Assalamu'alaikum wm wbr.
Pintu King Fahd: Gambar Diambil Pada 12/05/2010 jam 9:32 pm
Pintu King Fahd: Gambar Diambil Pada 13/05/2010 jam 12:02pm
Pintu King Fahd: Gambar Diambil Pada 13/05/2010 jam 12:02pm
Terdapat banyak pintu masuk ke Masjid Nabawi selepas perluasan oleh kerajaan Arab Saudi. Namun nama beberapa pintu asal zaman Nabi masih dikekalkan, walaupun tempat asalnya telah dianjakkan sesuai dengan perluasan yang telah dilakukan.
Walaupun terdapat banyak pintu, namun selepas pukul 11:00 mlm hanya pintu Baqi' dan BabusSalam sahaja yang dibuka.
1. Pintu Babus Salam
Para jemaah lelaki disarankan memasuki Masjid Nabawi melalui pintu BabusSalam sambil membaca "Allahhumma Antassalam wa minka salam ..."
Pintu ini terletak di sebelah kanan masjid. Untuk sampai ke pintu ini jemaah terpaksa membuat satu pusingan - agak jauh berjalan baru sampai ke pintu ini. Jadi suatu menjadi suatu perbidalan di kalangan mutawif iaitu "Masjid Nabawi itu dekat di mata tetapi jauh di kaki." Kedudukan masjid dekat dengan hotel penginapan, tetapi untuk pergi ke pintu Babus Salam, agak jauh.
Pintu ini bersetentangan dengan BabusSalam dan ia merupakan pintu keluar setelah melawat Maqam Nabi s.a.w. Sebaik keluar daripada pintu ini kita boleh melihat perkuburan Baqi' tempat bersemadinya isteri-isteri Nabi, anak-anak baginda, bapa saudaranya, dan 10,000 para sahabat Nabi - termasuk Uthman bin 'Affan.
Pintu Baqi' |
3. Pintu Jibril
Pintu ini selalu digunakan oleh Jibrail a.s. ketika ingin bertemu dengan Nabi s.a.w. untuk menyampaikan wahyu dan juga perkhabaran-perkhabaran yang lain. Pintu ini terletak di sebelah kiri masjid berhampiran dengan pintu baqi' dan pintu nisa' (bab an-nisa')
4. Pintu Rahmah
Pintu ini merupakan pintu masuk ke masjid oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Pintu ini terletak di sebelah kanan masjid berhampiran dengan babussalam.
5. Pint King Fahd
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.