Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Hijrah Sebagai Satu Ujian
.
Meninggalkan kampung halaman, tanah tumpah darah yang sudah terpahat sebati dalam jiwa raga sejak dilahirkan ke dunia adalah suatu tekanan yang besar kepada jiwa raga seseorang.
.
Ada diriwayatkan bahawa ketika Baginda akan meninggalkankota Makkah Baginda mengungkapkan kata-kata yang bermaksud:
.
Ada diriwayatkan bahawa ketika Baginda akan meninggalkan
"Alangkah indahnya kamu bagiku wahai negeriku (Makkah), dan alangkah kasihnya daku kepadamu, seandainya tidak kerana aku diusir oleh kaumku untuk berpisah denganmu, maka demi sesungguhnya aku tidak akan memilih tempat kediamanku selain daripada kamu."
.
Setelah mengucapkan kata-kata tersebut, maka baginda pun terus melangkah keluar, yang dilakukannya sebagai menunaikan satu perintah Allah SWT. Ketika inilah juga turunnya ayat al-Quran:
.
"Dan katakanlah : Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang benar, dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara yang benar, dan berikanlah kepadaku dari sisimu kekuasaan yang (dapat) menolong.”. (S urah Al-Isra’: ayat 80).
Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada mengatakan di dalam khutbah Jumaatnya :
"Sesungguhnya hijrah Nabi S.A.W. meninggalkan satu tempat yang paling disayangi oleh Baginda dan paling disukai oleh Allah SWT. Ia juga adalah tanah tempat tumpah darah Baginda, tempat yang penuh kenangan baginya, tempat Baginda membesar. Lebih-lebih lagi, ia adalah tanah haram Mekah Al-Mukarramah.
Namun begitu, jika bertemu antara tuntutan akidah dan kecintaan kepada tanah air, maka tuntutan akidah lebih tinggi kedudukannya dan perlu didahulukan ke atas yang lain. Tuntutan akidah juga lebih berharga dari keluarga, rumah, harta dan apa sahaja yang disukai oleh manusia.
Nabi S.A.W telah berhijrah meninggalkan negaranya dan kawan-kawannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj:
.
Yang bermaksud: "Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan Kami ialah Allah". [Surah Al-Hajj : 40]
.
Semua itu lebih mudah untuk mereka tinggalkan berbanding dengan keredhaan Allah SWT. Ini kerana mereka ingin membina sebuah Negara Islam, kerana Islam perlu kepadanya. Sebuah negara yang terpisah yang dapat meningkatkan kalimah Allah di situ, dilaksanakan syariat Islam, ditegakkan syiar-syiar Allah dan memperlihatkan kekuatan Islam."
.
Udara Madinah berbeza dengan keadaan di Makkah. Ada di kalangan sahabat Muhajirin yang mengalamai demam. Rasulullah S.A.W. sentiasa memberi semangat kepada mereka dengan janji-janji dari Allah, di antaranya kelebihan orang yang sabar menghadapi sakit dan kesulitan di Madinah mendapat syafa'at di hari qiamat dan diberi kelebihan syahid.
Di samping itu Rasulullah S.A.W. berdoa:
.
"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah kami kasihkan Madinah sebagaimana kami kasihkan Makkah atau lebih darinya. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah ia tempat yang sihat, berkatilah kepada kami cupaknya dan gantangnya, dan pindahkanlah wabak demamnya, jadikanlah dia di Juhfah."
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
.
Demikianlah berlalunya marhalah makkiyyah yang penuh dengan pengajaran, marhalah ini berjaya membina pelopor utama generasi gemilang yang berjaya mempertahankan 'aqidah sehingga bersebati dalam diri. Ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan di Makkah berkisar mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan mengenal Allah SWT, memberitahu hari akhirat, dan mengenal jahiliyah. Semua yang diwahyu dan dilaksanakan oleh Rasulullah diikuti oleh para sahabat radiyallahu anhum dengan taat dan bersedia menerima apa sahaja untuk dikorbankan,
.
Dari kali pertama mereka menerima wahyu sehingga berlakunya hijrah dan perkara-perkara yang berhubung dengannya, semuanya itu menunjukkan satu kemenangan yang telah dicapai, sama ada di kalangan mereka yang hidup dan dapat berhijrah bersama-sama Rasulullah atau mereka yang syahid tidak sempat dengan hijrah. Semuanya mencapai kemenangan , iaitu kemengan iman dalam diri yang melayakkan mereka memikul amanah yang lebih besar untuk berdepan dengan dunia seluruhnya. Kepada kita pewaris ajaran Rasulullah S.A.W. yang meneruskan perjalanannya mestilah pula mengkaji dengan penuh iktibar dan mengambil pegangan yang teguh.
.
Bagaimanakah perasaan kita ketika mengimbau kembali peristiwa hijrah ini? Adakah kita membacanya dengan sambil lewa sahaja? Seharusnya kita menghayati semangat hijrah Rasul tersebut dengan mencintai Baginda dan mengikut jalan yang telah ditunjukkan oleh Baginda S.A.W. Semoga kita menjadi umat Muhammad yang tulin yang bergetar jiwa dan raga sehingga menitiskan air mata ketika mendengar nama Baginda S.A.W. disebut terutama ketika mengucapkan kalimah syahadah sama ada dalam solat atau di luar solat.
.
Bagaimanakah perasaan kita ketika mengimbau kembali peristiwa hijrah ini? Adakah kita membacanya dengan sambil lewa sahaja? Seharusnya kita menghayati semangat hijrah Rasul tersebut dengan mencintai Baginda dan mengikut jalan yang telah ditunjukkan oleh Baginda S.A.W. Semoga kita menjadi umat Muhammad yang tulin yang bergetar jiwa dan raga sehingga menitiskan air mata ketika mendengar nama Baginda S.A.W. disebut terutama ketika mengucapkan kalimah syahadah sama ada dalam solat atau di luar solat.
اللهم صلّ على سيدنا محمد وعلى آ ل سيدنا محمد
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.