Monday, May 31, 2010

Umrah 2010: Lagi Suasana Sekitar Madinah

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Di sini dipaparkan lagi suasana di sekitar Madinah untuk tatapan para pembaca. Semoga apa yang dipaparkan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran keadaan di Madinah sama ada pada waktu siang ataupun malam.

Jualan Di Tepi Jalan Menuju Masjid

Tempat Letak Kereta Bawah Tanah Di Perkarangan MAsjid

Tandas Awam

Di Kebun Kurma Ini Pernah Nabi s.a.w. Gunakan Tanahnya Untuk Menjampi Penduduk Madinah Daripada Penyakit Yang Mereka Hidapi.
(Bismil-lahi, turbatu ardina, biriqati ba`dina, yushfa bihi saqimuni, bi 'idhni Rabbina')

Air Terjun Buatan

Petrol Pump - 1 leter 0.25 Rial, lebih kurang 23 sen MR.

Landscape Di Bawah Jambatan Berhampiran Dengan Pasar Kurma

Waah Buk, Beli Gelang Ya!

Pelancungan Cicak Pun Ada :D

Kedai Menjual Cenderahati

Selepas Waktu Isya'. Mungkin Ada Jemaah Yang Sakit dsb.
Disarankan jemaah sentiasa memakai tag pergelangan tangan 
sebagai identifikasi diri jika berlaku kes sebegini.

Peniaga di Kaki Lima Jalan.
Siku Saya DiLanggar Oleh Lori Semasa Melihat-Lihat Barang Jualan Di Sini.
Pemandu Lori Main Redah Saja, Walaupun Jalan Sempit Dan Sibuk.


Pemandu Teksi Bersantai Sambil Menunggu Penumpang

Jemmah Sedang Berjalan Menuju Masjid

Pintu Utama Masjid Nabawi - Pintu Raja Fahd

Saturday, May 29, 2010

Umrah 2010: Suasana Sekitar Madinah

Assalamu'alaikum wm wbr.

Pada N3 kali ini saya ingin paparkan suasana sekitar Madinah yang sempat saya rakamkan dengan kamera seperti gerai jualan di jalanan, kedai-kedai, gerai makan, hotel dan sebagainya.

Hotel Tempat Kami Tinggal. Sangat Dekat Dengan Masjid Nabawi

Gerai Jualan Di Tepi Jalan

Hotel Movenpick

Burung Merpati

Jam Besar

Lagi Burung Merpati

Waah! Bakso Goyang Lidah
Waah Siapa Punya Gerai Ni?

Oooh, Restauran SiDoel Si Raja Bakso

Ya Tuan Silakan Beli Minyak Wangi. Macam Macam Ada
Toibah, Sultan Brunei, Kasturi, King Abdul Aziz. Sila-Sila

Pilih-Pilih Emas Tulin
Kalau Murah Boleh Beli Gelang Untuk Isteri

Kedai Emas Taj Al-Ameerah

Umrah 2010 Melawat Pasar Kurma

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Selain ladang kurma, pasar kurma juga merupakan tempat favorite bagi jemaah untuk bertandang. Pasar ini sebenarnya sangat dekat dengan Masjid Nabawi dan jemaah boleh berjalan kaki ke sini daripada hotel penginapan.

Terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan berbagai jenis kurma dan manisan di sini. Harganya lebih murah dari ladang kurma.  Di sini, para pelanggan boleh juga memperolehi kurma 'halal' - percuma sekadar untuk mencuba rasanya. Tetapi kalau ada 20 buah gerai, dan pada setiap gerai ambil 2-3 buji kurma 'halal', boleh dapat 1 kilo percuma kurma 'halal'. Hehehe -- cubalah.

Pasar Kurma Sedia Menanti Anda

Gerai 54. Silakan, Pilih Tamar, Pilih Saya Hehehe

Waduh, Semua Bagus Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana Satu Nih
Kak Cik 5 kilo, Abang Ngah 10 kilo, Ju Beri RM100 so kena beli 5 kilo

Kurma Nabi! Kurma Nabi! Mari-Mari Berapa Kilo Mahu?


Opp, Itu Basikal Tada Jual Laa. Itu Mahu Angkat Kurma Jugak

Hehehe Control Hensem Nampak!
Kurma Yang Aku Beli Kat Mu Hari Tu Dah Habis La. Pos la Kat Malaysia


Beli, Beli Kalau Tak Beli Menyesal. Ini Kurma Madinah. Kurma Nabi
Kurma Anbar Ruthob Shukari, Macam-Macam Ada

Video Klip Dari Internet. Pinjam Masuk Kat Sini. Bukan Untuk DiJual

Umrah 2010: Melawat Masjid Qiblatain

Assalamu'alaikum wm wbr.

Allah s.w.t. berfirman:



Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (Al-Baqarah 144)

Ayat di atas turun kepada Nabi s.a.w. ketika beliau sedang menunaikan solat zohor di tempat ini iaitu di perkampungan Bani Salimah. Maka di tengah solat baginda memalingkan muka menghadap Ka'abah.

Masjid Qiblatain (dua kiblat) terletak di lembah 'Aqiq di Jalan Khalid ibn Walid iaitu lebih kurang 3.5km dari Masjid Nabawi. Bani Salamah ialah antara orang yang paling awal berbai'at kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Aqabah, di Mina.

Masjid Qiblatain



Minbar Masjid Qiblatain

Video Klip Masjid Qiblatain

video

Umrah 2010: Melawat Bukit Uhud

Assalamu'alaikum wm wbr.

Jika kita ingin melihat gunung yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi s.a.w. bersabda Bukit Uhud adalah salah satu dari gunung-gunung yang ada di surga (H.R. Bukhari)


Gunung Uhud mencatitkan sejarah pertembungan di antara kaum muslimin Madinah dengan pihak kuffar Makkah. Ia merupakan peperangan kedua terbesar selepas peperangan Badar. Angkatan perang orang muslimin adalah seramai 700 orang (setelah 300 orang munafik berpatah balik ke Madinah) manakala angkatan perang Quraishi seramai 3000 orang di bawah pimpinan Abu Sufian. Rasulullah s.a.w. menempatkan 50 orang pasukan pemanah di Bukit Rumat bagi melindungi kaum muslimin daripada serangan berkuda musyrikin dari arah belakang. Rasulullah berpesan supaya pasukan pemanah tidak meninggalkan posisi walau apapun yang berlaku kepada tentera muslimin di bawah.


Setelah perang pecah, pasukan Islam telah dapat mengalahkan kaum musyrikin. Pihak Quraishi mula meninggalkan medan tempur dengan meninggalkan bekalan-bekalan di belakang unta. Pasukan muslimin mula berebut harta ghanimah. Melihat keadaan sedemikian, tentera pemanah turun ke bawah meninggalkan puncak bukit untuk turut sama mendapatkan harta ghanimah. Mereka lupa pesanan Nabi s.a.w.


Khalid Al-Walid, yang ketika itu memimpin pasukan berkuda pihak Quraishi melihat situasi tersebut, mengatur semula serangan dari arah belakang melepasi Bukit Rumat yang tidak berjaga. Akhirnya kaum muslimin diserang dari belakang yang menyebabkan arah kemenangan bertukar ke tangan pihak musyrikin. Rasulullah s.a.w. terpaksa berundur dan berlindung di dalam gua di Bukit Uhud. Paman Nabi, Hamzah bin Abu Talib gugur sebagai syahid setelah ditombak oleh Wahsyi iaitu hamba abdi Hendon, isteri Abu Sufian. Badan Hamzah dicincang, perutnya dibelah, dan hatinya dikunyah oleh Hendon. Namun Hendon meludahkan semula hati Hamzah atas kehendak Allah s.w.t. Begitu bencinya Hendon kepada Hamzah kerana Hamzah telah membunuh ayahnya dalam perang Badar. Ada juga mengatakan bahawa Hendon menaruh hati kepada Hamzah, tetapi Hamzah tidak melayannya semasa di Makkah dahulu. Hamzah digelar Penghulu Syuhada' oleh Nabi s.a.w.


Kaum musyrikin berundur setelah mendengar Nabi telah terbunuh. Semangat juang kaum Muslimin telah jatuh serendah-rendahnya. Padahal yang terbunuh ialah Mus'ab Bin Umair yang paras wajahnya persis wajah Rasulullah s.a.w. Mus'ab bertempur melindungi Rasulullah s.a.w. sehingga terkorban. Berita tersebar semula bahawa Nabi masih hidup dan semangat juang kaum muslimin mula kembali seperti sediakala.


Dalam peperang tersebut, gigi Rasulullah s.a.w. patah iaitu antara gigi hadapan dengan gigi taring sebelah kanan bahagian bawah. Wajah dan bibir Rasulullah s.a.w. turut luka akibat terkena lontaran batu oleh Utbah bin Abu Waqash.


Bahagian Bukit Uhud Yang Paling Kiri Yang Boleh DiLihat Dari Masjid Nabawi


Gunung Uhud DiLihat Dari Masjid Nabawi


Bahagian Uhud Yang Paling Kanan DiPandang Dari Bukit Rumat


Bukit Rumat Yang Menempatkan 50 Orang Pasukan Pemanah

Bahagian Tengah Bukit Uhud. Kelihat Di Sebelah Kiri Lubang Gua Yang Menjadi Tempat Berlindung Nabi dan Para Sahabat Semasa Perang Berkecamuk


Maqam Suhada' DiLihat Dari Jabal Rumat


Bergambar Kenang-Kenangan Bersama Ahli Rombongan


Gelagat Peniaga dan Pelanggan.
Peniaga: Ini Gambarnya, Sila Bayar, 10 Rial Sahaja.
Pelanggan: 10 Rial? MasyaAllah, Mahalnya - Tidak Mahu Saya
(Pak, kenapa tadi tidak tanya berapa harganya?)

Pelanggan: Alamak! Mana Nak Cekau Duit Ni. Cekik Darah Betul Arab Ni.


Video Klip Mutawif Kami




video

video

Nasyid Uhud


Umrah 2010: Melawat Ladang Kurma

Assalamu'alaikum wm wbr.

Sesuatu yang menyeronokkan ialah apabila kami dibawa melawat ladang kurma. Di ladang ini terdapat sebuah kedai yang menjual kurma Madinah yang terkenal. Kita boleh makan sepuas-puasnya di sini (halal) dengan percuma, namum tidak boleh dibawa balik (haram -- hehehe) kecuali kalau kita beli.  Secara relatifnya, harganya  agak mahal sebab sudah diambil kira yang halal-halal dimakan oleh para pengunjung.

Sesuatu yang menarik di sini ialah pihak kedai menyediakan teh manisan kurma secara percuma kepada pengunjung.  Pengunjung boleh berehat dan bersantai menikmati suasana kebun kurma sambil minum teh dan makan kurma 'halal'.

Ini Dia Ladang Dan Kedai Kurma Yang Kami Lawati
Notis Di Pokok Kurma: Jangan Petik Kurma Muda - Agaknya Yang Berkunjung Kesini Hanya Orang Malaysia dan Indonesia Sahaja.

Macam-Macam Ada Termasuk Hajar (Batu) Jahanam!

Kurma Muda Dijangka Masak Pada Bulan Ogos


Makanlah Selagi Terlarat - 'Halal', Tapi Lepas Tu Belilah Bang

Bertemu Saudara Islam Dari Indonesia

Jom Minum Teh Dengan Saya. Dia Orang Asyik Shopping Kurma Kat Dalam Tu.

Pokok-Pokok Ni Macam Pernah Nampak Kat Felda Menggong, Alor Gajah, Melaka

Klip Video Dari Internet
Ya, ya, makan makan. Sila, sila
Pelanggan: Ini berapa sekilo?
Penjual: Yang Itu 30 Rial.
Pelanggan: Kok Mahal?
Penjual: Tadi saya lihat ibu sudah makan 1 kilo. Jadi ini kira 30 Rial saja. Murah kan? Hehehe

Saya suka sangat dengan klip video ni - pinjam dari Internet.
Makan Puas-Puas Buk. Ini Coklat Dalamnya Korma. 30 Rial Saja