...
Jemaah sedang berwukuf di Arafah pada 5 Nov 2011 Sumber: http://manzlie-makkah.blogspot.com |
Khemah di Arafah pada 5 Nov 2011 Sumber: Internet |
Suasana di Arafah sebelum masuk waktu wukuf pada musim haji 2007 |
Mabit di Mudzalifah 2007 |
Suasana dalam khemah musim haji 2007 |
Susana di Mina pada waktu dhuha musim haji 2007 |
...
Kelmarin 9 Dzulhijjah, mereka telah melakukan wukuf di Arafah (rukun haji) dan pada malamnya mereka mabit atau bermalam di Mudzalifah (wajib haji). Keadaan para jamaah pada hari ini adalah kusut masai ada bercelaru. Ada yang telah melontar jamrah aqabah, ada yang tersesat, dan mungkin ada yang belum sampai ke khemah masing-masing di Mina, malah ada yang sakit, meninggal dunia dan sebagainya. Namun semuanya itu adalah ujian Allah SWT yang mana kita sebagai hamba harus menerimanya dengan redha.
...
Selanjutnya umat Islam digalakkan melakukan ibadah kurban pada hari ini yang merupakan ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-kauthar:
...
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
...Yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."
Selain daripada itu kita juga disunatkan untuk bertakbir raya sehingga pada hari tasyrik yang ketiga (13 Dzulhijjah) sebelum Asar.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.