...
Hari ini 8 Dzulhijjah 1432 dikenali sebagai Hari Tarwiyah. Sebahagian daripada jemaah haji akan bergerak ke Mina pada hari ini iaitu mengikut sunnah Nabi S.A.W. di mana mereka akan berada di Mina dengan mengerjakan solat 5 waktu di Mina iaitu zohor, asar, maghrib, isya' dan subuh. Selepas matahari terbit pada esok hari (9 Dzulhijjah) barulah mereka akan bergertak ke Arafah untuk berwukuf.
...
Bagi jemaah Malaysia, mereka tidak berangkat ke Mina pada hari ini, sebaliknya mereka akan terus ke Arafah dan bermalam di sana untuk menunggu waktu wukuf yang akan bermula sebaik masuk waktu zohor pada esok hari (9 Dzulhijjah).
...
Mungkin ada dikalangan pembaca tertanya-tanya kenapa pihak Tabung Haji (TH) dan pengendali pakej dari Malaysia tidak membawa jemaah ke Mina tetapi membawa mereka terus ke Arafah? Jawapannya ialah, mengikut Imam Syafie, berada di Mina pada hari tarwiyah hukumnya adalah sunat. Memandangkan jumlah jemaah haji yang tersangat ramai (lebih dari 3 juta orang setiap tahun), maka keadaan di Mina dan Arafah akan menjadi terlalu sesak. Justeru bagi mengelakkan para jemaah terperangkap begitu lama dalam kesesakan jalan raya sehingga berkemungkinan terlepas waktu wukuf, lantas pihak TH membawa mereka terus ke Arafah. Persoalan yang sama pernah saya ajukan kepada Dato' Daud Che' Ngah iaitu CEO syarikat Andalusia Travel Agency Sdn Bhd. dan jawapan yang sama telah diberikan oleh beliau.
...
Di sini saya ingin membuat suatu saranan kepada syarikat-syarikat pengendali pakej haji Malaysia agar mewujudkan suatu produk baru bagi jemaah yang berhajat untuk bergerak ke Mina pada hari tarwiyah bagi memberi peluang kepada jemaah melakukan manasik haji sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Jemaah haji bergerak ke Mina pada hari tarwiyah sumber: almakki.com.my/?p=936 |
Menuju Mina pada hari Tarwiyah Musim Haji 2009 |
Suasana malam di mina pada hari tarwiyah pada musim haji tahun 2009 sumber: http://manzlie-makkah.blogspot.com/2010_10_01_archive.html |
Suasana pada hari Tarwiyah musim haji tahun 1853 Sumber: Internet |
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.