Saturday, November 19, 2011

Jawapan Suami Menteri Nampak Macam Logik Tapi ...

Assalamu'alaikum wbt
...
Alaaa, ada aku kisah? Walaupun bahaya janji dapat duit
Wooo, kau tak kisah yek? Nah ambik kau!
Terbaca artikel dalam harian metro 18 Nov 2011 mengenai isu National Feedlot Corporation (NFC) beli kondominium mewah. 
...
Untuk rekod:
...
1. NFC diterajui oleh Dr. Mohamad Salleh Ismail, iaitu suami kepada Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 
...
2. NFC mendapat pinjaman mudah daripada kerajaan sebanyak RM250 juta untuk mengusahakan industri lembu pedaging di Gemas, Negeri Sembilan. Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus.
...
3. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar dengan menggunakan duit NFC.
...
Berikut ialah jawapan daripada Dr. Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro semalam.
"Nyata, membeli aset lebih berbaloi apabila pulangan pelaburan setahun dicapai 12.9 peratus iaitu hampir 13 peratus sedangkan FD hanya beri 3.5 peratus"
Bijak, bijak... Jawapan tu memang bijak dan nampak logik sebab NFC mendapat keuntungan empat (4) kali ganda. Bravo! Bravo!.
...
Ok, sekarang saya nak tanya, apakah misi (mission) sebenar NFC ditubuhkan? Adakah untuk berniaga dalam industri hartanah atau untuk membangunkan industri lembu pedaging? Jika Dr. Mohamad Saleh berpendapat melabur dalam industri hartanah lebih menguntungkan, OK, well done, saya cabar beliau letak jawatan dalam NFC dan tubuhkan sebuah syarikat yang baru dalam bidang hartanah dengan modal beliau SENDIRI BUKAN PINJAM SECARA MUDAH DARI KERAJAAN. Boleh? Semua orang boleh kalau dapat modal percuma.
...
Kalau kerajaan bagi pinjaman mudah RM250 juta untuk bangunkan industri pedaging di Malaysia, maka lakukan perkara-perkara yang ada kena mengena dengan industri lembu pedaging. Biarlah agensi-agensi kerajaan yang lain melabur dalam industri hartanah.
...
Kenapa saya menyebuk dalam hal ini? Well, saya terkenangkan betapa ramai usahawan-usahawan Melayu yang tak cukup modal untuk mengembangkan perniagaan mereka, tetapi apabila cuba mendapatkan dana, cukup payah untuk mendapat kelulusan.
...
Sekarang saya nak tanya kepada Pak Menteri, boleh tak beri saya pinjaman mudah sebanyak RM250,000 sahaja (berbanding RM250 juta yang diberikan kepada NFC) untuk saya laburkan dalam Koperasi Felda Berhad? Keuntungan dijangka sebanyak 8 hingga 15 peratus setahun. Boleh tak? Untuk rekod, saya adalah suami kepada seorang suri rumah sepenuh masa.
...
Saya tunggu jawapan Pak Menteri.

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.