السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
“Umrah Percuma
Ya, begitulah tajuk entri yang saya jumpa dalam satu blog pagi ini. Entri tersebut kira baru jugak lah iaitu 26 April 2013. Siap dengan tagline "Sebuah percutian ibadah". Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat sini.
Nota: Maklumat telah dipadamkan dari blog berkaitan (edited 8 Jun 2014).
Dalam seantero Malaya la ni heboh dengan kes orang kena tipu oleh agensi umrah kelentong, terpulanglah kepada anda sekelian sama ada terkeluar air liur ataupun tidak apabila terbaca enteri tersebut.
Cara pancing peserta ialah:
1. Masuk ahli kelab dulu dengan bayar RM1500 sebagai yuran ahli
2. Perkenalkan 5 orang lain untuk jadi ahli kelab dalam tempoh 2 tahun
3. Tuntut hadiah UMRAH PERCUMA daripada penaja.
Wah, wah, wah ... semudah 123 dah dapat pergi umrah percuma. Serupa tak dengan sendikit 'Gores dan Menang'?
KOMEN SAYA
Syarikat ini guna nama UMRAH PERCUMA untuk pancing orang jadi ahli kelab. Kata umrah percuma, tapi ... kena pulak bayar RM1500 sebagai yuran ahli.
Ok, katalah anda dapat taja 5 orang ahli baru, then bila nak tuntut hadiah umrah percuma tu ... jeng ... jeng ... jeng ___________________ (tolong isikan tempat kosong dengan ayat yang sesuai dalam komen anda).
Ok, katalah anda dapat taja 5 orang ahli baru, then bila nak tuntut hadiah umrah percuma tu ... jeng ... jeng ... jeng ___________________ (tolong isikan tempat kosong dengan ayat yang sesuai dalam komen anda).
skim pak man tello ler ni... kena tunggu gajah bertelur ler hihi.
ReplyDelete