Thursday, December 1, 2011

Alahai Ustaz!

Assalamu'alaikum wbt.

Selamat tahun baru 1433H dan salam 1Aqidah.


Baru-baru ini saya menghadiri suatu majlis ilmu yang dipimpin oleh seorang ustaz muda. Ustaz berkenaan mengupas tentang hijrah dan hari 'asyura.  Antara intipati kuliah beliau ialah setiap amalan adalah bergantung kepada niat. Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah S.A.W. ada seorang pemuda ikut berhijrah daripada Makkah ke Madinah tetapi tujuan hijrah pemuda tersebut adalah kerana ingin menikahi kekasihnya yang telah berhijrah lebih awal sebelum itu. Maka Nabi S.A.W. mengatakan bahawa pemuda tersebut tidak mendapat pahala hijrah, beliau cuma dapat kahwin sajahalah dengan kekasihnya. Dalam kata lain segala amal kita hendaklah diniatkan ikhlas untuk Allah semata-mata.

Menyentuh tentang amalan pada hari 'asyura, beliau menyarankan agar kita banyak bersedekah kepada fakir miskin, terutama kepada ahli keluarga sebab Rasulullah S.A.W. banyak bersedekah pada tanggal 10 Muharram.

Alhamdulillah, dapatlah menambah sedikit sebanyak ilmu agama pada malam tersebut. Tetapi cuba kita teliti kenyataan beliau seterusnya:
Pada bulan Disember ini saya hanya dapat mengajar pada dua minggu yang pertama sahaja sebab Jabatan Agama Islam akan menutup akaunnya pada pertengahan Disember ni. Jadi payahlah nanti untuk membuat claim [tuntutan] dan sebagainya. 
Alahai ustaz, sempenan bulan Muharram ni, teruskanlah mengajar kami sehingga akhir tahun. Dua minggu terakhir tu kira sedekah sajalahlah.  Mengajar ilmu agama kepada orang ramai tersangatlah besar ganjarannya daripada Allah S.W.T. Di samping itu bolehlah mempraktiskan konsep ikhlas seperti mana yang ustaz ajarkan kepada kami. Bukankah ikhlas itu merupakan roh kepada ibadah?

Ya Allah! Bimbinglah daku supaya aku sentiasa bernafas dalam jiwa seorang hamba.
YA Allah! Pandulah daku agar aku menjadi seorang hamba yang benar-benar ikhlas dalam beribadah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum THMSH

    banyak dugaan untuk melakukan perkara ikhlas

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam THR

    Memang benar tuan. Sungguh banyak dugaan kerana syaitan akan terus menyerang dari pelbagai sudut dan sentiasa memerhatikan kelemahan kita.

    Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk sentiasa ikhlas dalam amalan, amin.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.