السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
Benda ni bukan benda baru. Ia sudah lama berlaku dan saya jangka ia akan berulang lagi di masa hadapan. Selagi kita tidak berhati-hati, selagi itulah perkara ini akan berlaku - iaitu bakal-bakal jemaah umrah ditipu oleh TA yang tidak berperi kemanusiaan.
Modus operansi TA penipu ini ialah menawarkan pakej umrah yang murah (bawah RM4500.00 atau bawah RM4000.00), kemudian meminta deposit yang tinggi seperti RM2000.00 atau bayaran penuh untuk tempoh perjalanan umrah yang masih jauh kehadapan. Apabila tarikh berangkat sudah dekat, TA tersebut akan menunda tarikh dengan alasan tidak dapat visa dsb.
Dua orang kenalan saya terkena dengan TA dalam kes #3 di bawah baru-baru ini. Saya sudah menasihati mereka supaya tidak meneruskan niat untuk melakukan umrah dengan TA tersebut. Saya memberi alasan bahawa adalah sangat mustahil dengan kos penginapan yang tinggi sekarang ini (sebab hotel-hotel badget di sekitar masjidil haram telah dirobohkan), ditambah dengan tambang tiket kapal terbang, pengangkutan bas, makan dan ziarah, dan kos-kos yang lain syarikat tersebut boleh mendapat untung dengan harga pekej RM3990/= .
Malangnya, keghairahan untuk melakukan ibadat umrah yang mulia tersebut telah mengatasi segala-galanya. Akhirnya, impian mereka untuk menunaikan umrah pada musim cuti persekolahan Mei 2013 yang lepas hancur berkecai. Wang yang dikumpulkan dengan penuh berjimat cermat habis begitu sahaja - tidak dipulangkan.
Kes #1: Tertipu pakej umrah ustaz
ALOR GAJAH - Niatnya untuk menunaikan umrah, namun dia terperangkap dengan penipuan seorang ejen yang menawarkan pakej umrah sehingga kerugian lebih RM4,000.
ALOR GAJAH - Niatnya untuk menunaikan umrah, namun dia terperangkap dengan penipuan seorang ejen yang menawarkan pakej umrah sehingga kerugian lebih RM4,000.
Itulah nasib berlaku kepada Enap Muda, 70, apabila mendakwa ditipu seorang lelaki yang bergelar ‘ustaz’ menawarkan pakej umrah menerusi syarikatnya yang berpusat di Masjid Tanah, dekat sini.
Ustaz berusia lingkungan 40-an itu dikatakan memberi janji manis kepada Enap supaya mengikuti pakej umrah disediakan yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci, 5 Februari lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini, dia belum bertolak ke Tanah Suci selepas tiga kali penerbangan ditangguhkan atas pelbagai alasan.
“Ustaz yang mengajar di sebuah sekolah pondok datang berjumpa saya, selepas hari raya puasa lalu mempelawa saya menyertai pakej umrahnya.
“Saya bersetuju dan menyerahkan wang sebanyak RM700 kepada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun iaitu anak angkat kepada ustaz berkenaan,” katanya.
Menurutnya, ustaz itu berkata, penerbangan ke Tanah Suci adalah pada 5 Februari lalu menyebabkan dia menyimpan duit termasuk duit diberi anak-anak untuk mengerjakan umrah berkenaan.
“Pada 5 September tahun lalu, sekali lagi saya serahkan wang baki sebanyak RM3,870 kepada anak angkat ustaz berkenaan,” katanya.
Menurut Enap, dia kemudian membuat kenduri kesyukuran di kampung, kira-kira seminggu sebelum berlepas.
“Namun, sehari sebelum berlepas, ustaz berkenaan mengatakan penerbangan terpaksa ditunda kepada 17 Februari akibat masalah visa.
“Tiba hari yang dijanjikan, sekali lagi mereka mengatakan penerbangan terpaksa ditangguhkan pada 31 Mac dengan alasan ustaz berkenaan masuk Hospital Melaka kerana sakit,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Enap berkata, minggu lalu, sekali lagi dia mendapatkan pengesahan daripada syarikat ustaz berkenaan, namun kecewa apabila dimaklumkan ustaz berkenaan masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
“Ketika saya tanya kerani syarikat mengenai pakej umrah dijanjikan, mereka katakan akaun dalam syarikat sudah kosong dan kemungkinan duit yang dibayar sebelum ini hangus,” katanya.
Berikutan kecewa, Enap membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, di sini kira-kira 11 pagi kelmarin kerana mendakwa ditipu.
Ketua Polis daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan.
“Selepas diteliti, kes berkenaan akan dirujuk ke Tribunal Pengguna untuk tindakan,” katanya.
Sementara itu, menurut sumber, lelaki bergelar ustaz itu dimasukkan ke ICU sejak 22 Mac lalu dipercayai terminum racun anai-anai.
Sumber berkata, ustaz berkenaan dipercayai berbuat demikian kerana tekanan akibat gagal menyediakan pakej umrah yang dijanjikan walaupun sudah menerima wang daripada peserta.
“Sehingga hari ini (semalam), lelaki berkenaan masih menerima rawatan rapi berikutan masih kritikal dan memerlukan rawatan susu-lan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kes #2: Salah guna duit umrah RM291,250
MELAKA – Seorang pemilik sebuah agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 34 tuduhan pecah amanah melibatkan bayaran pakej umrah bernilai RM291,250.
Berita lanjut, teruskan membaca di sini: Kosmo
Jamlee Mohd. Zid, 41, dari Lorong 21, Bukit Piatu di sini didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di J & J Travel & Tours Sdn. Bhd., No 16-D, Jalan Permata 14, Taman Harta Permata, Bukit Baru di sini antara 23 Ogos tahun lalu hingga 5 Februari lepas.
Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang bayaran pakej umrah membabitkan 34 pelanggannya untuk tujuan peribadi.
Kesemua 34 pertuduhan tersebut melibatkan pembayaran yang setiap satunya berjumlah antara RM4,370 hingga RM45,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4U6cxnfaZ
Hakcipta terpelihara
Kes #3: Umpan tunai umrah RM3,900
Sumber: Sinar Harian 30 Jun 2013
DENGAN menawarkan pakej umrah murah, sebuah syarikat berjaya memperdaya orang ramai untuk menyertai pakej umrahnya.
Syarikat ini melalui ejennya yang dilantik akan menawarkan pakej umrah dengan serendah RM3,900 ini kepada orang ramai.
Jika seseorang itu berminat dengan pakej itu, ejen syarikat berkenaan akan meminta mereka mendaftar dahulu dengan syarikat untuk membuat tempahan bagi menjalankan umrah.
Selepas itu, mereka akan diminta membayar RM2,000 sebagai wang pendahuluan dan syarikat berkenaan akan meminta pelanggan untuk membayar wang selebihnya secepat mungkin.
Melihat pelanggan sudah masuk ke dalam ‘perangkapnya’, syarikat itu akan memberi ‘janji manis’ kepada pelanggannya mengatakan mereka akan menyelesaikan semua urusan umrah itu secepat mungkin.
Tambahan pula, syarikat tersebut akan meminta pelanggannya untuk membayar seperti kos penerbangan, kos penginapan dan bermacam lagi.
Apabila tarikh untuk pelanggannya untuk bergerak menunaikan umrah semakin dekat, syarikat itu akan menunda penerbangan pelanggannya dan memberikan pelbagai alasan mengatakan mereka masih belum menyelesaikan beberapa perkara.
Syarikat yang dinaungi oleh seorang yang bergelar Datuk yang terletak di Kota Damansara itu berjaya menipu ramai orang dan membuat keuntungan berjuta-juta ringgit.
Berita lanjut, teruskan membaca di sini: Sinar Harian 30 Jun 2013
Kalau nak tahu agensi umrah yang didakwa menipu pada kes#3 ini, sila rujuk sini
Kes #4: 31 bakal jemaah umrah ditipu
KOTA BHARU - Hasrat 31 bakal jemaah untuk menunaikan umrah tidak kesampaian apabila mereka terkandas dan didakwa ditipu hampir RM100,000 oleh sebuah agen pelancongan yang beroperasi di sini.
Zainab Awang, 63 dari Pasir Hor, di sini menuntut agar agen tersebut memulangkan semula wang yang sudah diberikan lebih RM6,000 seorang dengan kadar segera.
“Kami mengambil pakej umrah tersebut dengan harga RM5,850, namun semasa hari terakhir taklimat, setiap orang dikenakan bayaran tambahan RM415 untuk penerbangan dari Kota Bharu ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
“Selain itu, kami perlu membayar wang tambahan RM65 seorang, sementara ada beberapa jemaah terutama warga emas membayar insurans RM150 setiap orang,” katanya selepas membuat laporan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, semalam.
Mereka sepatutnya dijadualkan bertolak ke Jeddah pada 27 Mei lalu, tetapi ia ditunda sebanyak dua kali hingga dapat bertolak dari Kota Bharu ke LCCT pada 6 Jun, bagaimanapun, terkandas di LCCT berikutan wakil dari syarikat pengendali rombongan tidak hadir bersama visa dan pasport peserta.
Lebih mengecewakan, semasa di LCCT, peserta rombongan menunggu wakil agen pelancongan sehingga jam 3 pagi, namun selepas penat menunggu, mereka terpaksa mencari sendiri tempat penginapan yang ditemui di Banting, Selangor.
Peserta lain, Othman @ Abdullah Mahmud, 69 dari Kampung Pauh, Salor, di sini terkilan apabila hasratnya mengerjakan umrah terkubur.
“Pakcik sudah lama menyimpan wang untuk menunaikan umrah memang mengimpikan hasrat untuk ke sana (Makkah). Pakcik harap wang yang diberikan kepada agen diberikan semula bagi membolehkan hasrat kami untuk ke Makkah boleh terlaksana,” katanya yang membayar pakej bersama isteri dan adik perempuannya.
Bagi Bidah Abdul Rahman @ Derahman, 64 dari Kampung Sireh, di sini berkata, pemulangan wang tersebut perlu dalam masa terdekat ini bagi membolehkan mereka dapat menunaikan umrah semula.
“Makcik masih mengharap akan dapat menunaikan umrah seperti yang diimpikan, tetapi apabila wang itu dipulangkan semula, makcik tidak lagi mahu ke Makkah melalui agen pelancongan itu," katanya.
Difahamkan, peserta yang terlibat pergi bersama ‘mutawwir’ yang dikenali, namun mutawwir berkenaan turut didakwa tertipu.
31 peserta tersebut membuat laporan polis di Balai Polis LCCT, Sepang 7 Jun lalu dan pada 9 Jun lalu, mereka dijanjikan pihak agen melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk membayar semula wang dalam tempoh masa sebulan dan pasport dalam masa seminggu.
sebeanrnya kena buat kaji selidik market price sebelum ambil keputusan tuh, Kalau RM5k tuh reasonable lagi... tapi kalau 3.9k.. nampak mustahil bebenor tuh
ReplyDeleteNi ada satu lagi penipu umrah d Penang.Promosi dgn mkanan kasihtan jus Noni.Jus ni boleh kuatkan Bdan waktu mgkrjkn umrah kelak.Lebih Lnjut leh hubungi 0194752200 /0174899179 /0102318396.LaknatuLLAH kod penipu n perompak yg mnganyaii mangsa2 umrah terutama orng2 Melayu.
ReplyDeleteWawa
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteOleh kerana semakin ramai jemaah dari Malaysia yang ingin menunaikan UMRAH maka berlakulah penipu yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan hukum ALLAH yang maha kuasa.....
Benar kata Tn Hj, perlulah kita semua BERHATI-HATI akan tawaran menunaikan UMRAH yang kos nya tidak masuk akal.........terlalu murah dibandingkan dengan keadaan pesekitaran Mekah dimana kebanyakan hotel-hotel yang berdekatan telah dirobohkan....
Assalamualaikum Tn Hj..
ReplyDeleteAtuk sedara saya kenal seorg lelaki yang mengaku kerabat diraja.atuk sedara saya tinggal di pondok di negeri kelantan.dia menyuruh atuk sedara saya mencari orang yang layak menerima zakat menunaikan umrah dengan duit zakat,lelaki juga merancang berbagai aktiviti berkaitan duit zakat seperti beri zakat,rumah projek diraja,bantuan biasiswa.
dia menyuruh atuk sedara saya cari seramai 50 orang yang layak bersama pasangan masing2.dia meminta bayaran rm250 untuk seorang untuk visa.
sekarang saya berasa sangsi sebab lelaki yang menyuruh atuk sedara saya macam ada unsur penipuan sebab bila di tanya semua dia cakap rahsia dan marah bila bertanya lebih lanjut dengan kerabat diraja tersebut.semua urusan atuk sedara saya urus dan menjadi jurucakap kepada kerabat diraja tersebut.jika sesiapa tahu pakej umrah percuma melalui zakat ditawar hanya perlu menbayar kos visa sila bagi tahu.perancang umtuk umrah adalah bulan 3/2014.sekarang duit untuk visa telah dibayar.tapi urusan hanya perlu bagi salinan I/C dan gambar visa.tiada paperwork perlu ditandatangan or resit bayaran visa.
Wa'alaikum salam wbt
Delete1. Untuk dapatkan visa perlu ada Passport Antarabangsa. Mana mungkin dapat visa dengan hanya salinan I/C dan gambar visa.
2. Adalah lebih baik duit untuk umrah itu diberi terus kepada fakir miskin (orang yang layak dapat zakat) daripada menaja mereka melakukan umrah - sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan mereka. Ketahuilah, umrah/haji hanya wajib bagi orang yang mampu sahaja. Bagi orang yang layak mendapat zakat - maka tidak ada kewajipan baginya untuk melakukan umrah. Bagi saja duit perbelanjaan umrah tsbt kepada mereka untuk menampung keperluan harian mereka - itu lebih baik.
3. Saya takut atuk saudara kamu diperalatkan oleh orang yang mengaku kerabat diraja tersebut sebab ia tinggal di pondok. Orang ramai akan membuat persepsi sebegini: "Orang yang tinggal di pondok adalah orang yang baik dan bersih hatinya. Tak mungkin orang yang tinggal di pondok menipu, dsb.". Ini merupakan taktik untuk mendapatkan wang dengan mudah. RM250x50 = RM12,500.
4. Siasatlah adakah benar orang tersebut betul-betul kerabat diraja? Ramai yang menyamar sekarang ini. Siasat susur galurnya.
Boleh saya tahu nama kerabat raja tersebut dan no tel dia. Sebab ada seorang penipu yg mengguna nama kerabat juga ada menawarkan pakej umrah macam tu. Boleh hubungi saya di 0199109977 - Nan.
DeleteMacamana kes berkenaan kerabat diraja yg nak sponsor pergi umrah ni.ada apa-apa Perkembangan?
ReplyDeleteSetakat ini saya tidak dapat apa-apa maklumat mengenai perkembangan kes tersebut.
DeleteJagung Emas pernah menipu jemaah umrah ramai sebelum ni. Hati-hati semua.
ReplyDeleteTerima kasih di atas maklumat tuan. Nama syarikat pun sudah mencurigakan. :)
DeleteAlhamdulillah, maklumat yang sangat berguna kpd bakal jemaah umrah.
ReplyDeleteKeluarga saya pernah ditipu pada 2014. Hingga kini passport pun masih tak dipulangkan apa lagi nak dapat duit semula. Apa yang boleh dibuat lagi ada sesiapa yang boleh bagi pendapat.
ReplyDeleteLapor ke Tribunal Malaysia
ReplyDelete