Sempena bulan Muharram ini yang merupakan bulan pertama dalam takwim Islam, maka sukacita saya nukilkan di sini suatu artikel yang ditulis oleh Dr. Siddiq Fadzil mengenai natijah Hijrah Nabi S.A.W ke Madinah yang ditinjau dari sisi fikiran strategik.
Hijrah Rangsang Fikiran Strategik
Oleh: Dr. Siddiq Fadzil
Kalau mahu, Allah boleh menghijrahkan rasulNya dari Makkah ke Madinah dengan mukjizat sepenuhnya. Dengan menitahkan Buraq menerbangkan Junjungan S.A.W. (seperti dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu) secepat kilat Junjungan sudah boleh sampai ke destinasi hijrahnya dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Tetapi yang jelas Tuhan tidak menghendakinya sedemikian. Hijrah ditakdirkan berlaku dalam bentuk peristiwa yang menggabungkan faktor perlindungan Ilahi dengan ikhtiar manusiawi.
Demikianlah kenyataannya, sepanjang perjalanan hijrah dari mula hingga jaya penuh dengan insiden-insiden yang dramatik, cemas dan mendebarkan.
Memang Rasulullah S.A.W. mendapat perlindungan Tuhan, tetapi Junjungan juga terpaksa menempuh perjalanan serba pahit dan perit. Bukannya mudah untuk lepas dari jaring-jaring maut Quraisy yang berhabis-habisan memburu Junjungan S.A.W. Demikian rapinya strategi Quraisy, namun strategi hijrah jauh lebih rapi.
Sejak mula Rasulullah S.A.W. memang sudah yakin bahawa Tuhan akan melindunginya. Meskipun demikian, Junjungan tidak pernah berasa terkecuali daripada kewajipan berikhtiar merencanakan strategi hijrah dengan sebaik-baiknya.
Antara perencanaan penting Junjungan termasuklah:
- Merahsiakan rencana hijrahnya: Tidak seorang pun yang tahu termasuk teman terdekatnya seperti Abu Bakar al-Siddiq hinggalah ke saat perlaksanaanya. Menjaga kerahsiaan dalam hal-hal penting dan bahaya seperti itu adalah suatu keperluan strategik. Kebocoran maklumat penting hingga diketahui oleh pihak lawan akan mengakibatkan musnahnya seluruh perencanaan.
- Waspada dan tipu-daya: Junjungan tidak tidur di kamarnya pada malam itu. Sebaliknya, diperintahkannya Ali ibn Abi Talib mengambil tempatnya, tidur di kamar Junjungan dengan tujuan mengelirukan musuh yang menyangka Junjungan masih berada di kamarnya.
- Junjungan juga tidak terus berangkat ke Madinah selepas keluar dari Makkah, sebaliknya berhenti singgah di gua Thur selama tiga hari. Selepas tempoh itu barulah Junjungan meneruskan perjalanannya ke Madinah, iaitu ketika gerakan Quraisy sudah mengendur.
- Mendapatkan maklumat terkini mengenai gerakan pihak musuh menerusi Abdullah ibn Abu Bakr yang memang ditugaskan untuk mengumpul maklumat di Makkah pada waktu siang dan pada malamnya melaporkan kepada Junjungan di gua Thur. Memang maklumat terkini adalah suatu yang amat bernilai sehingga kadang-kadang maklumat penting dijual beli dengan harga yang sangat mahal. Ketika ini kita dapat menyaksikan semakin canggihnya strategi perisikan yang tujuannya tidak lain daripada untuk mendapatkan maklumat.
- Memanfaatkan keahlian (kepakaran) walau daripada orang kafir sekalipun. Dalam peristiwa hijrah, Junjungan sudah mendapatkan khidmat seorang pemandu bukan Islam untuk menunjukkan jalan sulit (tidak ramai yang tahu) ke Madinah setelah Junjungan berpuas hati bahawa pemandu itu tidak akan mengkhianatinya.
Nyatalah dari fakta-fakta berkenaan hijrah bukan cuma serentetan peristiwa accidental atau peristiwa kebetulan yang terjadi dalam budaya pasif dan fatalistik.
Perjalanan hijrah dengan segala liku dan simpang-peranangnya itu jelas mengandungi hikmah budaya kerja berencana. Sesuatu cita-cita tidak nungkin dapat dijayakan cuma dengan doa dan penyerahan yang pasif, tetapi harus dikerjakan dengan perancanaan yang cukup strategik. Yang dimaksudkan dengan perancanaan atau planning ialah suatu proses menentukan maklumat, menggariskan kaedah dan tindakan untuk mencapai matlamat. Yang dimaksud dengan strategi pula ialah penggabungan dan kepaduan pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya.

Perencanaan juga disebut sebagai jambatan di antara masa kini dan masa hadapan, yang membawa erti persiapan masa kini untuk menghadapi apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Ketika Tuhan memerintahkan kita agar bersiap semaksimumnya untuk menghadapi musuh dengan segala kekuatan (al-Anfal: 60), ayat tersebut dapat diertikan sebagai perintah membuat perancangan pertahanan jangka panjang dengan mengambil kira perubahan-perubahan dan juga kemajuan yang sedang berlaku dan akan berlaku dalam bidang ketenteraan dan teknologi persenjataan.
Oleh kerana ancaman yang dihadapi oleh umat Islam tidak lagi terbatas hanya dalam bidang ketenteraan, malah meningkat kepada ancaman-ancaman bentuk lain termasuk budaya dan ekonomi, maka perintah tuhan (bersiaplah menghadapi mereka ....) itu harus pula difahami dari sudut semangatnya dengan membuat perancangan strategik dalam bidang lain seperti kebudayaan, pendidikan, ekonomi, dan sebagainya.
Al-Quran juga menampilkan Nabi Yusuf A.S. sebagai tokoh mithali perancangan ekonomi sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Yusuf, ayat 47-49 (Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tahun yang amat sulit, yang akan menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit) kecuali sedikit dari (bimbit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur".)
Ternyata daripada ayat itu Nabi Yusuf A.S. menyarankan suatu perancangan ekonomi pertanian untuk jangka masa empat belas tahun dengan membuat pertimbangan di antara jumlah penghasilan, penggunaan, penyimpanan, dan pelaburan semula. Dengan perencanaan yang futuristic itu, krisis ekonomi yang dikhuatiri akan menimpa negara dapat dihindar.
Dalam surah Yusuf ayat 67 juga terdapat penjelasan tentang perencanaan Nabi Yaakub mengenai cara yang paling strategik untuk anak-anaknya memasuki kota iaitu dengan melalui pintu-pintu yang berlainan, tidak menumpu di satu pintu sahaja.
Dalam zaman yang penuh persaingan seperti sekarang ini, kecemerlangan dan keunggulan hanya akan dapat dicapai dengan penyuburan budaya kerja berencana dan pemikiran strategik. Sehubungan itu, budaya adhoc seharusnya dihindari kerana ia bukan budaya yang terpancar daripada ajaran Islam.
Memang manusia hanya merencana, Tuhan jua yang menentukan jaya atau tidaknya. Namun manusia tetap diwajibkan merencana dan melaksanakan rencananya itu.

Demikianlah terjadi dalam Perang Uhud. Perancangannya sudah rapi dan strategik. Tetapi ada pasukan kurang berdisiplin lalu mengabaikan perlaksanaan strategi yang telah direncanakan. Akibatnya pasukan Islam mengalami pukulan teruk. Ketika mereka mengadakan post mortem untuk mencari punca musibahnya, turunlah jawapan dari langit yang bermaksud:
(Katakan: Ia adalah akibat daripada gara-gara kita sendiri.)
Assalamualaikum Tn Hj Moah saad
ReplyDeleteterima kasih Tazkirah2 tuuuu
bercita2 kalau pergi umrah nak ziarah Gua Thur tuuu
Wassalam
Wa'alaikum salam wm wbr.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Tn Haji Rozali.
Saya pun telah lama simpan cita-cita untuk ziarah Gua Thur dan Gua Hira'. Tetapi kudrat sudah berkurangan sebab gout. Stamina pun semakin berkurangan. Kalau naik perlahan-lahan dan banyak berhenti, mungkin boleh sampai kot, insyaAllah sebab saya tengok dalam YouTube, yang bertongkat pun alhamdulillah boleh sampai.