Pemandangan Masjidil Haram Dari Jabal Nur
Assalamu'alaikum wm wbr.
Kita telah dua hari memasuki tahun 1432H. Bulan Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan-bulan haram iaitu diharamkan melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun larangan itu ditamatkan selepas pembukaan Makkah.
Tiga lagi bulan-bulan haram ialah Dzulkaedah, Dzulhijjah, dan Rejab.
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ
Maksudnya:
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu." (At-Taubah: 36)
Antara perkara yang digalakkan dilakukan dalam bulan Muharram ini ialah berpuasa pada hari Asyura iaitu 10hb Muharram. Hadis-hadis berkenaan puasa bulan Muharram ialah seperti berikut:
1. Hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu secara marfu’, “Puasa yang paling afdhal setelah Ramadhan adalah (puasa) pada bulan Allah Muharram dan sholat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah sholat malam”. (HR. Muslim)
2. Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma beliau berkata,“Nabi datang (hijrah) ke Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura`, maka beliau bertanya: “Apa ini?”, mereka (orang-orang Yahudi) menjawab: “Ini adalah hari baik, ini adalah hari Allah menyelamatkan Bani Isra`il dari musuh mereka maka Musa berpuasa padanya”, beliau bersabda : “Kalau begitu saya lebih berhak dengan Musa daripada kalian” maka beliaupun berpuasa dan memerintahkan (manusia) untuk berpuasa”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
3. Hadits Aisyah radhiallahu ‘anha beliau berkata, “Dulu pada hari Asyura, orang-orang Quraisy berpuasa padanya di masa jahiliyah dan adalah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam dulu juga berpuasa padanya. Tatkala beliau berhijrah ke Madinah, beliau berpuasa padanya dan memerintahkan (manusia) untuk berpuasa padanya. Dan tatkala (puasa) ramadhan diwajibkan beliaupun meninggalkan (puasa) hari Asyura. Maka (semenjak itu) siapa saja yang ingin (berpuasa padanya) maka dia berpuasa dan siapa saja yang ingin (untuk tidak berpuasa) maka dia meninggalkannya”.(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
4. Hadits Jabir bin Samurah radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata,“Adalah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kami untuk berpuasa pada hari ‘Asyura`, memotivasi dan mengambil perjanjian dari kami di sisi beliau, tatkala telah diwajibkan (puasa) Ramadhan, beliau tidak memerintahkan kami, tidak pula melarang kami dan tidak mengambil perjanjian dari kami di sisi beliau”. (HR. Muslim)
Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan kedatangan 10 Muharram ini, jangan sampai kita lalai atau terlupa mengenainya untuk berpuasa pada hari tersebut. Ada ulama' menganjurkan agak kita turut berpuasa pada 9hb Muharram (di samping berpuasa pada 10hb Muharram) supaya tidak menyerupai orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada 10hb Muharram sahaja.
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.