Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan Penuh

Assamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, malam tadi 14 Muharram 1433H (10 Disember 2011) telah berlaku gerhana bulan penuh yang mana fenomena yang menakjubkan ini dapat disaksikan oleh penduduk Asia, Australia, Eropah, dan sebahagian besar benua Afrika dan Amerika. Sebelum ini pada 15 Jun 2011 yang lepas juga telah berlaku gerhana bulan penuh tetapi kejadian itu berlaku pada tengah malam maka saya tidak berkesempatan untuk menyaksikannya.

Gerhana bulan pada malam tadi berlaku sebelum waktu Isya' dan alhamdulillah, para jemaah Surau Taman Dimensi telah mengadakan solat gerhana bulan - yang mana kesempatan seumpama ini memang sangat jarang kami ketemukan.

Allah SWT berfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. (Fussilat: 37)

Syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat-Nya kepada kita, semoga dengan kejadian gerhana bulan penuh ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketaatan kita kepada-Nya. Amin.


Objek bercahaya di sebelah kanan adalah sebuah kapalterbang dari arah selatan menuju KLIA


Beberapa minit sebelum gerhana penuh - cahaya bulan seperti batu permata pada sebentuk cincin

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.