum hari wukuf
































Jemaah solat zohor dan asar secara jamak di Masjid Namirah, Arafah



Jemaah mula bergerak ke Mudzalifah pada petang dan malam 5 November 2011
Jemaah bergerak ke Mudzalifah
Jemaah bergerak ke Mudzalifah
Bergerak ke Mudzalifah
Jabal Rahmah semakin lengang apabila sebahagian besar jemaah telah bergerak ke Mudzakifah
Ada yang naik keretapi
Walaupun sakit dan terpaksa menggunakan tongkat, jemaah ini tabah berjalan menuju  Mudzalifah
yang terletak lebih kurang lima kilometer dari Arafah






Air sabil diagih-agihkan kepada para jemaah






























2 comments:

  1. assalam.
    tuan haji..saya rasa eloknya tuan haji letakkan gambar2 yg memaparkan wajah2 org kita @ melayu lebih banyak lagi.
    semuga menampakkan org2 kita pun ramai yg mengerjakan haji,( klu x silap 28,000 org pd 2011 ni ) mudah2an org kita yg belum bergelar haji tidak rungsing utk mengerjakan haji kerana mereka tgk ramai org2 sebangsa disana sewaktu mengerjakan haji tersebut.
    wassalam.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam anonymous

    Gambar-gambar tu saya ambil dari Arab News. Begitulah realitinya - yang ramai ialah jemaah dari India dan Pakistan dan juga Indonesia.

    28,000 berbanding 3 juta jemaah haji tahun 2011 secara relatifnya adalah kecil. Walau bagaimanapun kita tidak perlu risau sebab Allah telah menjamin bahawa Negeri Makkah adalah negeri yang aman, InsyaAllah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.